Monday, May 08, 2017

Tuduhan: Rafizi Minta Mohon Maaf Atau Kena Tindakan Mahkamah


Hasil carian imej untuk Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu, Wan Abd Malik Wan SidekHakim Syarie. KETUA Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Wan Abd. Malik Wan Sidek 

KUALA TERENGGANU – “Mohon maaf atau dikenakan tindakan undang-undang”, itulah kata dua yang diberikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu, Wan Abd Malik Wan Sidek terhadap Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Wan Abd Malik berkata tindakan Rafizi mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap institusi kehakiman syariah baru-baru ini merupakan satu penghinaan kepada institusi itu serta hakim-hakim mahkamah syariah.
Tuduhan tidak berasas itu juga katanya, mampu mewujudkan kekeliruan serta mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kehakiman syariah sekali gus merendahkan martabat hakim-hakim mahkamah syariah.
“Jadi kita minta Rafizi menarik balik kenyataan itu atau memohon maaf secara terbuka. Kita berikan tempoh masa sebulan untuknya berbuat demikian sebelum tindakan undang-undang diambil.
“Ia juga satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu yang telah melantik hakim mahkamah syariah sekal igus merendahkan reputasi mereka di mata masyarat,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu hari ini.
Wan Abd Malik membuat laporan polis terhadap Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan kenyataan yang dibuat Rafizi dalam program ‘Parlimen Olok-olok’ pada 10 April lepas, bahawa pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 1965 (RUU 355) yang dibentang Anggota Parlimen Marang, yang tidak menyentuh soal kenaikan gaji hakim mahkamah syariah akan meningkatkan risiko pengambilan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan hakim mahkamah syariah.
Jelasnya ini juga bagi memberi peringatan dan pengajaran kepada Rafizi agar tidak bermulut celupar dengan mudah melakukan penghinaan terdapat mana-mana organisasi.
Wan Abd Malik yang juga Ahli Persatuan Pegawai-pegawai Syariah Seluruh Malaysia menegaskan perkara berkaitan agama tidak sepatutnya dipolitikkan dan kenyataan yang dikeluarkan itu (oleh Rafizi) adalah untuk kepentingan dirinya semata-mata.
“Laporan ini dibuat kerana kenyataan Rafizi itu merupakan satu serangan ke atas integriti institusi kehakiman syariah dan perlu disiasat di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana memfitnah,” katanya. – BERNAMA

6 comments:

Anonymous said...


Lobai Wassatiyah lobai olarmak
Teruskan MAKAR mu ligat dan rancak

Lobai Olarmak lah yg paling bahaya
Lobai Olarmak bersandiwara bagai nak gila
Lobai Olarmak empunya Quran hadis utk di AUTA
Seolah2 PONTENG Uturn FITNAH menCURI TAK salah apa2
Seolah2 TUHAN & nabi sayang sgt2 kat dia
Seolah2 TUHAN & nabi dia je yg punya

Sbb itulah Banjir Petir RIBUT dtg menjelma
Petir & RIBUT memberi AMARAN dgn sgt2ler murka
RIBUT sarang Smut jls menghempap "tepat" & NYATA
DAN lain2 "BALA" sdang menuggu giliran bersiap SIAGA!
Hanya Makhluk/TENTERA2 Allah ini shj sbg JAWAPANnya!!
Barulah OTAK disiku &LUTOT mrk naik smula ke kepala..
Itu pon semua dgn izin khendak-NYA belaka..


BALA2 yg lebih brutal PASTI dtg lg dgn tiba2,tanpa mrk menduga serta TAK disangka2!

An Anonymous said...

Mereka sangka tuhan sayang mereka sebab tu dgn muka selamba memfitnah mahkamah syariah dan 90 mukasurat.. entah lahh..

Anonymous said...

Merdeka centre kata PH akan bungkus jika 3 penjuru Yeahhh

Anonymous said...

Yg suci hanyalah Ahok Penang

Anonymous said...


Lobai Olarmak teruskan MAKAR mu..
Teruskan lah sandiwara hudud & RUU..
Teruskan lah Tahnik TAHAJUD yg palsu..
Teruskan poteng Uturn menCURI FITNAH merapu..

BALA2 Petir & RIBUT pasti menunggu..

Petir & RIBUT tak tertipu keliru
Petir & RIBUT nampok "NIAT"mu menipu
RIBUT itu makhluk'NYA yg LURUS & Kudus slalu
Tentera2 Petir & RIBUT itu, diarah yg maha2'SATU

JAHANNAM kau doa'kan,JAHANNAM lah diri mu itu!

Anonymous said...

bagus btl puak ph.nk sematkan negara kononnya.nama aja pakatan tp tk bersatu nk nmkn pm smp skrg tk blh lg.mslah sndiri tak blh selesai.nk ttp klmahan sndiri pihak lain yg dikutuk.mcmna rakyat nk yakin bodoh nk mmpus.bn tgh nazakpun rkyat tkkn pilih ph kalau brpolitik mcm lembu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails