Friday, May 12, 2017

Terowong Loji Pembuat Bom Atom Nuklear AS Runtuh.


AFP - GAMBAR fail bertarikh 21 Mac 2011 menunjukkan sebahagian daripada tapak nuklear di Hanford, Washington.


LOS ANGELES – Beribu-ribu pekerja di sebuah loji nuklear di Washington diarah mencari perlindungan kelmarin selepas sebahagian daripada sebuah terowong simpanan yang dipenuhi bahan toksik runtuh, namun tiada kebocoran radioaktif dikesan.
Pekerja di Tapak Nuklear Handford yang terletak kira-kira 275 kilometer ke tenggara Seattle itu diminta mencari perlindungan dan menahan diri daripada makan serta minum.
Beberapa pegawai persekutuan berkata, tiada kebocoran radioaktif berlaku selepas terowong setinggi 6 meter yang mengandungi gerabak dipenuhi dengan peralatan tercemar radioaktif itu runtuh.
Seorang jurucakap di Jabatan Tenaga berkata, hampir 5,000 kakitangan berada di tapak berkenaan ketika kejadian.
Menjelang petang kelmarin, sebahagian pekerja dibenarkan pulang ke rumah masing-masing ketika pasukan petugas bersedia untuk mengisi lubang yang runtuh dengan pasir.
Tapak nuklear Hanford yang bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada Singapura digunakan untuk menghasilkan plutonium untuk membuat bom atom yang digugurkan semasa Perang Dunia Kedua.
Reaktor nuklear terakhirnya ditutup pada tahun 1987. Sebanyak 8,000 pekerja bertugas untuk membersihkan sisa radioaktif di tapak berkenaan.
Kerja pembersihan itu dijangka menelan kos lebih AS$100 bilion (RM434 bilion) dan dijangka selesai pada tahun 2060. – AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails