Wednesday, April 08, 2020

UNESCO Iktiraf Silat Melayu.. Perlu Di'identiti-Malaysia'kan?

Seni silat kini dipersada dunia dengan pengiktirafan UNESCO
Mesran mengakui golongan muda kurang menerima dan menyertai seni silat dan lebih cenderung mengikuti budaya asing. - Gambar hiasan
Seni silat kini dipersada dunia dengan pengiktirafan UNESCO


KUALA LUMPUR: Pengiktirafan silat sebagai warisan tidak ketara oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah mengangkat martabat seni mempertahankan diri negara di persada antarabangsa.

Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Mesran Mohd Yusop, ketika ditemui Bernama, menyifatkan pengiktirafan yang diperoleh tahun lalu itu membantu mempromosikan kehalusan seni persilatan Melayu kepada dunia.

"Hasilnya, silat yang juga merupakan seni mempertahankan diri rasmi negara yang menggambarkan ketelitian seni, budaya dan warisan Melayu kini semakin berkembang di negara Eropah, malah beberapa organisasi silat sudah mula ditubuhkan di sana.

“Sudah ada di negara lain terutamanya negara Eropah dan Amerika, dan mereka juga telah menubuhkan organisasi silat,” katanya.
Namun, katanya, silat yang diamalkan di luar negara tidak terikat dengan ajaran dan tatatertib yang sebagaimana diamalkan di Malaysia.

“Ini sememangnya satu impak positif yang kita mahukan supaya silat terus dikenali dan diamalkan bukan sahaja di Nusantara ini malah seluruh dunia, agar seni warisan kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pelbagai lagi seni mempertahankan diri dari negara lain,” katanya.

Ditanya mengenai kurangnya penerimaan dan penyertaan golongan muda terhadap silat, Mesran mengakui perkara berkenaan selain menyifatkan generasi muda lebih cenderung mengikuti budaya asing.

Bagaimanapun, beliau, berkata kelompok pesilat di negara ini pada asasnya cukup besar dengan lebih 500 persatuan, pertubuhan dan komuniti pengamal silat yang bergiat aktif.

“Tidak semua jenis silat diketahui ramai atau biasa didengari kerana sesetenganya hanya terdapat di kawasan tertentu sahaja. Antara yang lazim diketahui umum ialah seperti Silat Seni Gayong, Seni Cekak, Seni Lincah, Seni Gayung Fatani dan Buah Pukul Mersing.

“Silat juga mempunyai tiga kategori iaitu pertama silat seni yang digunakan untuk pertunjukan atau persembahan teater, kedua silat buah yakni gerak balas keras serta padu untuk menumpaskan lawan dan digunakan dalam peperangan, manakala silat olahraga untuk pesilat beradu tenaga dan bertanding,” katanya.

Mesran berkata pihaknya komited untuk memastikan pengiktirafan silat oleh UNESCO  dipertahankan.

“Untuk mengekalkan pengiktirafan ini, kita perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan UNESCO antaranya menghantar laporan kepada pihak terbabit berkenaan aspek ketampakan dan melindungi seni silat itu sendiri dalam tempoh lima tahun selepas diiktiraf.

“Oleh itu kami melihat usaha menganjurkan program berkaitan silat seperti pertandingan Kejohanan Dunia OneSilat yang melibatkan penyertaan 17 buah negara adalah sangat bagus dan wajar diteruskan,” tambahnya.
-- BERNAMA
Seni Mempertahankan Diri - cinta budaya
5 Tips Pelatihan Untuk Memenangkan Pertandingan Silat Melayu

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Disebut sebagai di'identiti-Malaysia'kan, iaitu dengan mengubah suai ilmu persilatan warisan orang Melayu yang asalnya dari Asia ini. 

Asia di sini,termasuk orang Melayu dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Thai, Kemboja, Myanmar, Sri Lanka.. Atau juga orang Melayu dari Australia, Saudi Arabia, Afrika Selatan, Taiwan dan lain-lain. 

Yang penting di sini, ilmu silat seni budaya dan mempertahankan diri ini, perlu diseiringkan dengan agama Islam, agama penduduk majoriti di sini. Adanya panduan agama, ianya dapat menjaminkan keselamatan dan ketenteraman pengamalnya. 

Apabila ada jenama yang di'identiti-Malaysia'kan atau dikemaskini, tentu ada halatuju, ada matlamat samada jangka pendek dan jangka panjang, untuk manfaat negara masing-masing pengamal. Ianya boleh diamalkan oleh kepelbagaian agama dan bangsa. Maka jika di'internasional'kan, barulah berkembang mendunia manfaatnya.

Begitu sepintas lalu.. Wallahu 'aklam.

Hibur Hibur Sikit

Chinese Man Throws Bicycle at Thieves on Scooter!

Carl Douglas Kung Fu Fighting (Original Music Video)

Video: Santri Santri Silat (Silat Disciples)



Santri Santri Silat (Silat Disciples)

  • 2 years ago
  •        
  • 171,069 views
Endah diikuti orang asing sepulang sekolah. 

2 comments:

Anonymous said...

Jika orang Thailand berbangga dengan muaythai, orang Korea berbangga dengan taekwando dan hapkido, China dengan kunfu dan Shaolin dan Jepun dengan Aikido, karate dan ninjutsu, Kita kaum Melayu Islam berbangga dengan silat yang menjadi budaya Kita. Amalkan silat. Siapa lagi jika bukan Kita.

cik minah said...

Betul tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails