Saturday, March 21, 2020

Covid-19: Islam jadi contoh penyelesaian-Presiden PAS

Hasil carian imej untuk Covid-19: Islam jadi contoh
Hasil carian imej untuk Covid-19: Islam jadi contoh
MARANG: Islam mendahului tamadun barat ribuan tahun dalam penyelesaian menyekat wabak penyakit seperti taun yang kini menyamai koronavirus atau Covid-19, menular ke seluruh dunia.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, apabila berlaku wabak seperti coronavirus atau Covid-19 yang tersebar ke seluruh dunia, Islam ada penyelesaiannya.
Kata beliau, orang Islam mesti menunjukkan contoh boleh memerintah, mentadbir dan menguruskan negeri dalam semua perkara dengan sebaik-baiknya.
“Apabila ada wabak yang seperti ini (Covid-19) sehingga tersebar ke seluruh dunia. Kita kena tunjuk bagaimana penyelesaian Islam dalam masalah ini.
“Sepatutnya, kita orang Islam menjadi contoh kepada bukan Islam. Malulah kita orang Islam, kita tidak menunjukkan suatu contoh yang baik. Kita kena sedar, kita orang Islam ini menjadi model dalam sejarah Islam zaman dahulu.
“Ilmu perubatan ini orang Islam yang teroka dulu, tiba-tiba kita tinggal ilmu kita sendiri. Orang barat ini belajar ilmu perubatan daripada orang Islam. Orang Islam yang dahulu memperkenalkan (ubat) bius, memperkenalkan pembedahan, memperkenalkan pemisahan (kuarantin) dalam sakit taun.
“Islam mendahului ribu tahun dari tamadun barat dalam perkara ini. Dengan sebab itu, jangan kita malukan agama kita, jangan kita malukan orang Islam,” tegasnya ketika menyampaikan Kuliah Dhuha Pagi Jumaat secara online atas talian dari Masjid Rusila, Marang, hari ini.
Ini berikutan, arahan kerajaan Malaysia yang mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, bermula 18 hingga 31 Mac ini di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Sehubungan itu, kata Tuan Guru Abdul Hadi, perintah larangan dan arahan itu adalah betul serta menepati maqosid syariat bagi menjaga agama, nyawa, akal fikiran, maruah keluarga dan harta.
“Bila berlaku arahan supaya kita tidak dibenarkan solat Jumaat, solat berjemaah, ini perkara agama. Pemerintah tidak larang orang sembahyang, jika dilarang orang sembahyang, puasa itu tidak betul. Ini (sekarang) boleh lagi. Cuma bila ada ‘penyakit’ (wabak) solat Jumaat diganti dengan solat Zohor. Sebab, jaga nyawa, jaga agama dan jaga masyarakat.
“Kita kena faham, wabak (yang tidak nampak) ini seumpama api juga mesti selamatkan diri. Ribu-ribu orang telah mati dan jangan kita (rakyat) degil dalam masalah ini. Kita tidak boleh memudaratkan diri sendiri dan tidak boleh memudaratkan orang lain,” jelasnya.
Menurutnya, jika ada di kalangan rakyat negara ini yang tidak mematuhi larangan pihak berkuasa itu sama seperti tindakan memudaratkan diri dan orang lain.
“Bila mari penyakit, wabak yang boleh memudaratkan diri kita sendiri. Umpamanya, mana lebih baik bunuh diri dengan panjang umur dan boleh beribadat lagi?
“Bunuh diri adalah haram. Sebab, bunuh diri ini bukan sahaja terjun dalam api atau gantung diri. Ini (bunuh diri) termasuklah mendedahkan diri kepada penyakit yang boleh membunuh kita dengan penyakit.
“Sedangkan, ada ikhtiar untuk berubat dan hindari diri dari penyakit itu. Dalam masa yang sama tidak boleh memudaratkan orang lain hingga berjangkit pula kepada orang lain, itu tidak boleh.
“Kita manusia mesti hidup bermasyarakat dan dengan sebab itu ada larangan dengan menjaga diri dan untuk menjaga masyarakat. Arahan ini adalah arahan yang betul bukan arahan yang salah,” tegasnya.
Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan wabak penyakit seperti Covid-19 itu adalah ujian dari Allah SWT kepada manusia hari ini.
Justeru, katanya buktikan bahawa Islam itu agama yang hebat dan boleh menyelesaikan segala permasalahan dunia ini dengan sebaik mungkin.
“Kadang-kala kita hendak tunjuk yang kita ini kuat sangat Islam tetapi tidak ‘reti’ (faham) Islam. Kita merosakkan agama kita sendiri, merosakkan maruah agama Islam kita sendiri.
“Malulah kita, biar kita tunjuk Islam ini satu agama yang baik dan lebih baik dari yang lain. Ini satu contoh yang Tuhan uji kepada kita dengan penyakit-penyakit wabak seperti ini.
“Kebetulan pendekatan (Islam) ini boleh kita tunjuk di mana kebaikan Islam. Itulah nasihat yang dapat saya berikan untuk menjadi renungan kita semua,” ujarnya.
Menurutnya, Islam sama sekali melarang umat ini dari memudaratkan diri sendiri dan memudaratkan orang lain termasuklah dalam wabak penyakit Covid-19. – HARAKAHDAILY 20/3/2020

12 comments:

Anonymous said...

Mudah2an moyiddin mengambil langkah yg lebih tegas dalam memastikan kalangan yg msih degil berkeliaran dgn alasan rekaan diambil tindakan.
Kalau tokbatin orang asli pun tahu membuat sekatan untuk memastikan orang luar tidak memasuki perkampungan mereka kerana bimbang pengunjung berkemunkinan seorang pembawa virus covid19 yg memunkinkan jangkitan kpd penduduk mereka maka moyidin seharusnya mengambil langkah yg bijak dalam menangani krisis wabak tahap pandemic ini.
Jangan jadi mcm kebodohan pakatanhancing (sekarang pakatankuciwa) yang bukannya mengawal kemasukan warga asing atau warga tempatan yg pulang dari luar negara malahan bukan sahaja tidak memberi perhatian langsung tehadap pergerakan keluarmasuk sempadan malahan menggalakan lagi pelancong luar masuk ke mesia.
Kalaulah tokbatin orang asli dan ajk nya menjadi menteri kabinet pada masa tu, tidakkan mereka tentunya lebih baik dari kabinet pakatankuciwa.

Anonymous said...

Yg keluar rumah, berkeliaran, itu dap satu regu dengan pkr dan pan. Anti kerajaan pn.

Puaka Rimba said...

Chief Lobai kata...malu lah kalau kita tidak bermaruah..islam mesti menjadi contoh kepada bukan Islam...cuma nak tanya...ada maruah ke kalau masuk rumah ikut tingkap @ atap @ pintu belakang..sedangkan pintu depan rumah terbuka luas. Nak cerita pasal maruah kunun...Hihihikikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Kerajaan sekarang ikut pintu dan dijemput masuk dengan hormat untuk selesaikan kemelut rebut kuasa antara mahathir dan anoar. Tidak ada istilah penyamun seperti kata kelompok kecewa dan liberal yg terlibat dengan perebutan kuasa dalaman ph. Sepastinya rakyat menolak parti jahat, parti fitnah, parti hina ulamak. Pas sebagai parti bermaruah tidak mengamalkan dan menganjurkan kerosakan, sebaliknya menganjurkan kesejahteraan. Parti jahat dipimpin oleh ulamak liberal yg terkenal sebagai yg selalu turun naik mahkamah dan mengajak kejahatan dengan ahlinya.

Puaka Rimba said...

Kesian TYSM ...ambil alih kuasa ketika negara menghadapi wabak Cov19 dan kejatuhan harga petroleum sedunia...2 hal ini menyebabkan kewangan dan ekonomi negara dalam kegawatan...itulah ...bak kata orang-orang tua..." tiada beban, Biawak digalas...Hihihikikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Bolehke seorg yg ada masalah moral menjadikan negara ini sebagai negara bermoral???? Tentu tidak kan. Jadi keputusan memilih kerajaan sekarang adalah betul. Manusia tidak bermoral tak layak jadi pemimpin nombor satu negara.

Anonymous said...

Jangan menyesal sekali lagi. Rakyat tertipu terutama org melayu. Oleh pakatan yg didominasi oleh dap. Jangan tertipu kali kedua. Buat pilihan bijak tolak parti yg penoh retorik. Jika rakyat menolak tabiat tidak bermoral presiden, tolak juga partinya. Jangan tertipu dengan dap. Bijak bermuka tapi menindas org melayu terutama yg tinggal di kpg. Jangan sokong mahathir yg di usia ini jadi perkakas dap.

Anonymous said...

Lepas ni ramai yg hilang pekerjaan akibat rampasan kuasa..minyak jatuh.
saham merudum... akibat dosa walaun yg suka fitnah orang.. kita tunggu apa walaun berdalih utk lepaskan diri..

Anonymous said...

Menteri kanan pakar semburit duduk berdakapan dgn mp pas..bermoral kah kerajaan pintu belakang ni?

Anonymous said...

Khazanah melayu habis kena rembat. Hutan simpan habis dijual..harta felda hangus..harta TH hangus..ini semua kerja penganut melayu yg tak tahu halal haram..

Anonymous said...

Duit 90 jota apa cerita? Saja nak tanya. Sbb dengar cerita ini kerja lobai yg mengaku islam tp buruk perangai..

Anonymous said...

Yg keluar rumah tu ramai walaun yg sedang sibuk mbahagi harta rampasan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails