Wednesday, April 08, 2020

Apa nak buat kalau jadi M/Agama M'sia? -Tanya M/Agama Kpd Ust Azhar Idrus.

a man wearing a hat: Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) mendoakan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sentiasa diberi kekuatan menjalankan tugas yang dibertanggungjawabkan. — Foto oleh Shafwan Zaidon
© Provided by Malay Mail Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) mendoakan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sentiasa diberi kekuatan menjalankan tugas yang dibertanggungjawabkan. — Foto oleh Shafwan Zaidon

Soalan cepumas Zulkifli kepada UAI, apa nak buat kalau jadi menteri agama Malaysia? Jawapan sempoi tapi padu!




Diangkat dari 
Projek MM


KUALA LUMPUR, 8 April — Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) bertekad untuk menggunakan kuasa yang ada bagi meninggikan syiar Islam jika dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama.
Perkara itu dinyatakan UAI ketika menjawab soalan dilontarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi video dalam talian di platform media sosial.
"Kalau saya menteri agama saya akan guna kuasa apa yang saya ada supaya agama Allah itu naik. 
“Bila agama Allah itu naik, orang bukan Islam pun akan dapat tumpang nikmatnya," jelas UAI.
Terdahulu Zulkifli dilihat bertanyakan beberapa soalan kepada UAI termasuk apakah perkara yang akan dilakukan jika dilantik sebagai menteri di jabatan perdana menteri bagi hal ehwal agama.
Sementara itu, UAI turut mendoakan agar Zulkifli diberi kekuatan menggalas amanah yang diberikan sebagai menteri sekaligus mendapat keredhaan Allah S.W.T.
"Allah tak tanya setakat mana naik (agama), tapi Allah tanya kamu naikkan atau tidak?
“Saya doakan datuk dan kakitangan lain ada kekuatan untuk menaikkan agama Allah,” katanya lagi.
<


1 comment:

Anonymous said...

Pengarah Urusan EZ Qurban, En Azhar Ab Shukur yang menghina Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan kata-kata yang biadap dan kurang ajar.

En Azhar Ab Shukur yang menggunakan akaun FB dengan nama Ab Shukur Azhar merupakan bekas calon Pilihan Raya Kecil Sungai Besar juga merupakan ahli Parti Amanah Malaysia (PAN).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails