Thursday, March 19, 2020

J/Alam Sekitar Mula Mengorak Langkah. Tahniah Teruskan..

Hasil carian imej untuk tuan ibrahim

Pencemaran sungai: JAS ambil tindakan perundangan


KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengambil tindakan terhadap menyebabkan pencemaran bau hingga mengakibatkan gangguan air tidak berjadual yang menjejaskan beberapa kawasan.
Sebanyak 30 kompaun dengan nilai RM60,000 telah diberikan kepada pemilik premis di Kampung Sungai Dua, Rawang yang menjadi punca masalah bekalan air di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat, kelmarin.

JAS menegaskan bahawa, selain daripada tindakan mahkamah, tangkapan boleh dibuat kepada mana-mana pihak yang melakukan pencemaran atau disyaki melakukannya di bawah peruntukan Seksyen 37C Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Semasa operasi penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan semalam, JAS mendapati premis telah melanggar  Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
“Minyak-minyak enjin terpakai dan pelarut tidak diuruskan dengan baik serta tidak menyelenggara perangkap minyak sehingga menyebabkan longkang air hujan dicemari sisa minyak bercampur pelarut.

“Sampel buangan telah diambil sebagai bahan bukti dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisis komposisi buangan,” maklum kenyataan yang dikeluarkan kepada media sebentar tadi.
Dimaklumkan, JAS Selangor kini menyediakan Kertas Siasatan bagi pendakwaan di bawah Seksyen 16(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 ke atas sebuah lagi premis yang beroperasi di kawasan Rawang Integrated Industrial Park. 

Menurut kenyataan itu juga, JAS Selangor akan meneruskan tindakan penguatkuasaan ke atas lain-lain punca berpotensi mencemar sungai bagi mencegah berulangnya hentitugas LRA Sungai Selangor.
“Pada masa kini, tumpuan diberi kepada premis-premis yang terletak dalam lingkungan 1 kilometer radius daripada lokasi pencemaran bau dikesan yang melibatkan sebanyak 21 buah premis.   

“Selain itu, JAS teruskan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan seperti Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).
“Ini bagi membanteras pencemaran sumber air melalui pendekatan secara bersepadu, perkongsian data raya, penggunaan teknologi bagi mengesan kes pencemaran seperti drone dan sebagainya,” maklum kenyataan itu.

Dinyatakan juga, penguatkuasaan ke atas punca-punca pencemaran di seluruh negara berjalan seperti biasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa yang sedang berlangsung ketika ini hingga 31 Mac.
Di mana ditegaskan, tangkapan ke atas pesalah alam sekitar di bawah peruntukan Seksyen 37C Akta juga boleh diambil tanpa waran bagi memastikan kesejahteraan alam sekitar dan rakyat khususnya tetap terpelihara daripada ancaman pencemaran. – HARAKAHDAILY 19/3/2020
Tahniah, teruskan.. ajar sikit perosak alam sekitar.

9 comments:

Anonymous said...

Tahniah JAS cekap...seblm ni pon JAS selangor memang cekap..

Anonymous said...

http://kedahlaniie.blogspot.com/2020/03/benarkah-pelancong-china-zaman-ph.html?m=1

Boleh blah lah lu said...

Taknak tangkap ke perosak yg khianat mandat rakyat

Anonymous said...

Mana ada keadaan sungai di mesia seperti gambar diatas sebelum 22 bulan yg lalu?

Anonymous said...

Kesian Tun dr Mahadhir, terpaksa kurantinkan diri sendiri sebab pernah bersama2 pengidap covids.

Anonymous said...

Nama Kedahlaniie tu bunyi mcm macai pandapigs jer..


Anonymous said...

Rakya pd pru14 memilih tun sbgai pm, rakyat muda2 rindu zaman atok, jadi atok menang..
Pastu si nuwar yg dilepas atok dari tersepit & geng cuba mengkhianati atok. Atok yg malas nak layan lebih terus letak jawata dan calonkan moyidin sbgai penganti.
Golongan pengkhianat terhadap atok mendljadi kecewa dan terus meroyan.

Sekarang moyidin yg dipilih oleh rakyat dipilih oleh pm yg dipilih oleh rakyat telah menjadi pm.

Moyidin barangkali kesian untuk mengambil tindakan keatas pengkhinat mandat rakyat yg terdiri dari ketua parti bekas gabongan partinya. Moyidin akan membiarkan mereka itu terus berkeadaan kecewa dan meroyan.

Anonymous said...

Tahap kesedaran kebersihan rakyat malaysia masih lagi rendah. Banyak sungai, parit dan tali air penuh dengan sampah sarap. Tempat2 ini potensi untuk ikan2, rosak. Di kawasan2 lapang atau tempat sunyi, banyak longgokan sampah dibuang oleh lori 1 tan kebanyakannya. Di belakang bangunan juga kotor. Longkangnya berminyak dan berdekat tidak dicuci.

Rindu untuk melihat kebersihan alam sekitar. Jika melancong perkara utama yg dapat kepujian ialah kebersihan.

Anonymous said...

Masa madey jadi pm tak pulak dia kuarantin rakyat. Malah larang sekat pelancong cina dari datang sini. Jangan rasis katanya. Bila rebut kuasa, biul jadinya. Nak sokongan dap, apa yg berkaitan dengan cina, semuanya suci.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails