Saturday, December 05, 2020

Ahmad Faizal letak jawatan MB Perak bersama semua Ahli Majlis Mesyuarat

 

IPOH: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Ahmad Faizal, yang gagal memperoleh sokongan dalam usul keyakinan ahli Dewan terhadap Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, berkata beliau menyembahkan warkah peletakan jawatan itu kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah semasa menghadap baginda di Istana Kinta di sini, pada 3 petang ini.

"Alhamdulillah jam 3 petang, hari ini saya diperkenankan untuk menghadap Sultan Perak. Saya amat menjunjung kasih di atas perkenan Sultan dan di kesempatan berkenaan saya menyembahkan warkah peletakan jawatan saya sebagai Menteri Besar Perak dan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

"Saya menyembahkan rasa penghormatan untuk berkhidmat di bawah naungan kerajaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan," katanya pada sidang media di Laman Seri Ridzuan, di sini hari ini.

Ahmad Faizal Azumu umum telah sembah surat letak jawatan sebagai MB Perak, barisan Exco kepada Sultan Nazrin. - Foto BERNAMA

Beliau menyampaikan rasa penghargaan kepada kepada seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, semua warga pentadbiran kerajaan negeri, jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan di negeri itu.

"Tentunya pengalaman ini adalah sesuatu yang amat bermakna, penuh dengan pelbagai cabaran. Bagi pihak seluruh pentadbiran kerajaan negeri yang saya pimpin, saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan ataupun setiap satu perkara yang tidak disenangi.

"Saya cuba melakukan yang terbaik dan sebagai manusia biasa yang tidak sempurna dan tentu ada berlaku salah dan silap. Ampun dan maaf dari saya.

"Saya mendoakan agar Perak sentiasa dirahmati Allah SWT, dijauhi dari segala bala dan bencana, dan rakyatnya dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

"Perjalanan ini masih jauh dan panjang. Jika berselisih bahu, tersinggung siku, tegur-tegurlah mantan Menteri Besar anda ini kerana tentunya saya menganggap setiap orang sebagai saudara saya di dunia dan akhirat.

"Kita akan berjumpa kembali tidak berapa lama lagi. Demi rakyat kerana Allah." katanya. (BH)

Hibur Hibur Sikit

Album 3

12 comments:

Anonymous said...

eSOK GILIRAN mb johor

yeeeeehaaaaaaaaaaaaaaa!

Anonymous said...

Tahniah Dato Sri. Berjiwa besar. Nyawa rakyat lebih utama.
Takziah kepada yg derhaka dengan perkenan Sultan Perak.

Tinta Mohd Yusri said...

Lepas ne Johor, Melaka dan Kedah..
Hahaha pembalasan sang pengkhianat

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Tu dia, PARASIT2 DAPbsangkai fok berKELIARAN kat sini!

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Pi MAMPOSlah lu HOMO DAPbangkai!! Yg. PENGKHIANAT2 & PEMBULI2 adalah si Melayu2 LIBERAL penipu, tamak, buas, rakus, rasis & fasis dr. Parti BUKAN Pribumi lagi, Bersatu, serta KULI2 buta/pekak/bisu-TAMAK KUASA depa dr. Parti PAS, yg. telah mengKHIANATI Gabungan MN- Perpaduan UMMAH, MN PAS-UMNO!!

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Lagi pasal kenapa MB Perak Melayu LIBERAL Penipu dr. parti BUKAN Pribumi lagi, Bersatu ni, diTUMBANGkan, di - https://www.editormalaysia.com/19519/

Anonymous said...

Yes. No dah ada. Lepeh ni abah pulak tumbang ganti dengan mat lendir.

avanza5990 said...

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...spesis melayu pas

patut suka maki hamun. xde keje lain maki dap maki mca maki mic maki maki maki

Anonymous said...

Barua 'Pertahan' dan barua av4nza adalah RBA ternakan roket yang menyamar sebagai orang Melayu untuk memecah-belahkan kaum Melayu.

Anonymous said...

Melayu mmg dh lama berpecah..apa kata bubar Pas dan isi borang Bersatu.

Hakikat Syariat said...

Begitulah jalan cerita setakat ini akan pergolakkan yg berlaku diperak.

Kehilangan kuasa sebagai MB melalui proses demokrasi yg digunapakai dlm system pentadbiran dinegara ini.

Pemain politik cuba sedaya upaya bagi mempastikan pertukaran pucuk pimoinan sesebuah kerajaan yg memerintah didasari oleh Perlembagaan yg sedai ada.Secara dasarnya apa yg berlaku diperak mengikut lunas2 Perlembagaan.

Namun sudut pandang masyarakat perlulah diambil kira apabila sesuatu percaturan politik bakal dilaksanakan.

Pastinya masyarakat yg agak keterbelakang dlm memahami definasi politik Dan pemerintahan mula merasa bosan dgn apa yg berlaku dinegeri perak ketika ini.

Anonymous said...

Atok yang GILA KUASA adalah orang yang bertanggungjawab memecah belahkan orang2 Melayu! Ini adalah FAKTA, kronologi penubuhan PKR, Bersatu dan terkini PejuWANG adalah kerana Atok?


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails