Wednesday, May 10, 2017

Pasaraya Di Pattani Dibom, 60 Cedera














REUTERS - Pekerja penyelamat berada di lokasi pengeboman di luar sebuah pasar raya di Pattani.
BANGKOK – Lebih 60 orang termasuk sebilangan kanak-kanak cedera apabila dua bom meletup se­rentak di sebuah pasar raya yang sibuk di Muang, wilayah Pattani, selatan Thailand semalam.
Letupan itu berlaku kira-kira pukul 2 petang (waktu tempatan). Pihak keselamatan berkata, satu daripada bom buatan sendiri itu meletup di dalam pasar raya Big C yang penuh dengan pelanggan, manakala bom kedua disembunyikan di dalam sebuah kereta dan diletupkan di tempat letak kereta premis berkenaan.
Pasar raya itu terletak berdekatan pusat bandar Muang.
“Ramai mangsa yang ce­dera tetapi tiada yang terkorban dalam kejadian ini,” kata jurucakap Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri Thailand (ISOC), Ko­lonel Pramote Prom-in yang mengesahkan insi­den tersebut ketika dihubungi di Muang semalam.
Ketua Tentera Darat Wilayah 4, Leftenan Je­neral Piyawat Nakwanich dan pegawai keselamatan lain bergegas ke lokasi kejadian yang telahpun ditutup untuk melakukan siasatan.
Pasukan penyelamat tempatan juga dikerah untuk membantu membawa mang­sa yang cedera ke hospital.
Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab berhubung letupan itu yang merupakan pengeboman terbaharu di wilayah bergolak tersebut. – Bernama/Reuters


Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails