Tuesday, May 09, 2017

Jangan Kau Bersedih.. Tercela &Terpuji.


JANGANLAH kau bersedih.. Apa tepatkah arahan itu?
Setiap orang pasti pernah bersedih seperti kala diberi cubaan atau ujian oleh AllahTa’ala. Perlu diketahui sedih asalnya tidak dapat menolak bahaya atau mendatangkan manfaat. Ertinya yang disedihkan atau diratapi tidak akan kembali. 
Namun sedih itu sendiri boleh terpuji dan boleh pula tercela. Bila sedih  itu berbuah pahala dan sebaliknya? Hal itu diterangkan oleh Ibnu Taimiyah berikut ini.
Abul ‘Abbas Ibnu Taimiyah Rahimahullah berkata,
Sedih tidaklah diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bahkan kadang sedih itu terlarang dalam beberapa keadaan tatkala dikaitkan dengan hal agama. Seperti firman Allah Ta’ala,
وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
  • Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman” (QS. Ali Imron: 139).

Begitu pula firman Allah Ta’ala,
وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكُرُونَ
  • Dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan” (QS. An Nahl: 127).

Allah Ta’ala juga berfirman,
لَا تَحْزَنْ إنَّ اللَّهَ مَعَنَا
  • Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita” (QS. At Taubah: 40).

Dalam ayat lain disebutkan pula,
وَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ
  • Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka” (QS. Yunus: 65).

Juga Allah Ta’ala berfirman,
لِكَيْ لَا تَأْسَوْا عَلَى مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ
  • (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu” (QS. Al Hadid: 23).

Sedih tidaklah dapat mendatangkan manfaat, tidak pula menolak bahaya. Jadi, kadang sedih itu tidak bermanfaat. Sesuatu yang tidak bermanfaat tentu tidak diperintahkan oleh Allah.
Namun perlu diperhatikan bahawa orang yang sedih tidaklah dikenai dosa jika tidak dikaitkan dengan sesuatu yang haram. Seperti yang terdapat pada orang yang tertimpa musibah sebagaimana disebutkan dalam sabda Nabi SAW,
إنَّ اللَّهَ لَا يُؤَاخِذُ عَلَى دَمْعِ الْعَيْنِ وَلَا عَلَى حُزْنِ الْقَلْبِ وَلَكِنْ يُؤَاخِذُ عَلَى هَذَا أَوْ يَرْحَمُ وَأَشَارَ بِيَدِهِ إلَى لِسَانِهِ
Sungguh Allah tidaklah menghukum seseorang kerana titisan air mata dan kesedihan hati. Tetapi, Allah hanyalah menyiksa atau mengasihi hamba kerana sebab (sabar atau keluhan) lisan ini (sambil beliau berisyarat dengan lisannya)”.
Nabi SAW bersabda,
تَدْمَعُ الْعَيْنُ وَيَحْزَنُ الْقَلْبُ وَلَا نَقُولُ إلَّا مَا يُرْضِي الرَّبَّ
Tetesan air mata dan sedihnya hati, dan tidaklah kukatakan selain yang Allah ridhoi". (HR. Muslim no. 2315)
Dalam firman Allah Ta’ala disebutkan (mengenai kesedihan Ya’qub),
وَتَوَلَّى عَنْهُمْ وَقَالَ يَا أَسَفَى عَلَى يُوسُفَ وَابْيَضَّتْ عَيْنَاهُ مِنَ الْحُزْنِ فَهُوَ كَظِيمٌ
  • Dan Ya’qub berpaling dari mereka (anak-anaknya) seraya berkata: “Aduhai duka citaku terhadap Yusuf”, dan kedua matanya menjadi putih kerana kesedihan dan dia adalah seorang yang menahan amarahnya (terhadap anak-anaknya)” (QS. Yusuf: 84).

Ada sedih yang berbuah pahala dan terpuji. Dari sisi lain yang dinilai berpahala, bukan dari sedih itu sendiri. Misalnya adalah sedih kerana musibah menimpa agamanya dan sedih kerana musibah yang menimpa banyak kaum muslimin. Sedih seperti ini bernilai pahala dari sisi hati yang cenderung pada kebaikan dan membenci kejelekan. 
Tetapi jika sedih tersebut sampai meninggalkan hal yang diperintahkan iaitu tidak sabar, meninggalkan jihad, tidak meraih manfaat atau malah mendatangkan mudhorot (bahaya), maka sedih semacam ini jadi dilarang. Dan sedih seperti itu boleh jadi sesuai dengan dosa yang hilang kerana kesedihannya.
Jika sedih itu menyebabkan lemahnya iman, lalai dari perintah Allah dan Rasul-Nya, maka sedih kala itu menjadi tercela dilihat dari sudut ini. Namun barangkali terpuji dari sudut lain (Majmu’ Al Fatawa, 10: 16-17).
Intinya, sedih ada yang bernilai dosa jika sampai dilampiaskan dalam melakukan yang haram. Dan ada sedih yang berbuah pahala jika sabar dalam musibah. Dan tidak selamanya orang yang sedih dengan meneteskan air mata menjadi tercela. Selama lisan tidak banyak menggerutu dan mengeluh terhadap takdir, ertinya bersabar, maka boleh berbuah pahala.
Ya Allah, berilah kesabaran pada kami dalam menghadapi setiap ujian dan cubaan. Ya Allah, gantilah setiap kesedihan kami dengan kebahagiaan dan pahala. (IH) 
Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

E-Buku IH-97: Siri Amalan Ibadah. Buat Sikit-sikit Dulu..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails