Friday, May 12, 2017

Menagih Kasih K'jaan S'gor, PAS Atau PAN?


Hasil carian imej untuk pas atau pan
DAKWAAN Timbalan Presiden PAN, Salahudin Ayub bahawa PAS masih terhegeh-hegeh dan menagih kasih dengan kerajaan Selangor menyerlahkan sikap gelojoh dan gila kuasa parti tersebut.
Ketua Penerangan PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Ridzwan menegaskan pimpinan PAN juga tidak hormat dengan rakan-rakan lain dalam Pakatan mereka khususnya yang berada di Selangor.
Beliau yang juga Adun Gombak Setia berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Azmin Ali telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS kekal dalam kerajaan berdasarkan mandat yang diberikan oleh rakyat pada PRU ke-13.
Tambah beliau ia juga tiada desakan di Selangor untuk PAS keluar dari kerajaan negeri.
"Sebaliknya PAN yang menunjukkan sikap kecewanya dengan kenyataan sedemikian. Siapa yang sebenarnya terhegeh-hegeh dan menelan air liur...?" soalnya.
Beliau turut menegaskan tidak timbul soal PAS menagih kasih pada sesiapa sebaliknya PAS bekerja dalam kerajaan dengan sikap saling hormat-menghormati antara tiga parti.
Katanya, kesepakatan dan kerjasama antara tiga parti DAP, PKR dan PAS dalam kerajaan negeri telah dipakati sejak tahun 2008 dan dibaharui pada tahun 2013. – HARAKAHDAILY 11/5/2017

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

4 comments:

Anonymous said...

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/letak-jawatan-jika-bermaruah-moral-tinggi-1.673511

Anonymous said...

Ada berani? Ke... PAS memang tiada mar__h dan m___l?

An Anonymous said...

Kalau PAN bermaruah letak je jawatan yg dibawak lari dari kerusi PAS then kita lawan dlm PRK.. patut buat dulu lagi..

Anonymous said...

Jika parti PANdir bermaruah dan bermoral tinggi, parti PANdir sepatutnya telah lama menyerahkan semua kerusi-kerusi milik PAS kepada PAS semula. Malangnya PANdir mempunyai perangai seperti pencuri jalanan dengan melarikan kerusi PAS dan bernaung di bawah pemimpin kafir harbi DA-Pig yang memusuhi agama Islam dan umat Islam.

Kegagalan parti PANdir menyerahkan kerusi PAS kembali kepada PAS jelas membuktikan parti PANdir dan DA-Pig adalah parti yang tidak bermaruah dan tidak bermoral.

Bagaimana boleh pemimpin parti PANdir mendakwa parti PANdir adalah parti 'Islam' tetapi pada masa yang sama ia bernaung di bawah DA-Pig yang bersikap perkauman dan cauvinis terhadap agama Islam dan umat Islam?

Setiap kali pemimpin DA-Pig menghina agama Islam dan umat Islam , pemimpin PANdir hanya mampu berdiam diri seolah-olah merestui tindakan DA-Pig !

Jangan cakap tentang maruah jika diri sendiri adalah pencuri jalanan......Ptui!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails