Saturday, May 13, 2017

Memegang, Meraba, Pelukcium, Mintaurut Dari Guru Kepada 5 Murid..


'MEMEGANG, meraba bahagian sulit, memeluk, mencium dan meminta diurut beberapa bahagian badan antara perbuatan jijik dilakukan lelaki itu.' 

Itulah perbuatan jijik seorang guru lelaki berusia 29 tahun terhadap tujuh murid perempuan sekolah agama di Bangi, sejak empat tahun lalu terbongkar, selepas dia ditahan polis, kelmarin.

Lapor Harian Metro hari ini.

Lelaki yang ditahan di sekolah itu direman sehingga Isnin ini. Sumber berkata, pada mulanya seorang daripada tujuh murid itu yang berusia 12 tahun mengadu kepada bapanya sebelum membuat laporan polis, kelmarin.

Katanya, keluarga kepada enam murid lain yang turut menjadi mangsa guru itu kemudian melaporkannya kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.


"Memegang, meraba bahagian sulit, memeluk, mencium dan meminta diurut beberapa bahagian badan antara perbuatan jijik dilakukan lelaki itu.
"Mangsa takut mendedahkan apa yang berlaku kerana takut diapa-apakan oleh lelaki itu dan malu," katanya.
Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan Seksyen 377D kerana melanggar kesopanan. (IH)


Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

2 comments:

Anonymous said...


MP Umno Shahabudin kata eloklah mereka dibenarkan kahwin.

Tak lah gelap masa depan mereka.

Guru sekolah ugama ini ostat ke walaun ke mala'un ?

Harez said...

Hmmmm bagaimanakah cara pemilihan guru agama secara musyawarah boleh di laksanakan bagi mengambil ustaz2 yg berkualiti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails