Saturday, April 11, 2020

Penyiaran Video Palsu, Siasat Bekas Timbalan Menteri. Siapa?

AYOB Khan. FOTO arkib NSTP
Buka kertas siasatan terhadap bekas Timbalan Menteri


POLIS akan membuka kertas siasatan terhadap bekas Timbalan Menteri berikutan penyiaran video dengan keterangan palsu di akaun Facebooknya malam tadi, sehingga menyebabkan kegusaran awam di negeri ini.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Ahli Parlimen itu akan dipanggil memberi keterangan sekiranya siasatan membuktikan beliau memuat naik video palsu itu sehingga berlaku panik dalam kalangan masyarakat dan agensi penguat kuasa.
Katanya, Pengarah Imigresen Johor Baharuddin Tahir sudah membuat laporan di Balai Polis Larkin, Johor Bahru Selatan, berkaitan perkara terbabit 11.30 pagi tadi.

“Polis sedang menyiasat kes ini mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian).
“Siasatan kes ini juga diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman. Tindakan memuat naik video dengan keterangan palsu itu amat tidak bertanggungjawab,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.
Beliau berkata, ia menyebabkan video itu tular sehingga bukan saja menimbulkan kegusaran awam malah menyebabkan agensi penguat kuasa kelam-kabut.
“Undang-undang negara adalah untuk semua tidak mengira orang awam atau Ahli Parlimen, jika membuat perkara yang menyalahi undang-undang, maka bersedialah untuk disiasat,” katanya.
Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, video berkenaan sebenarnya adalah sesi latihan kebakaran di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, Disember tahun lalu.
Dalam video yang dimuat naik di akaun Facebook Ahli Parlimen berkenaan kira-kira 11.30 malam tadi, ia menunjukkan kononnya berlaku huru-hara di CIQ, BSI.
Antara keterangan bersama video itu - ‘Sedang berlaku di CIQ JB. Situasi di luar kawalan. Pekerja Malaysia di Singapore cuba balik secara beramai-ramai.’
Pemeriksaan di akaun Facebook mendapati video bersama keterangan palsu berkenaan sudah dipadamkan 15 jam lalu, malah pentadbir akaun itu memuat naik permohonan maaf yang menyatakan ia video lama. (MyMetro)

1 comment:

Anonymous said...

Puak Pakatan Hancing pimpinan kafir harbi DA-Pigs Dan fitnah adalah kembar siam berpisah tiada sejak dilahirkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails