Sunday, October 21, 2018

Yuran Pengajian UM Naik, Tanpa Notis? Sukan Renang Diperkenalkan..

Yuran pengajian naik, Maszlee akan bincang dengan Universiti Malaya
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan membincangkan isu kenaikan yuran pengajian dengan Universiti Malaya (UM), kata Menterinya Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata pihaknya telah berhubung dengan universiti itu bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenai isu berkenaan.

"Saya maklum perkara itu dan sedang berhubung dengan UM. Cuma beberapa perkara berkaitan dengan universiti awam, mereka mempunyai autonomi berkaitan yuran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat Bijak Selamat dan Lindung bersempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2018 di Dewan Bahasa dan Pustaka, hari ini.


Sekumpulan pelajar UM sebelum ini mendakwa kenaikan yuran pengajian itu dilakukan tanpa sebarang notis pemberitahuan awal atau surat pekeliling.

Terdahulu, dalam ucapan perasmian program tersebut, Maszlee berkata kementerian akan melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara menjelang tahun depan.

Katanya ini termasuk memastikan setiap bangunan sekolah yang dibina mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF) serta Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bagi menjamin keselamatan pelajar.

Beliau juga berkata kementerian akan memperkenalkan sukan renang dalam aktiviti kokurikulum sedia ada bermula di sekolah-sekolah yang terletak berdekatan dengan kemudahan kolam renang awam.

Menurutnya Kementerian Pendidikan juga kini lebih komited dalam usaha memastikan pelajar tidak dibebani masalah beg berat.

"Pegawai kementerian akan melakukan kajian supaya bermula tahun depan kita akan ringankan beg sekolah anak-anak semua. Kita tak mahu anak-anak jadi macam pramugari heret beg berat," katanya, menambah bahan-bahan pendidikan di media sosial turut akan diperbanyak.
-- BERNAMA

Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan

6 comments:

ted manoff said...

Hee besst lihat gambar ini..

ted manoff said...

Tuan ibnu mmg nafsu kuda..tak habis2 ingat seks saja..motif siar gambar renang tuu utk apa..mesti anu tuan ibnu cpt terangsang..cik siti dh pesan lobai pas mmg xsunat byk taik palat..

Anonymous said...

Bani hasim memang suka gambar bikini...caj bateri...

Anonymous said...

Universiti ade kuasa otonomi tentukan yuran...bukan kerajaan yg tentukan yuran dan kos..

Anonymous said...

Guru2 telah lega tidak dibebani lagi dgn sistem baru yg silih berganti tiap tahun yg dibuat secara try and error oleh menteri bn..

bunbinban said...

ala konon2 nya nak bakar la org PH dgn gambar2 x senonoh tu tapi yg jelas menampakan kebodohan diri sendiri. Bersubahat berkongsi dan mengedar gambar2 x senonoh. Bayangkan berapa ramai visitor blog ni yg tengok gambar2 x senonoh ni dan bayangkan berapa saham akhirat yg tuan blog ni dapat...x tau la saham syurga ke neraka ke. Bkn kerja aku nak tetapkan ko masuk ke tak. Tapi hakikatnya semua tahu. So apa lagi...Tepuk Tepuk....kahkahkah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails