Friday, March 20, 2020

Panduan Ringkas Pelaksanaan dan Panduan Qunut Nazilah ketika Wabak

Hasil carian imej untuk langit bergelora


• Nazilah (nawazil)bermaksud peristiwa atau bala bencana yang menimpa umat Islam.
• Qunut nazilah disyariatkan ketika umat Islam ditimpa bala bencana atau musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya.
• Hukumnya sunat
• Dalil daripada hadith:
“Ketika Nabi S.A.W sedang mengerjakan solat isya’ sebaik sahaja baginda membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ kemudian terus membaca doa sebelum baginda sujud dengan sebutan: 
Ya Allah, selamatkan lah ‘Ayyash bin Abi Rabi’ah, 
Ya Allah, selamatkan lah Salamah bin Hisyam. 
Ya Allah, selamatkan lah Al-Walid Ibn al-Walid.
Ya Allah, selamatkan lah golongan yang tertindas dari kalangan orang beriman. 
Ya Allah, Kau beratkan lah hukuman-Mu ke atas suku kaum Mudhar. 
Ya Allah, jadikanlah ia seperti tahun-tahun Yusuf (tujuh tahun yang penuh kesulitan).”
Riwayat Al-Bukhari (122)
Tatacara:
• Dibaca dalam solat-solat fardhu sahaja, sama ada solat berjemaah atau bersendirian.
• Jika dilakukan secara berjemaah, imam membacanya secara kuat dan makmum mengaminkannya. Sunat baca secara kuat termasuk solat Zohor dan Asar.
• Jika dilakukan secara berseorangan maka ia dibaca perlahan.
• Dibaca semasa i’tidal selepas bangun daripada ruku’ dalam rakaat yang terakhir
• Tidak perlu melakukan sujud sahwi sekiranya tertinggal qunut nazilah
• Sunat angkat kedua tangan semasa berdoa.
• Tidak perlu menyapu tangan ke muka selepas berdoa.
Antara cadangan doa qunut nazilah
اللَّهُمَّ اهْدِنا فِيمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنا فِيمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لنا فِيمَا أَعْطَيْتَ وقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ إِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
اللهم إلَيكَ نَشْكُو وَإيَّاكَ نَرْجُو أَنْ تَدْفَعَ عَنَّا الْبَلَاء والوَبَاء والفِتَنَ والمِحَنَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بطَن يا أرحم الراحمين ويا مُجِيبَ السَّائلِين
اللهم إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ وَالجُنُونِ والْجُزَامِ وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَام
وصَلَّى اللهُ وسلَّم علَى نَبيِّنا محمَّدٍ وعَلى آله وصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Sumber:
https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4322-al-kafi-1660-adakah-qunut-nazilah-dituntut-dalam-situasi-covid-19



Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

Bab 1
Bab 2 
Bab 3
Bab 4

3 comments:

Anonymous said...

Ini bloog pelajaran
ugama..bukan lgi blog politik..

Anonymous said...

Politik adalah sebahagian dari islam. Pelajaran pun sebahagian dari islam. Cuma liberal akan pisahkan politik dengan islam. Liberal juga pisahkan pelajaran dengan islam. Liberal juga pisahkan politik dengan pelajaran. Islam mengajar politik bersih dan sihat. Islam mengajar pelajaran yg bersih dan sihat. Pandangan liberal politik dan agama mesti dipisahkan.

Anonymous said...

Top 20

1. China ���� 80,928
2. Italy ���� 35,713
3. Iran ���� 17,361
4. Spain ���� 14,769
5. Germany ���� 12,824
6. USA ���� 9,464
7. France ���� 9,134
8. South Korea ���� 8,565
9. Switzerland ���� 3,219
10. UK ���� 2,626
11. Netherlands ���� 2,051
12. Austria ���� 1,843
13. Belgium ���� 1,759
14. Norway ���� 1,623
15. Sweden ���� 1,301
16. Denmark ���� 1,132
17. Japan ���� 923
18. MALAYSIA ���� 900
19. Canada ���� 727
20. Australia ���� 709

Ini bukan ranking & point bola World FIFA yer Tuan2 & Puan2

Ini ranking Covid-19 yg terkini buat masa ini

Terus mengejar rapat Japan

Tersangatlah tidak membanggakan & amat membimbangkan

STAY HOME GUYS ‼️‼️

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails