Thursday, March 19, 2020

Tukar Kalimat Azan, Hukum Dan Sejarah..


Suhu badan diperiksa terlebih dahulu, elak pembawa Covid-19 sebelum memasuki bank di Shaab, Kuwait. (Gambar Reuters)
Catatan Santai Ibnu Hasyim 

BERITA dari Kuwait beberapa hari lepas menyebutkan penularan Covid-19 di seluruh dunia ketika ini berada dalam situasi yang sangat membimbangkan. Di Kuwait sendiri, pihak berkuasanya mengeluarkan arahan menutup sementara semua masjid dan mengubah lafaz laungan azannya.


Memetik portal Middle East Eye, serentak penutupan rumah ibadat itu lafaz azan diubah daripada “hayya ‘ala al-Salah” (marilah menunaikan solat) kepada “al-Salatu fi buyutikum” (tunaikanlah solat di rumah kamu). 

Begitu pula berlaku di Masjid negeri Pulau Pinang.
Kalau dilihat sejarah, pernah di Turki 1920an 1930an azan ditukar ke bahasa Turki dari bahasa Arab, dalam usaha memisahkan Islam dari penganutnya. Akhirnya kerajaan itu dijatuhkan. Azan di Syria, Masjid Umayyad dilaungkan dalam bentuk laungan beramai-ramai ala koir. Alunan azan yang ditampilkan itu kononnya  dapat harmonikan suasana kota sekeliling.

Di Singapura, laungan Azan hanya boleh dikumandang dalam masjid-masjid saja. Kerajaan Singapura melarang suara azan dikumandangkan menerusi corong-corong pembesar suara. Berlaku hingga sekarang.

Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (1/338) menyebut: 

Azan disyariatkan pada tahun pertama hijrah. Ini berdasarkan hadith, daripada Ibn Umar RA katanya: 

Ketika orang Islam sampai di Madinah mereka berkumpul dan menantikan waktu bersolat. Tidak ada cara yang diserukan bagi solat tersebut. Suatu hari mereka berbincang tentang perkara itu. Sebahagian daripada mereka mencadangkan loceng digunakan sepertimana loceng orang Nasrani, dan sebahagian yang lain pula mengatakan serunai digunakan seperti terompet tanduk yang digunakan oleh orang Yahudi. 

Umar RA pula berkata: Kenapakah kamu tidak menyuruh seseorang menyerukan solat? Lalu Rasulullah SAW bersabda:
يَا بِلَالُ قُمْ فَنَادِ بِالصَّلَاةِ
MaksudnyaWahai Bilal, berdirilah dan serukan solat.” Riwayat al-Bukhari (579) dan Muslim (377)

Manakala berkenaan asal usul lafaz azan, terdapat dua orang sahabat telah mendapat mimpi yang sama tentang azan ini, iaitu Abdullah bin Zaid R.A dan Umar bin al-Khattab R.A. 

Hal ini sepertimana yang diriwayatkan dalam satu hadis yang panjang, daripada Abdullah bin Zaid R.A katanya:
لَمَّا أَمَرَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِالنَّاقُوسِ يُعْمَلُ لِيُضْرَبَ بِهِ لِلنَّاسِ لِجَمْعِ الصَّلاَةِ طَافَ بِي وَأَنَا نَائِمٌ رَجُلٌ يَحْمِلُ نَاقُوسًا فِي يَدِهِ ، فَقُلْتُ : يَا عَبْدَ اللهِ أَتَبِيعُ النَّاقُوسَ ؟ قَالَ : وَمَا تَصْنَعُ بِهِ ؟ فَقُلْتُ : نَدْعُو بِهِ إِلَى الصَّلاَةِ ، قَالَ : أَفَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ مِنْ ذَلِكَ ؟ فَقُلْتُ لَهُ: بَلَى ، قَالَ : فَقَالَ : تَقُولُ : اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ...رُ
قَالَ : ثُمَّ اسْتَأْخَرَ عَنِّي غَيْرَ بَعِيدٍ ، ثُمَّ ، قَالَ : وَتَقُولُ : إِذَا أَقَمْتَ الصَّلاَةَ ، اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ...رُ
Maksudnya“Ketika Nabi SAW meminta loceng supaya orang boleh memukulnya bagi menghimpunkan (orang ramai) untuk solat, tiba-tiba saya teringat ketika sedang tidur, seorang lelaki mengelilingi saya (dalam mimpi) dengan memegang loceng di tangannya. 

Lalu saya berkata: “Wahai hamba Allah, adakah kamu mahu menjual loceng tersebut? Katanya: “Apakah kamu hendak lakukan?” Saya menjawab: “Untuk menyeru orang ramai supaya menunaikan solat.” Dia berkata kembali: “Apakah kamu mahu jika aku tunjukkan cara yang lebih baik?” Saya jawab: “Sudah tentu.” 

Katanya: “Sebutkanlah ‘: اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ’……. (sehingga akhir azan).
Tidak lama selepas itu, dia berkata lagi: “Ketika kamu berdiri untuk mengerjakan solat, sebutkan ‘، اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ’ …. (hingga akhir iqamat). Riwayat Abu Daud (449)

Setelah terjaga, saya segera menemui Rasulullah SAW dan menceritakan mimpi ini. Lalu Baginda SAW bersabda:
إِنَّهَا لَرُؤْيَا حَقٌّ إِنْ شَاءَ اللَّهُ ، فَقُمْ مَعَ بِلاَلٍ فَأَلْقِ عَلَيْهِ مَا رَأَيْتَ ، فَلْيُؤَذِّنْ بِهِ ، فَإِنَّهُ أَنْدَى صَوْتًا مِنْكَ فَقُمْتُ مَعَ بِلاَلٍ ، فَجَعَلْتُ أُلْقِيهِ عَلَيْهِ ، وَيُؤَذِّنُ بِهِ ، قَالَ : فَسَمِعَ ذَلِكَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ ، وَهُوَ فِي بَيْتِهِ فَخَرَجَ يَجُرُّ رِدَاءَهُ ، وَيَقُولُ : وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ يَا رَسُولَ اللهِ ، لَقَدْ رَأَيْتُ مِثْلَ مَا رَأَى ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : فَلِلَّهِ الْحَمْدُ.
Maksudnya

Dengan izin Allah, ia adalah mimpi yang benar. Berdirilah bersama bilal dan sampaikan kepadanya apa yang kamu lihat supaya dia boleh melaungkan azan kerana suaranya lebih baik daripada kamu. Lalu saya bangun bersama Bilal dan menyampaikan kepadanya. Lantas dia pun melaungkan azan. 

Umar al-Khattab yang berada di rumahnya mendengar laungan azan tersebut, lalu keluar sambil menarik jubahnya. Katanya: “Demi Tuhan yang mengutus engkau dengan kebenaran wahai Rasulullah, saya juga melihat seperti apa yang dilihatnya (Abdullah). Baginda menjawab: “Segala puji bagi Allah.” Riwayat Abu Daud (449)
Jadi, pensyariatan azan walaupun daripada mimpi para sahabat mengikut sebahagian riwayat tetapi ianya tidak bercanggah dengan riwayat yang lain. Ini kerana apabila diberitakan kepada Rasulullah SAW makanya, Baginda SAW mengiyakannya. Dan ikrar Rasulullah SAW termasuk dalam hadith Nabi SAW sementelahan lagi telah dibentangkannya kepada Baginda SAW.
Semoga Allah kurniakan kepada kita kefahaman yang baik dalam agama Islam yang kita cintai ini mengikut petunjuk Nabi-Nya SAW. Amin.

Sekian.
Ibnu Hasyim
Mac 2020 Kg Perlis 
Balik Pulau P.Pinang

Lihat sebelum ini..

13 comments:

Anonymous said...

Tahniah Ibnu Hasyim,
hang dah tua
elok tinggalkan politik dunia
tumpukan penulisan hang kat agama,moga bermanfaat dan dapat pahala disisiNya.

Anonymous said...

March 19, 2020 at 7:18 PM contoh tak paham agama..
otak sekular. pegi belajar lagi.
Kesian..

Anonymous said...

Nasib la menteri ugama bukan lagi simojahit..
Kalau tak entah2 dah dibuat azan semua ugama.

Anonymous said...

Dalam islam pun ada politik.

Anonymous said...

7.18 PM . Ngaji islam tak habih rupanya. Tak payah komen lah kalau macam tu. Nasihatnya bukan main lagi. Jangan2 kote pun tak sunat lagi.

Anonymous said...

Solat jumaat dilarang..solat jemaah 5 waktu pon dilarang di zaman PN yg ada ularmak Pas..

Ini kerja Dapigs yg anti islam gaknye..

Ape komen barua penyamun?..



Budak kampung Selatan said...

Kerajaan melayu islam mana pulak yang tak bagi solat jemaah dan solat jumaat ni..ubah azan..cuba inform sket? Kerajaan MANA?

Anonymous said...

https://m.malaysiakini.com/news/515587

Lid' dan 'Jib' saling salah menyalah berhubung Covid-19

Anonymous said...

Bukan kat malaysia saja. Negara arab lain pun dah alun azan ni. Bukan satu kesalahan pun bila kena pada waktu, tempat dan masalahnya.

Kerajaan ph dulu larang sekat pelangcong cina masuk. 2 juta masuk kata madey. Lagi lama ph perintah, lagi ramai yg biul. Manifesto bukan kitab suci. Hari ini perintah, esok harga minyak turun. Liberal berleluasa. Eng guan rancak jual aset.

Anonymous said...

Kalau mujahat menteri agama, tindakan ikut kitab liberal. Bila menteri agama pn, ikut Quran dan sunnah.

Anonymous said...

Petang tadi khabarnya ada macai dapigs kelas sarjan masuk kg2 berkempen, antara soklannya ialah:
1. Ada phd.
2. Duk rumah siapa yg sekat keluar? Dap ke atau umno/pas?
3. Siapa larang pergi masjid/surau? Dap ke atau umno/pas.

Dan katanya sarjan dapigs tadi mewakili unitnya iaitu regimen pandapigs.
Jugak menurut maklumat mereka nih adalah antara orang2 pernah berkumpul/ berhimpun jan jugak munkin naik satu bas dengan pesakit covid19 yg berpangkat kolonel dalam regimen dapigs.

Tu dia, orang suruh duk rumah dia merayau, ada potensi pembawa virus covids pulak tu.

Anonymous said...

1. Yang dekat Syria tu samada dimasjid Umawi dan Masjid besar Halab dia orang tak tukar kalimat azan cuma mereka buat azan secara qoir, dan lepas azan mereka akan sambung dengan solawat.
Macam mana cara azan tu boleh didapati dekat media sosial eg youtube.

2. Segala yg dipersahkan, diterimapakai dan diamalkan dizaman Rasulullah oleh Baginda adalah merupakan sebahagian dari alhadis dan assunnah.

Jadi kalimat2 azan tu adalah sebahagian dari syiar islam dan tidak pernah dibuang orang untuk diganti dgn kalimah lain dalam keadaan apa pun termasuk pada waktu Pandemic swine flu 1918 yg meragut lebih 50juta jiwa seluruh dunia dimana di british india sahaja yg tercatat dalam hitungan kerajaan british india adalah 17juta+-. Manakala kepulauan nusantara 1.7juta jiwa +- menurut kerajaan belanda.
Ada ke tukar kalimah azan waktu tu? Jawapannya tiada dalam mana2 catatan sejarah.

Diturki, tokoh reformasi kemalatarturk yg menukar bahasa rasmi khalifah iaitu arabic kepada bahasa turki telah turut menukarkan kalimah azan dari yg original arabic kepada yg terjemahan, takada tambahkurang kecuali terjemahan demi menmartabatkan semangat reformasi yang dibwa olehnya setelah berjaya merobohkan kesultanan turki dengan bantuan barat.

Di iran dan iraq, bagi pengikut syiah mereka ada menambah dua lagi ayat bermaksud iaitu "aku bersaksi bahawa ali itu wali allah" dan "marilah membawa amalan yg baik", jadi yg berubah adalah susunan ayat/kalimah kerana dua yg diatas diselitkan antara yg original. Yg original tidak diubahpinda atau dibuangganti dan azan masih dlm arabic walaupun iran mengunakn bahasa parsi sbg bahasa rasmi.
Kaum syiah di india azannya sama macam sunni setakat yg saya tahu dan dengar sewaktu prnah kesana dan berkesempatan melawat kawasan penduduk muslim syiah.

..

Anonymous said...

Ilmu islam dah kembang banyak. Ramai yg terkedepan dengan ilmu islamnya terkebelakang. Mereka ni macai dap. Hambur tulisan hentam keromo. Bila isu berkaitan islam dikeluarkan, mereka orang pertama membantai. Berguru dengan mujahid dapat tahap bawah par. Mereka ni menyusahkan rakyat dan menyusahkan orang nak buat kerja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails