Tuesday, May 09, 2017

Emmanuel Macron Menang Besar Walau BN P'cis Berprestasi Baik..













SEBAHAGIAN penyokong Macron mengibarkan bendera Perancis di hadapan di Muzium Louvre, Paris kelmarin. - AFP

PARIS – Calon parti bebas berhaluan tengah, Emmanuel Macron menewaskan pemimpin nasionalis, Marine Le Pen untuk dipilih sebagai Presiden Perancis kelmarin.
Kemenangan Macron, 39, yang pro-Kesatuan Eropah (EU) turut memecahkan dominasi parti arus perdana di Perancis.
Keputusan itu disambut baik oleh sekutu-sekutu Perancis yang bimbang bahawa satu lagi kebangkitan populis akan berlaku selepas rakyat Britain memilih untuk keluar daripada EU, diikuti kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada November tahun lalu.
Kemenangan Macron mendorong mata wang Euro me­lonjak ke paras tertinggi dalam tempoh enam bulan berbanding dolar AS.
Keputusan akhir menunjukkan Macron memperoleh 66 peratus undi berbanding hanya 34 peratus untuk Le Pen sekali gus menjadikannya presiden termuda di Perancis.
Walaupun begitu, pilihan raya kelmarin menunjukkan Barisan Nasional pimpinan Le Pen mencatat prestasi terbaiknya sejak muncul sebagai parti picisan.
Parti tersebut sebelum ini kurang popular kerana mengamalkan dasar antiimigran yang tegas.
Peningkatan sokongan kepada Barisan Nasional menjadi cabaran kepada Macron dalam usaha untuk menyatupadukan rakyat Perancis.
Macron pernah dituduh berkelakuan seperti beliau sudah menjadi Presiden Perancis selepas menang dalam pusingan pertama pilihan raya berkenaan, minggu lalu.
Namun, beliau tampil lebih serius susulan kemenangannya malam kelmarin.
“Saya sedar tentang perpecahan yang berlaku dalam negara ini yang mendorong sebahagian rakyat untuk mengundi parti berfahaman ekstrem (Barisan Nasional). Namun, saya menghormati pilihan mereka.
“Saya juga sedar akan kemarahan, kebimbangan dan keraguan yang disuarakan oleh ramai penduduk di negara ini.
“Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk mendengar keluhan mereka. Saya akan berusaha untuk memupuk semula hubungan antara Eropah dan warganya,” kata Macron dalam satu ucapan di ibu pejabat kempen beliau yang ditayangkan secara langsung di televisyen.
Cabaran segera yang dihadapi oleh Macron adalah mendapatkan majoriti untuk partinya , La Republique En Marche dalam pilihan raya Parlimen yang dijadualkan pada bulan depan.
Kemenangan tersebut penting bagi memudahkan Macron me­laksanakan program yang dirancang olehnya.
Beliau akan mengambil alih pentadbiran negara pada 14 Mei ini. – AFP

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails