Monday, October 22, 2018

Mahathir Sahkan Sendiri Tipu Hutang RM 1 Trillion



Mahathir Sahkan Sendiri Tipu Hutang RM 1 Trillion
Dakyah hutang RM1  yang di rekacipta sendiri oleh kerajaan PH amat penting untuk mereka dalam mencapai pelbagai objektif untuk kepentingan politik mereka...
Antaranya ialah :
  • Memburukkan kerajaan BN sebelum ini...
  • Alasan untuk menjual aset-aset negara...
  • Alasan untuk tidak memenuhi janji2 manifesto...
  • Alasan untuk mengurang atau menghapuskan program pemberian dan kebajikan untuk rakyat...
  • Alasan untuk mereka membatalkan projek-projek kepada kawasan2 parlimen yang bukan di bawah PH...
  • Alasan untuk membuka tender semula projek2 dan beri peluang kepada pihak2 tertentu...
  • Alasan untuk menaikkan cukai sedia ada atau memperkenalkan cukai2 baru serta meminta rakyat berkorban...
  • Alasan untuk menuding jari kepada kerajaan BN apabila keadaan ekonomi di bawah mereka merosot...
Oleh itu kerajaan PH akan terus menggunakan ayat trilion kerana ia amat mudah di fahami serta di geruni oleh orang ramai...
Walaupun pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Kewangan, EPU dan BNM serta badan2 asing seperti Bank Dunia dan semua agensi penarafan antarabangsa tidak menyatakan hutang negara sebagai RM1 trilion...
Rakyat perlu tahu Bank Dunia baru2 ini mengeluarkan kenyataan bahawa hutang Malaysia bukan ada di tahap yang luar biasa tinggi manakala laporan rasmi RMK11 minggu lepas dari Unit Perancang Ekonomi (UPE) merumuskan :
Malaysia masih diberi penarafan yang menggalakkan dengan prospek stabil oleh agensi penarafan antarabangsa yang utama berdasarkan asas ekonomi negara yang kukuh...

Waktu pembentangan rancangan jangkamasa 5 tahun dalam RM Ke 11, Mahathir secara akui sebenarnya ekonomi Makaysia hingga tahun fiskal ekonomi 2017 berada dalam landasan yang betul...
Dalam ertikata lain, Mahathir secara jelas dan langsung mengakui segala pembohongan tentang kedudukan ekonomi dan kewangan negara yang dia dan PH buat selama ini sejak sebelum PRU 14 dan selepas menumbangkan kerajaan Malaysia...
Satu soalan kepada kerajaan PH, sekiranya sebelum ambil alih kuasa keadaan ekonomi dan kewangan negara berada atas landasan yang kukuh, apakah sebabnya sekarang Malaysia berada di ambang krisis ekonomi yang kritikal???
Sumber :
FB Datuk Seri Najib Razak

2 comments:

ted manoff said...

Tuan ibnu hari2 pusing fakta..berita fitna diangkat..tuan ibnu sendiri dh slh dlm berfikir..insaflah..

Mohammad Azren said...

Hutang tak hutang, tunggu Lobai kena siasat SPRM ,kes derma tin milo Umno. Najib berhutang ,campak sikit kat Lobai, natijahnya....satu parti PAS bau taik....MEMALUKAN!.....Hehehekikikihahahakahkahkah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails