Wednesday, May 10, 2017

Rasuah, Libatkan Dr Azman &3 Pegawai Zakat P.Pg Pula.


AZMAN, tiga pegawai ZPP dan tujuh kontraktor ditahan reman di Mahkamah Majistret George Town, semalam bagi membantu siasatan kes rasuah dan pecah amanah.


GEORGE TOWN – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zakat Pulau Pinang (ZPP), Datuk Dr. Azman Abdul Samat bersama tiga pegawai kanannya dan tujuh kontraktor ditahan reman selama tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri semalam bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dan rasuah wang dana organisasi itu semalam.
Azman yang berusia 50 tahun diberkas di pejabatnya di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah pada pukul 10.40 pagi manakala yang lain dipercayai ditahan di beberapa lokasi berasingan di negeri ini dalam operasi Ops Miskin.
Azman telah memegang jawatan itu sejak tahun 1995.
Tiga pegawai kanan ZPP pula ialah Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti, Mohd. Wardi Ramli, 35, Pegawai Unit Pendidikan, Muhamad Hafizi Che Ani, 39, dan Ketua Bahagian Pemba­ngunan, Kebajikan dan Sosial, Ruslan Harun, 40.
Tujuh kontraktor yang berpangkalan di negeri ini pula masing-masing berusia antara 41 hingga 52 tahun.
Pengarah SPRM negeri, Datuk Abdul Aziz Aban berkata, penahanan ke atas mereka dilakukan hasil maklumat orang awam berhubung laporan kes penyelewengan dana ZPP dan risikan pihaknya sejak Disember tahun lalu.
Menurutnya, siasatan awal mendapati ada pegawai ZPP te­lah menerima barangan berharga, wang tunai dan cek daripada beberapa pemilik syarikat kontraktor dan agensi berkenaan di negeri ini.
“Perbuatan itu dipercayai sebagai dorongan kerana pegawai terbabit memberi projek atau kerja berkaitan program pembangunan masyarakat ZPP. Program tersebut dilaksanakan untuk golongan asnaf, anak yatim, mereka yang memerlukan termasuk pembinaan rumah.
“Selain itu, pegawai utama ZPP juga dipercayai memberikan bantuan permulaan pelajaran dan meluluskan biasiswa tahunan anaknya tanpa melalui Jabatan Hal Ehwal Agam Islam Pulau Pinang. Semua urusan itu dikesan berlaku sejak tahun 2014 hingga 2016,” katanya pada sidang akhbar di pejabat SPRM negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini semalam. (Kosmo!)

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

3 comments:

IrWrWs said...

Mujurlah mereka tidak diamanahkan pengerusikan mesyuarat belek fatwa?

Anonymous said...

ksihan melihat gelagat pemimpin amanah yang terus meminta jawatan seperi fakir miskin mminta sedekah.jelas mrka tdk ikhlas mnegakjan islam merka hanya inginkan jawatan.wkaupun belom brtanding dlm pru pan sdikit tkde rasa malu terus meminta jawtan.sdgkn jwtsn yg ada skrgpun hasil dari pgkiatan.

IrWrWs said...

Kamu kasihan; aku pulak tergelak tergolek2 bila ada seorag kuat PAN nama ringkasnya KS @ Kelakar Siol. Dia kata pada PRU13 dulu, G18 bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat bukannya calon PAS berdasarkan Pakatan Rakyat diwujudkan sempena PRU13 utk menjatuhkan BN. Katakanlah kita 'boleh menerima' pandangan beliau ini walaupun sebenarnya ianya SALAH sama sekali (cuba bayangkan jika Ahli Parlimen PKR atau DAP melompat kpd PAS, apakah gamaknya perasaan mereka pd waktu itu?). So apa yg kelakarnya?

Yg kelakarnya ialah jika teori sewel beliau ini boleh diterima sekalipun, sekurang2nya Kamarudin Jaafar telah melompat kpd PKR yg juga tertakluk di bawah Pakatan Rakyat. Apa ke hal pulak yg lain2 melompat keluar parti terus jadi tidak berparti yg mana ini secara jelasnya tidak tertakluk langsung di bawah Pakatan Rakyat!

Nampak tak 'kemunafikan' beliau dlm usaha menjustifikasikan pengkhianatan beliau dan rakan2?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails