Thursday, May 11, 2017

Tahniah Ismail Haniyeh (HAMAS) Dari Presiden PAS..


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Ismail Haniyeh, bekas Perdana Menteri Palestin atas pelantikan sebagai Pengerusi Politik HAMAS yang baharu. Beliau menyambung legasi kepimpinan Khaled Meshaal yang menjawat kedudukan tersebut sejak tahun 1996.  
PAS mendoakan beliau dan barisan kepimpinan baru diberi kekuatan, kesabaran dan pertolongan daripada Allah untuk memimpin HAMAS bagi meneruskan perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin daripada cengkaman Israel dan Zionis dan menjaga hak penduduk Palestin.
PAS sentiasa mendukung perjuangan Palestin dan pembebasan Masjid Al-Aqsa dan meyakini bahawa perjuangan ini adalah isu utama umat Islam dan masyarakat dunia yang merentasi sempadan geografi, perbezaan politik, mazhab, kaum, bangsa dan warna kulit. Justeru itu, sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 pada 30 Mei 2017 di Kota Sarang Semut, Kedah telah meluluskan usul untuk meneruskan usaha mengembalikan dan memperjuangkan Baitul Maqdis.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 13 Syaaban 1438H / 10 Mei 2017M 
HARAKAHDAILY 10/5/2017


Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails