Monday, October 22, 2018

WeChat Diguna Untuk Kegiatan Pelacuran. Tahniah Polis!

Kegiatan pelacuran guna WeChat di Terengganu terbongkar
Dalam serbuan kira-kira jam 10.40 malam Sabtu itu, polis merampas kondom, minyak urut, sebuah buku, telefon bimbit serta wang tunai kira-kira RM3,000 dipercayai hasil daripada urus niaga terbabit. -Astro AWANI 

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu berjaya membongkar kegiatan pelacuran yang berselindung di sebalik sebuah rumah urut di Cherong Lanjut, Kuala Terengganu pada malam Sabtu.

Ia susulan penahanan sepasang suami isteri yang bertindak sebagai penjaga serta dua wanita warga Thailand yang dipercayai pelacur.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman, lelaki berusia 44 tahun itu dipercayai menggunakan platform WeChat bagi mempromosikan kegiatan pelacuran.


“Tidak dinafikan siasatan polis mendapati ada juga pelacur tempatan. Perempuan-perempuan tempatan melacurkan diri di situ tetapi nasib baik malam semalam tiada.
“Melalui risikan, terdapat bukti dalam WeChat yang dibangunkan di mana terdapat dua perempuan atau lebih yang kita percaya mereka berbangsa Melayu tempatan yang memberikan khidmat pelacuran di tempat itu,” katanya.

Dalam serbuan kira-kira jam 10.40 malam Sabtu itu, polis merampas kondom, minyak urut, buku, telefon bimbit serta wang tunai kira-kira RM3,000 dipercayai hasil daripada urus niaga terbabit.

Wanita berusia 21 dan 32 tahun serta pasangan suami isteri itu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. Lapor Astro Awani.
 
Anggota polis dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, buat serbuan serta menahan dua wanita warga Russia disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di sebuah hotel, di Plaza Wawasan, Kota Kinabalu. - Foto NSTP/Junaidi Ladjana

Sementara itu menurut Berita Harian, di Kota Kinabalu, pihak polis menahan tiga wanita warga Russia kerana disyaki menjalankan aktiviti pelacuran, petang semalam. Mereka ditahan di tiga bilik berasingan di Plaza Wawasan.  

Operasi pada jam 5 petang itu sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, diketuai Inspektor Hasryman Osman, susulan maklumat dan risikan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah pihak polis. Tuan juga pendakwah, suruh yang baik cegah mungkar.. Al-hamdulillah!

Sila lihat..

4 comments:

Anonymous said...

Tak payah bodek polis la ibnuhasyim, lepas soalsiasat wak pronorogo jahid extpm, giliran ah di ah wang n the gang abuduh plok........ tungguuuuuuuuuuu!!!

Anonymous said...

Aku ingat pas yg tangkap pelacur...rupanye polis kerajaan PH yg cegah maksiat...jadi bawah kerajaan PH ade undang2 cegah maksiat pelacuran laa...

Anonymous said...

PAS perintah sama BN aje. tiada pemikiran islam. pelacuran masih leluasa di tganu

Anonymous said...

Ooooo kuala terengganu tu di tgganu ko . Ingat penang ke mana . Maklum la ikut sifir IH yg jahat suma PH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails