Tuesday, May 09, 2017

Wanita Dicukur Kepala Kerana Mencuri.

Video Wanita Dicukur Kepala Bukan Di Malaysia

Video Wanita Dicukur Kepala Bukan Di Malaysia




KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penyebaran video menunjukkan dua wanita dicukur kepala mereka oleh sekumpulan lelaki kerana mencuri di kedai seorang peniaga yang menjadi tular di media sosial bukan berlaku di Malaysia.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datin Asmawati Ahmad berkata kejadian berkenaan berlaku di sekitar tahun lepas di Maracaibo, Venezuela.
Beliau berkata ia telah difitnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menularkan video dan mesej berkenaan.
“Berikutan penularan video itu, pelbagai reaksi berbaur perkauman yang dikongsi secara meluas di media sosial dan rangkaian komunikasi yang lain
“PDRM ingin menasihatkan masyarakat agar bijak menilai setiap berita yang dikongsi di media sosial atau lain-lain rangkaian komunikasi serta tidak menjadi mangsa kepada niat serong pihak-pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Asmawati juga menasihatkan masyarakat agar tidak memainkan sebarang isu yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman atau keagamaan sehingga boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pada IH, hukuman 'wanita dicukur kepala mereka oleh sekumpulan lelaki kerana mencuri' mungkin wajar jika dilihat kepada jumlah kecurian dan suasana masyarakatnya.

Nampaknya tujuan hukuman itu (mungkin tidak rasmi) adalah bukan untuk mendera, memenjara atau untuk menyiksa pencuri. Tetapi untuk mendidik dan menyedarkan dirinya dan masyarakat, selama masa rambutnya akan tumbuh semula. 

Suatu pengisytiharan kepada masyarakat dan orang ramai secara tidak langsung. Ianya mungkin membari kesan baik, dan masyarakat rela hukuman berpendidikan begitu. 

Pada IH, roh semangat perundangan Islam ada di situ walaupun mereka bukan Islam, kerana Islam adalah agama yang amat serasi dengan fitrah manusia. Apalagi kepada manusia yang bertamaddun.

Lihat sebelum ini.. 
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails