Monday, May 08, 2017

Judi &Lacur Haram RM1.2-RM5J Tiap Bulan -SPRM.







SINDIKET pelacuran didakwa membayar wang bulanan kepada penguat kuasa untuk melindungi kegiatan haram mereka. - Gambar hiasan.
LANGKAWI – Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) mendedahkan terdapat penguat kuasa di sebuah negeri di selatan tanah air dan Kuala Lumpur masing-masing dibayar sebanyak RM1.2 juta dan RM5 juta setiap bulan bagi melindungi sindiket perjudian haram dan pelacuran.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya berjaya menemui beberapa dokumen penting yang menunjukkan penguat kuasa di negeri terlibat me­nerima bayaran tersebut daripada sindiket berkenaan.
“Hasil operasi yang dilakukan di selatan tanah air baru-baru ini, kita (SPRM) menjumpai dokumen yang menunjukkan terdapat sindiket yang terlibat dalam kegiatan haram itu membuat bayaran kepada penguat kuasa terbabit,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Seminar Graduan Holistik 2017 anjuran Universiti Malaysia Perlis dengan kerjasama SPRM di sini semalam. (Kosmo!)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itu sindiket judi dan lacur haram. Sindiket judi dan lacur 'halal' menurut perundangan negara sekular Malaysia bagaimana pula? Bagaimana nak hapuskan?
Jawabnya, rakyat perlu undi parti Islam dalam PRU akan datang!

5 comments:

Anonymous said...

Deangan pelangcarang tukong tiruan melalui politik martang harga ikang soting dang yg sewaktu dengangnya turung mulai bolang depang. Hidop olamak!!

Anonymous said...

Mengundi PAS adalah satu kerugian, sebab PAS pun sama bersekongkol dan tidak membantah jenayah dan kezaliman UMNO.

IrWrWs said...

Sebab itulah org nak kan RUU 355 bengong.. yg korang ikut rentak si kafir makan babi tu wat pe?

IrWrWs said...

Sedih saya.. bila harga banglo disney nak turun gamaknya..

Anonymous said...

mngundi pan adalah satu keuntungan kerana pan mendokong prjuangan negara sakular yang dibawa sifunya dap

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails