Friday, October 12, 2018

Terbaru! Konon UMNO Pindah Rm2.5 Juta Ke PAS. -MB K'tan

Dakwaan UMNO Pindah Rm2.5 Juta Kepada PAS Fitnah


KOTA BHARU – Dakwaan pemindahan RM2.5 juta kononnya daripada UMNO kepada PAS dengan sumber wang itu kemungkinan daripada dana 1MDB yang diseleweng, yang dimainkan pihak tertentu mutakhir ini hanya sekadar andaian dan fitnah, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata perbuatan itu bertujuan untuk menimbulkan suasana yang tidak sihat, apatah lagi UMNO kini seolah-olah tidak mendapat tempat dalam arena politik sekarang.
“Apa yang saya mahu katakan PAS tidak pernah menerima bantuan dana daripada UMNO. Kita kerja sendiri dan wang diperolehi hasil derma penyokong. Kalau (dakwa) dapat daripada UMNO ia adalah tidak tepat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Tani dan Ekspo Hijau di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.
Ahmad diminta mengulas tindakan Pemuda Amanah Terengganu yang membuat laporan polis pada Ahad lepas mendesak siasatan segera selepas tersebarnya salinan transaksi kononnya UMNO telah memindahkan sejumlah RM2.5 juta kepada PAS dengan sumber wang itu kemungkinan daripada dana 1MDB yang diseleweng. – BERNAMA

38 comments:

ted manoff said...

Tuan ibnu hari2 fitna ph..dana tu najib bagi pas supaya pas bertanding 3 penjuru dlm pru lalu..umno percaya 3 penjuru beri kelebihan pada mereka..tapii walaun yg bodoh sombong xpikir panjang pun dn hasilnya walaun klh teruk diparlimen..kikiki..

ted manoff said...

Geli betul tgk org pas nii..serupa taikkk..tuan ibnu dh beraq belom pagi nii..

ted manoff said...

Jom chari sarapan dulu tuan ibnu..

Anonymous said...

Sebelum dapat kuasa memerintah pun, parti lobai dengan tuan presiden dan tuan penasihat dah biasa kelentung, kalau lebih pada jumlah itu pun kita percaya. What goes around, it comes around...

Anonymous said...

Ambil duit Umno: Pas Terengganu akan saman Mahfuz

MALAYSIA DATELINEApril 16, 2018 11:22 am 0
Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu Satiful Bahri Mamat menegaskan, parti itu bersedia menyaman Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar kerana mendakwa Pas Negeri Terengganu menerima wang daripada Umno.

Beliau dipetik berkata, pemimpin AMANAH itu membuat tuduhan fitnah terhadap Pas Terengganu dakwanya dengan berniat jahat.



“Saya ingin memaklumkan sejelas-jelasnya bahawa Pas Negeri Terengganu menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dan fitnah yang mengatakan Pas Terengganu mendapat wang daripada pihak Umno.


Satiful Bahri Mamat

“Itu merupakan satu tuduhan, satu fitnah palsu yang dibuat terhadap Pas Terengganu

Anonymous said...

Nak saman saya, dialu-alukan - Mahfuz cabar Pas Terengganu
Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani | Published Mei 29, 2018 12:58 MYT
MAHFUZ: Saya hanya membuat persoalan yang perlu dijawab oleh Pas sendiri. Pas tidak memberikan satu jawapan yang cukup meyakinkan masyarakat dan rakyat. - Gambar fail

MAHFUZ: Saya hanya membuat persoalan yang perlu dijawab oleh Pas sendiri. Pas tidak memberikan satu jawapan yang cukup meyakinkan masyarakat dan rakyat. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: : Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar mengalu-alukan hasrat Pas Terengganu untuk menyaman beliau susulan dakwaan penerimaan wang oleh beberapa pemimpin Pas negeri itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan ia merupakan peluang terbaik baginya untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya semua penyata akaun bank yang berkaitan dapat didedahkan.

"Kalau mereka nak saman saya, saya terbuka dan alu-alukan dan menanti-nanti saman tersebut walaupun mereka sepatutnya saman pemilik laman Facebook yang mendedahkan maklumat tersebut.

"Kalau mereka nak saman saya, saya amat terbuka kerana itulah peluang untuk saya mendapatkan perintah mahkamah apabila perbicaraan nanti.

"Iaitu untuk pihak bank mengemukakan penyata-penyata akaun yang telah dimaksudkan, hasil pendedahan akaun Facebook tersebut," katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi hari ini.

BACA: Dakwaan Pas terima duit dari UMNO kebudak-budakan - Hadi

Mahfuz berkata, beliau tidak menghalang pihak berkenaan memfailkan saman terhadapnya, sambil mendakwa, laman Facebook itu jelas menunjukkan wujud penyaluran wang daripada pihak UMNO kepada Pas.

"Ini termasuk dua, tiga orang individu pimpinan Pas di negeri Terengganu," katanya.

"Saya hanya membuat persoalan yang perlu dijawab oleh pihak Pas itu sendiri. Pas tidak memberikan satu jawapan yang cukup meyakinkan masyarakat dan rakyat," tambah Mahfuz.

Pada sidang media semalam, Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata pihaknya menyerahkan kepada Ketua Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia Negeri Terengganu, Mohd Zabidi Yusof untuk mengambil tindakan lanjut.

Jelasnya, tindakan undang-undang yang diambil itu bukan didorong kenyataan Mahfuz yang mencabar Pas sebaliknya bertujuan menghentikan fitnah

Anonymous said...

Saman Sekarang’, Mahfuz Cabar PAS
By MT Webmaster On Apr 17, 2018


(Berita Daily) – Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar mencabar PAS supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya ekoran dakwaan beliau bahawa ada pimpinan PAS menerima sejumlah wang daripada Umno bagi pihak PAS.

Menurutnya, kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat dilaporkan berkata pihak PAS Terengganu bersedia mengambil tindakan undang-undang hanya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada Satiful dan PAS amnya, sekiranya tiada tindakan segera.

“Pelik dan kelakar. Kenapa perlu tunggu selepas PRU14? Satiful sewajarnya mengambil tindakan segera kerana selagi tiada sebarang tindakan undang-undang diambil, isu tersebut akan menjadi bahan perbualan masyarakat khususnya pengundi-pengundi PAS.”

“Adakah Satiful sanggup membiarkan imej partinya dilihat buruk dengan menerima dana dari Umno? Adakah Satiful sanggup PAS tewas dalam PRU14 nanti dek kerana isu penerimaan dana dari Umno ini? Adakah Satiful sanggup membiarkan Umno tersenyum gembira apabila PAS kalah dalam PRU14 nanti?” soal Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.



Justeru, Mahfuz menggesa Satiful supaya segera mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mendedahkan isu ini.

“Satiful dan PAS tidak perlu menunggu selepas PRU14 baru nak failkan tindakan. Yang akan memfailkan kertas-kertas kausa di mahkamah adalah peguam bukannya Ust Satiful. Kalau sudah berbincang dengan peguam, arahkan peguam failkan tindakan. Adakah Satiful mencari hari yang sesuai untuk failkan tindakan? Selasa penuh, Rabu sudah diambil oleh Najib. Mungkin Khamis boleh failkan,” sindir Mahfuz lagi.

Katanya, tindakan PAS menafikan menerima dana Umno tidak mencukupi

Anonymous said...


Mula-mula akui Pas terima duit Umno, selepas 15 jam nafi

BY BORHAN AHMAD
APRIL 10, 2018

Status Azman yang mempertikaikan keikhlasan Umno memberikan duitnya kepada Pas.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim dilihat mengakui partinya menerima sejumlah wang daripada Umno secara rahsia tetapi menafikannya pula selepas 15 jam pendedahan itu dibuat di Facebook.
Beliau dalam status di media sosial itu yang dimuat naik jam 5.17 petang semalam turut mempersoal keikhlasan Umno memberi wang tersebut apabila pecah diketahui Pakatan Harapan (PH).
“Rupanya tak ikhlas Umno bagi pitih (duit) kepada Pas. Bagi tapi lepas tu bocor rahsia kepada PH.
“Umno yang tukang keluar modal, PH tukang canang merata-riti. Ada pakatan sulit rupanya antara Umno dan PH untuk menjatuhkan Pas!” dipetik daripada kenyataan bekas calon Pas bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi itu.
Bagaimanapun, Azman pagi ini menganggap tentera siber PH sebagai “sedang mendedahkan kedangkalan sendiri saja tak faham status troll.”
Katanya, beliau tiada sebarang masalah malah mengikuti sahaja komentar dan maklum balas orang ramai di media sosial ekoran status tersebut yang didakwanya sebagai bernada sindiran.
Pemilik Klinik Gigi Dr Azman di Bandar Baru Kubang Kerian, Kota Bharu itu turut memberitahu terdapat pihak Umno menghubunginya sendiri menafikan tentang dakwaan tersebut.
Bahkan, orang Umno itu, dakwa Azman mengesahkan pula Pas bersih dalam hal berkaitan wang.
ORANG DALAM PAS BOCOR
Dalam perkembangan berkaitan, Facebook atas nama Ana Tahu berkata, sumber dalaman Pas sendiri yang membocorkan maklumat berkaitan penerimaan wang mencecah jutaan ringgit daripada Umno itu.
“Audio Nik Abduh dan bukti kemasukan duit RM2.5 juta kedua-duanya datang dari sumber dalaman Pas sendiri yang semakin rimas dengan sikap pemimpin-pemimpin boneka Umno dalam Pas ini.
“Ana juga ingin bertanya, selain RM2.5 juta yang masuk 21 Mac 2018 dan RM2 juta yang diterima Dr Samsuri (Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat) untuk pilihan raya Sarawak, berapakah lagi jumlah lain yang telah diterima oleh Pas dari Umno?” soalnya lagi

Anonymous said...

Peguam Hadi tak cabar rakaman pemimpin PAS mengaku ambil duit Umno

FMT Reporters - June 28, 2018 11:24 AM
66
Shares

Nik Mohamad Abduh Nik Aziz sebelum ini berkata tidak perlu membuat laporan polis atau saman berhubung rakaman mendakwa PAS mendapat duit daripada Umno. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Peguam yang mewakili Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam saman fitnahnya terhadap Sarawak Report mengakui rakaman yang dikatakan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz adalah tulen, walaupun sebelum ini mendakwa ianya palsu.

Sarawak Report memetik barister Jacob Dean sebagai berkata Hadi mengesahkan beliau tidak akan mempersoalkan ketulenan rakaman itu.

Ia berkata pasukan undang-undang Hadi memutuskan suara dalam rakaman itu disalah tafsir.

Keputusan Hadi mengenai tafsiran yang betul mengenai rakaman itu akan didengar dalam jawapan balasnya dalam pembelaan di Mahkamah Tinggi pada 31 Julai, tambahnya

Anonymous said...

Bukti PAS Ambil Duit UMNO
2018-02-28 fadli Report


Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)

Berlaku perselisihan antara Ustaz Zaharudin Mohamad (Menantu TGHH) dengan Ustaz Nik Abduh.UZM mempertikaikan tindak tanduk Ustaz Nik Abduh mutakhir ini yang banyak menguntungkan UMNO dan amat rapat dengan individu -individu yang cenderung membawa PAS bekerjasama dengan UMNO.UZM turut mempersoalkan samada benar atau tidak pimpinan PAS ada menerima duit daripada UMNO.UZM dan beberapa orang sahabatnya telah menuntut penjelasan secara tertutup daripada Ustaz Nik Abduh dan sesi tersebut telah dirakam audionya....Berikut adalah antara sedutan penjelasan Ust Nik Abduh. Isu kerjasama yang mintak duit Isu tu ana tahu !!! dan memang daripada Tok Guru (Presiden) bukan Tok Guru (Presiden) suruh mintak 2 juta tapi dalam pengetahuan Tok Guru (Presiden) dia tak beritahu Ustaz Zaharudin sebab Ustaz Zaharudin tak perlu tahu itu level lain.. bukan level menantu ana tahu Cuma Dr Sam (Dr Samsuri) ni dia betul..betul,,dia beritahu Dr Zuhdi kerana Dr Zuhdi ni betul-betul jugak.Dr Zuhdi tak faham.Akhir sekali Dr Zuhdi jadi keliru.. eh.. betul ke ni?jawapannya betullah.. ana tahu.. ana tahu..Pilihanraya Sarawak tu macam mana nak jatuhkan DAP dan kerjasama dengan UMNO ni WUJUD !!! Ana cuma mintak..jangan pecah ! WUJUD !!! Tok Guru Hj Hadi ambil duit UMNO ana ambil duit UMNO.Semua (yang dituduh tu) ambil duit UMNO !!! dan kita berjaya antaranya dengan bantuan UMNO UMNO yang menyebabkan kita berjaya dalam 10 - 11 aktiviti ni
Ikuti video seterusnya

Anonymous said...

TERIMA DUIT UMNO: MAHFUZ CABAR PAS TUNJUK PENYATA BANK

Terima duit Umno: Mahfuz cabar Pas tunjuk penyata bank
Terima duit Umno: Mahfuz cabar Pas tunjuk penyata bank
Posted By: Pentadbiron: April 10, 2018 Print Email
Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar mencabar Pas menunjukkan penyata bank sama ada wujud transaksi kemasukan wang daripada Umno berjumlah RM1.5 juta ke akaun salah satu jabatan Pas Pusat.

Menurutnya, beliau tidak perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti didesak beberapa pemimpin Pas.

“Pas boleh tunjuk penyata bank kepada awam pada tarikh 21 Mac ada atau tidak, masuk RM1.5 juta? Itu saja jalan penyelesaian untuk bersihkan nama Pas.

“Apa masalah Pas suruh orang lain buat laporan SPRM? Pasal apa saya nak buat? Saya tak kata Pas terima rasuah. Saya tidak sebut pun Pas terima rasuah. Mungkin sedekah?

“Saya pun tak boleh cakap sama ada itu rasuah atau derma daripada mana-mana tok arab. Jadi, apa perlu saya buat laporan (SPRM)?” bidasnya dalam Ceramah Pakatan Harapan di tapak pasar malam Mergong, Alor Setar malam tadi.

Pada 7 April lalu, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan mencabar Mahfuz yang juga bekas Naib Presiden mereka untuk membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan parti tersebut menerima dana daripada Umno.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat juga mengemukakan cabaran sama ke atas Mahfuz ekoran namanya antara yang dikaitkan menerima duit Umno.

Sehubungan itu, Mahfuz berkata Pas mempunyai keperluan untuk membersihkan nama daripada tuduhan yang dikemukakan pemilik akaun Facebook atas nama Syarifah Sofea Syed Addul Rashid.

“Satu lagi (akaun) Facebook ‘Ana Tahu’ juga mendedahkan perkara sama. Ini tuduhan berat kalau Pas menganggap itu fitnah kepada Pas.

“Saya 10 tahun dulu bila Utusan Malaysia dan Berita Harian buat laporan tak betul dalam kes berlainan, menang dua-dua kes dapat RM300,000.

“Tapi ini bukan soal duit semata-mata tetapi soal maruah apabila orang tuduh perkara tidak betul,” ujarnya.

Menurut bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu, Seksyen 133 dan 134 di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) mengatakan tiada sesiapa boleh mendedahkan apa-apa dokumen bank selain pemilik akaun.

“Maksudnya, tuan pemegang akaun saja boleh dedah, hendak tunjukkan apa yang orang dakwa tidak betul.

“Jadi, Pas kena tunjukkan kepada awam penyata bank pada 21 Mac tentang kemasukan wang kepada tiga orang pemimpin Pas dan Jabatan Pembangunan Pilihan Raya Pas Pusat,” tegasnya.

Beliau berkata, pemilik Facebook atas nama Syarifah Sofea Syed Addul Rashid itu mendedahkan wujudnya satu akaun khas yang membabitkan tiga nama dalam akaun amanah bukan atas nama mana-mana pertubuhan.

“Siapa dia? Ustaz Satiful Bahri iaitu bekas Adun di Terengganu dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu sekarang.

“Yang kedua, Haji Muhyidin Abdul Rashid, Setiausaha Pas Negeri Terengganu; ketiga, Shukrimun Shamsudin iaitu Bendahari Pas Terengganu. Ketiga-tiga mereka ini adalah pimpinan utama Pas Terengganu.

“Akaun atas nama tiga orang ini telah menerima sejumlah wang RM1 juta daripada disebut Bendahari Umno peringkat pusat.

“Satu lagi akaun disebut Syarifah Sofea Syed Abdul Rashid ini ialah akaun atas nama Jabatan Pembangunan Pilihan Raya Pas Pusat (JPP) yang menerima wang berjumlah RM1.5 juta juga daripada Bendahari Umno,” katanya lagi. – MD

Anonymous said...

Kata FITNAH dan nak SAMAN Husam, aikkkk tak saman-saman lagi? Kenapa tak saman? Saman ler...tak kan PAS takde telor?

Puaka Rimba said...

Lobai mula terasa SENAK PERUT . Tu belum disiasat lagi. Kalau mula Pihak Berkuasa Mulakan Siasatan. Mahu nanti LOBAI TERBERAK TENGAH JALAN. pada masa tu baru orang ramai dapat membezakan yg mana satu LOBAI ORI,yg mana LOBAI PIANG.Hehehekikikihahahakahkahkahk

Anonymous said...

Nik Abduh Terperangkap: Taqiyyah pilihannya
Sebagaimana dijangka Ustaz Nik Abduh terpaksa menafikan audio suaranya sebagai mengarut dan karut. Namun penafiannya akan tetap memakan dirinya sendiri kerana akan terus ada audio yang lebih jelas suaranya boleh dikesan.

Semua tahu, Ustaz Nik Abduh ada pakar rujuknya iaitu naqibnya, Maulana Shaari Mustapha yang lebih dipercayai daripada ayahandanya sendiri, Tuan Guru Nik Aziz. Maulana Shaari Mustapha punyai tarbiyah 'taliban" dari Pakistan dan lulusan ISA. Sehingga diberi layanan istimewa dan arahan khusus dari Bukit Aman.

Ajaran dan didikan terpenting yang diterima oleh Ustaz Nik Abduh dalam usrah Pasir Pekan ini adalah kaedah taqiyyah termasuk sanggup untuk menipu dan menfitnah demi perjuangan suci yang diyakini mereka.

ISU TIGA ABDUL
Isu Tiga Abdul suatu masa dahulu adalah siri-siri projek fitnah menggunakan kaedah taqiyyah ini untuk menjatuhkan Ustaz Abdul Halim TMB, Ustaz Abdul Fattah dan Cikgu Wan Abdul Rahim. Fitnah di'halal'kan kerana ada tujuan murni yang ingin dicapai iaitu menaikkan puak usrah mereka dalam kepimpinan negeri pada ketika itu.

Sekarang ustaz Nik Abduh sedang merangka jalan mendapat tempat sebagai calon di Dun Kelantan dengan teamnya dan bercita-cita menduduki kerusi exco. Berbekal jutaan duit bantuan sahabat dan projek Umno, Ustaz Nik Abduh sentiasa dibantu oleh Dato Taki dan teamnya dalam Pas Pusat. Manakala di dalam badan perhubungan Pas negeri, Dato Che Lah akan 'back-up'nya sebagai ahli usrah Pasir Pekan yang banyak termakan budinya.

Kita tunggu pula apa tindakan saingan politik dalamannya, Dato Nik Amar dan Ustaz Zaharuddin Menantu serta Geng Mesirnya. Mereka juga merancang sebagaimana geng usrah maulana merancang.

Bekas Ahli Usrah Tanjung Mas

PANAS: AUDIO RAHSIA PEMIMPIN PAS MENGAKU TERIMA DUIT UMNO

Isu kerjasama yang mintak duit... Isu tu ana tahu !!!

Dan memang daripada Tok Guru (Presiden)... Bukan Tok Guru (Presiden) suruh mintak 2 juta tapi dalam pengetahuan Tok Guru (Presiden).

Dia tak beritahu Ustaz Zaharudin sebab Ustaz Zaharudin tak perlu tahu... itu level lain.. bukan level menantu

Ana tahu !!!

Cuma Dr Sam (Dr Samsuri) ni dia betul.. betul.. dia beritahu Dr Zuhdi kerana Dr Zuhdi ni betul betul jugak.... Dr Zuhdi tak faham...

Akhir sekali Dr Zuhdi jadi keliru.. eh.. betul ke ni?

Jawapannya betullah... ana tahu...ana tahu...

Pilihanraya Sarawak tu macam mana nak jatuhkan DAP...

Dan kerjasama dengan UMNO ni WUJUD !!!

Ana Cuma mintak.. jangan pecah ! WUJUD !!!

Tok Guru Hj Hadi ambil duit UMNO... Ana ambil duit UMNO... Semua (yang dituduh tu) ambil duit UMNO !!!

Dan kita berjaya antaranya dengan bantuan UMNO...

UMNO yang menyebabkan kita berjaya dalam 10-11 aktiviti

Anonymous said...

Saya tengok bukti duit Umno kepada PAS, kata Husam

Dikemas kini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2017 11:10AM · 1 Komen
Lebih Lagi

Bekas naib presiden PAS, Husam Musa mempertahankan pendiriannya berhubung dakwaan itu sehingga kini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 November, 2017.

BEKAS naib presiden PAS, Husam Musa mendakwa beliau melihat sendiri sumber maklumat yang menunjukkan pemimpin PAS menerima wang daripada Umno dan jumlahnya lebih daripada RM90 juta.

“Saya tidak bermain dengan kata-kata. Saya bercakap selepas saya melihat sumber maklumat tersebut dan pastikan ianya tepat dan benar

Anonymous said...

FB SOFIA DEDAH NAMA PEMIMPIN UMNO YG MASUKKAN DUIT RM2.5 JUTA TERSEBUT BESERTA NO AKAUN SEKALI; JUGA PENDEDAHAN TERBARU 4 AHLI PARLIMEN PAS BESERTA 1 AJK PAS PUSAT BELI KERETA HARGA RM500K KEATAS CASH!!!

Sumber: FB Sharifah Sofia Syed Rashid (Serikandi Malaysia)

31 Juta rakyat Malaysia dan semua wartawan.
Sila baca dengan tenang :-

Hari ini sofia mencabar kepimpinan tertinggi Pas Pusat. Jika berita yg sofia keluarkan ini tidak benar. Sila saman sofia skrg juga. Tidak perlu tunggu selepas PRU ke – 14 habis. Arahkan seluruh ahli PAS untuk buat solat hajat sekarang juga jika apa yg sofia tuliskan ini fitnah dan tidak benar. Tak perlu nak konar sana konar sini. Belit sana belit sini ‘ street to the point ‘ sbb rakyat Malaysia terutama sekali ahli PAS akar umbi dan yg silent rider ingin mengetahui hal yg sebenarnya.

InsyaAllah sofia akan dedahkan nanti di dlm mahkamah jika PAS berani saman sofia kerana pendedahan dikhalayak umum hanya boleh dibuat oleh empunya badan saja. Jika sofia dedahkan juga dikhalayak umum Sofia akan dikenakan akta Bafia yg kini sudah pun digantikan dgn FSA / IFSA seperti mana YB Rafizi Ramli kena sebelum ini.

Sofia dengan ini mengaku dgn ikhlas dan rela hati tanpa dibayar oleh sesiapa pun bahawa sofia mmg memiliki salinan lengkap penyata akaun dari Bank Islam pada tarikh 21.03.2018 yg telah diemailkan pada sofia tempoh hari, yang mana individu tersebut mengaku beliau bekerja di Bank Islam. Sofia dah pun semak beberapa kali dgn individu yg ada kuasa daripada Bank Negara dan Bank Islam yang identitinya terpaksa dirahsiakan atas nama ” RAHSIA BERSAMA ” . Penyata akaun tersebut memang wujud.. benar dan sahih.

Berikut adalah butiran dakwaan sofia:-
Adakah transaksi di bawah ini berlaku ?
Sofia tak tuduh ianya duit rasuah, duit derma dan sebagainya. Ianya sekadar cuma nak dapatkan penjelasan. Benar atau tidak ?

Akaun 1 :-

Nama Akaun : Tabung Pembangunan JPP PAS Pusat – Beralamat di No: 318 – A , Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, 50 350 Kuala Lumpur.

Nama Bank : Bank Islam
No. Akaun : 1402 301002 8183
Jumlah duit masuk : RM 1,500,000.00

Tarikh transaksi : 21 Mac 2018

Akaun 2 :-

Akaun Bersama 3 Penama :

1. YB Satipul Bahri Mamat ( TPJ 1 PAS Terengganu)
2. Shukrimun Samsudin (Bendahari BPPN Terengganu)
3. Muhyidin Abdul Rashid (SU BPPN Terengganu)

Nama Bank : Bank Islam
Jumlah duit masuk : RM 1,000,000.00

Tarikh transaksi : 21 Mac 2018

Pegawai Khas Bendahari UMNO & Barisan Nasional iaitu Dato Shamsul Zairil Kamaruddin adalah org yg dipertanggungjawabkan dalam urusan kemasukan duit ke dalam kedua-dua akaun bank tersebut.

Manakala Datuk Seri Salleh Said Keruak adalah Bendahari UMNO & Barisan Nasional yg baru menggantikan Dato Seri Dr Husni Hanadzlah.

#DiaTahu

Sebelum berundur sekali lagi sofia mencabar secara terbuka kepada kepimpinan tertinggi Pas Pusat agar berani tampil kehadapan membersihkan diri dan menyiarkan penulisan sofia ini di muka hadapan akhbar Harakah. Kalau tak cukup kuat boleh gunakan Tv1, Tv2, Tv3, Ntv7, Tv9 dan Astro Awani untuk menyiarkan berita tersebut. Jika tiada langkah berani yg diambil dan setakat nafi aje. Rakyat Malaysia terutama sekali akar umbi PAS yg layak mengundi pada PRU ke – 14 ini akan mentalkin dan menguburkan PAS buat selama-lamanya. Rakyat Malaysia juga akan beranggapan berita ini benar lagi sahih.

Sekian dahulu harap maklum.

Anonymous said...

Pas terengganu kata nak saman Mahfuz lepas pru14...

Dah 5 bulan ni mana samannye?....

PAS PARTI PENIPU...

Anonymous said...

SIAPA BERANI NAFIKAN PERKARA INI? BILA LAGI BEKAS TIMBALAN PRESIDEN PAS NAK MULAKAN SAMAN?

Dalam kenyataan pembelaan yang difailkan berhubung saman Presiden Pas, Hadi Awang terhadapnya, editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Browm antara lain merekodkan perkara-perkara berikut:-

- Najib Razak menyalurkan lebih RM200 juta kepada bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa sejak 2014 dengan tujuan mendanai sekumpulan pihak dalam Pas.

- Dana rahsia itu diberikan secara berterusan sepanjang 2015, termasuk untuk Perhimpunan Agung (Muktamar) yang berlangsung pada Jun 2015. Untuk rekod, pada 2015, Muktamar Pas diadakan di Kuala Selangor antara 4 -6 Jun 2015.

- Dana tersebut termasuk untuk mengadakan Himpunan Fastaqim pertama pada Oktober 2015 dan acara-acara lain, termasuk Persidangan Kesatuan Islam Antarabangsa pada Julai 2017.

- Kenyataan pembelaan Clare juga menamakan beberapa pemimpin Pas yang didakwanya telah membeli kenderaan, hartanah atau menambah isteri baharu. Beliau turut menunjukkan senarai panjang jenis kenderaan yang dibeli mereka

Anonymous said...

https://www.amenoworld.org/2017/11/senarai-pemimpin-pas-yang-dituduh.html?m=1

Siapa lobai pas terima sedekah haram?...

Unknown said...

PH Dan fitnah berpisah tiada. Tanggung lah dosa ko nanti ok

Puaka Rimba said...

macamana tahu itu semua fitnah. Jangan kerana ketaksuban ,menyebabkan dihijabkan kebenaran. Yang nyata Lobai sekarang semakin SENAK PERUT menahan KENTUT . Takut-takut orang sekeliling tahu. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Mat yavob dan bani hasim tak tahu wang 2.5 juta dari umno ni..Pas kelantan tak terima dana ni...

Mat yacob dlm senarai penetma sedekah haram najib 90 juta...

Anonymous said...

Dakwa Pas terima dana RM90j: Husam tidak berganjak

HASLINA KAMALUDIN
10 FEBRUARI 2017
Husam Musa

A- A+ (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM – Tidak berganjak dengan kenyataan balas yang diberikan terhadapnya, Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa teguh mempertahankan ucapannya berhubung Pas menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Umno.

Menerusi kenyataan kepada media, Husam berkata, tindakan mahkamah hanyalah cara untuk membuktikan kebenaran berhubung isu berbangkit.

“Saya mempertahankan apa yang saya ucapkan dalam ceramah saya di Selising, Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Februari lalu.

“Saya berpendapat, kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah tanpa penelitian,” katanya.

Beliau turut menempelak Tuan Ibrahim yang baginya mungkin tidak tahu hujung pangkal isu berbangkit.

“Saya tidak pasti kenyataan beliau berkenaan tindakan mahkamah adalah kenyataan peribadi atau pendirian rasmi Pas,” katanya.

Semalam, Tuan Ibrahim menafikan tuduhan Husam mengenai dana yang diberikan Umno melalui akaun Affin Bank.

Beliau berkata, fitnah yang bersifat jahat itu adalah sambungan rantaian fitnah yang pernah dibuat oleh Sarawak Report yang kini dalam tindakan perundangan.

Pas dalam masa sama akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan tersebut.

"Pas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report

Anonymous said...

Husam tetap mencabar PAS suruh saman dia jika benar betul fitnah
DUA CABARAN HUSAM KEPADA PAS

Cabaran 1

HUSAM CABAR SEGERA SAMAN BELIAU BERKAITAN ISU RM90 JUTA

"In Shaa Allah ambo tidok sekali2 akan berkecek atas ggapo2 isu selagi ambo tidok ado bukti kukuh. Ambo sedia disaman dan dibowok ke Mahkamah pado bilo2 maso dan ambo sudoh bersedia untuk menampilkan beberapa individu yang boleh disapina di Mahkamah yang buleh membantu menyokong pembuktian dalam perbicaraan di Mahkamah kelak"

https://youtu.be/p_nyMSFrB8M

Husam Musa (11 Mac 2017)

Cabaran 2

BAI'AH - SAYA TUNGGU UNTUK KE MAHKAMAH

Usul Pas Tanah Merah untuk mengheret 'pelanggar' bai'ah ke Mahkamah Syariah - wajib diterima oleh Pas Kelantan. Secepat mungkin.

Saya sendiri mencabar Pas Kelantan berbuat demikian, lebih awal dari usul itu, iaitu ketika saya berucap di Ketereh pagi semalam, 11 Mac.

Saya berkeyakinan Pas tidak berani berbuat demikian.

Sekali pun Pas mungkin mengikut usul Pas Tanah Merah, berdasarkan kajian saya, Mahkamah tidak akan memihak kepada Pas.

Talak tidak akan jatuh seperti yang menghantui pemikiran sesetengah pimpinan Pas yang galak mempolitikkan isu ini. InsyaAllah ia hanya akan memalukan Pas sendiri.

Jika tindakan itu diteruskan, ada empat orang boleh terlibat: Saya sendiri, YB Dato Kamarudin Jaafar, YB Dr Hatta Ramli dan Dato Ibrahim Ali.

Kesemua kami melafazkan bai'ah itu.

Anonymous said...

Lobai hadi dan pas hilang tulur dicabar oleh Husam supaya saman.

Anonymous said...

Ahli2 pas dan walaun tak tahu kerja kotor lobai yg bertentangan dgn ajaran islam ...lobai pas nafi tapi tak buktikan tidak melakukan kerja kotor yg bertentangan dgn islam......

Ahl pas dan walaun ditipu oleh lobai Pas mata duitan..

Anonymous said...

Walaun dan bodoh pantang berpisah..

Anonymous said...

Dje cawat 8.18...saman lah...kenape kecut tulur?..

Anonymous said...

Wahai Lobai2 Pas...

Kalao ade tulur saman lah Mahfuz dan Husam ..

Berani Nafi Tapi Takut cabaran supaya saman..

Lobai Penakut tak bertulur...

Anonymous said...

Macam mana masa pemimpin pas ni mati nanti agaknya. Terima duit haram..tak mengaku. Saman fitnah pun takde.

Agak2 mesti kubur sempit tersiksa kan..kan

cik siti said...

PAS tak risau pon?
babi tungggang si kulup yng lebih..
Ha ha ha

Anonymous said...

Nasha jadi idola kpd pemimpin2 PAS pro Najib/UMNO tunggang agama dapat kemewahan.

Nasha semenjak berlunak dgn Najib bila jadi jurudoa Najib diMekkah dan Gaza, selesaikan misi tarik PAS dari Pakatan Rakyat dan sukses bertaawun dgn Najib, hidup bermegah2 mewah mcm pemimpin UMNO2 lain yg korap.

Tambah habuan jadi CEO Moderate Najib, tak tinggal kot dan tali leher keseluroh dunia bawa mesej wassatiyah Najib Klepto.

PDRM boleh mulakan siasat Nasha utk tolong PAS balik kpd landasan sebenar.




Anonymous said...

Pas tak perlu risau sebab sudah pandai menipu ..

Anonymous said...

sy cdgkan ibnu fitnah sy. nanti bila sy saman ibnu dan menang, duit tu kita bagi dua. amacam???

knp pemimpin pas tak nak buat cam tu? pi lah samang si mafudz dan husam. nanti bila depa tu menang, boleh ler share ghanimah tu...


rm200juta kpd nasha tu upah pecah belahkan PR ke?

Anonymous said...


SPRM tidak perlu lakukan siasatan ke atas pentadbiran Kelantan..

Najib boleh buat lapuran Polis ke atas diri nya berkenaan kes pembunuhan.. Sepatutnya pemimpin PAS pun berani lah juga buat lapuran Polis ke atas PAS sendiri..

bunbinban said...

Bodoh PAS ni. Saman aje la. Yg duk UK kos juta2 boleh pulak saman. Itu namanya bodoh. Dah bodoh tu toksah berangan nak memerintah. Kahkahkah...

Anonymous said...

Hadi berkata PAS sentiasa bersikap terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk orang bukan Islam yang ingin menyumbang atau memberikan derma bagi meneruskan kelangsungan parti tersebut.

“Oleh itu mana-mana pihak termasuk Umno boleh menyumbang kepada akaun parti tanpa perlu diketahui identiti atau dipersoal sumber kewangan itu,” katanya.news

Sumber dari penggubahan harom pun boleh kalau nak derma kat pas. Patutlah muka pemimpin pas hitam serabut takde seri. Mcm mana lah masa dia mati esok. Mesti tersiksa kann..kan

Unknown said...

Kalau betul terima duit umno kenapa PH bising, yg untung parti PAS lah. Umno kasi duit Kat PAS supaya mengalahkan umno Di kelantan Dan terengganu. Bijak nya PAS. Tapi PH dapat Dana dari yahudi tu kenapa senyap je

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails