Monday, October 22, 2018

Tanah Runtuh: “K'jaan (PH) Xberbuat apa-apa.." -Aktivis Lim Li Lian


Kerajaan P Pinang dikecam semasa memperingati mangsa tanah runtuh 

GEORGE TOWN: Sekumpulan warga Pulau Pinang berkumpul untuk memperingati pekerja asing yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus hari ini, mengatakan rayuan menghentikan penggondolan bukit daripada para aktivis tidak didengari. 

Kumpulan itu membawa bunga-bungaan warna putih, lilin dan plakad, serta mendirikan memorial buat mereka yang maut, berserta nama dan kerakyatan mereka tertera pada sekeping kertas. 

Acara itu juga memperingati 11 nyawa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah setahun lalu (21 Oktober), selepas cerun bukit setinggi 10m runtuh menimpa mangsa di tapak pembinaan sebuah pangsapuri. 

Aktivis Lim Li Lian menyampaikan ucapan dan berkata pekerja asing yang terkorban dalam 2 tragedi itu mempunyai keluarga yang bergantung kepada mereka.

Aktivis Lim Li Lian menyampaikan ucapan di acara memperingati pekerja asing yang terkorban. 

“Kerajaan tidak berbuat apa-apa. Sekarang semua orang ini sudah terkorban, jadi bagaimana dengan anak-anak dan isteri mereka? Tahukah anda betapa susahnya menjadi ibu tunggal? Cukuplah,” katanya. 

Dengan air mata bercucuran Lim berkaa kejadian itu boleh dielakkan jika kerajaan negeri mendengar amaran demi amaran daripada kumpulan yang membantah penggondolan bukit. 

Beliau berkata Penang Hills Watch bulan lalu menghantar laporan kepada Exco Zairil Khir Johari, dengan gambar bukit-bukit yang “habis semuanya ditebang”. 

“Laporan itu secara khusus mengatakan tiada langkah-langkah mitigasi diambil. Apa tindakan mereka? Apa tindakan kontraktor? Apa tindakan Zairil? Apa tindakan kerajaan Pulau Pinang?” katanya. 
“Ini bukanlah ketentuan Tuhan. Ini bukanlah seperti padang pasir Sahara yang tidak pernah hujan.” 

Penyelamat setakat ini berjaya membawa keluar 7 mayat daripada runtuhan. Tiga lagi masing hilang. 

Bunga kekwa putih diletak berdekatan tapak tragedi di Bukit Kukus. 

Semua mangsa adalah pekerja asing dari Bangladesh, Indonesia dan Myanmar.  Lim berkata kerajaan negeri tidak belajar daripada kejadian tanah runtuh Tanjung Bungah tahun lalu. 

“Nampaknya kamu semua (ahli politik) tidak peduli. Sibuk muatnaik gambar lawat kawasan selepas tragedi melanda. 
“Nenek dan datuk saya, yang berusia lebih 80 dan 90, masih keluar bertongkat dan mengundi kamu, walaupun kamu sudah bertahun-tahun berjanji akan atasi masalah banjir. 
“Mereka sudah tua dan masih mengundi kamu. Mana hati nurani kamu? 
“Saya tak boleh tahan lagi. Saya sedar mereka yang ada hati nurani sudah meninggalkan parti dan kamu yang lain-lain ini, nampaknya semasa kami mengundi kamu sebenarnya kami mengundi ketamakan. 

“Moga Tuhan kasihani kita,” katanya.
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Video: Gempa Bumi: Biar pandai beza Bala dan Bencana Alam - Ustaz Azhar Idrus

10 comments:

cik siti said...

Apalah ibnu ni zahid untung berjota2 bawa pekerja asing kesini,patut dia yg bertanggungjawap.hadi lobai kulop juga bertanggungjawab.

Puaka Rimba said...

Kerana kes ini, kita tuntut Hj Hadi Awang LETAK JAWATAN.Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Dewan Rakyat kecoh Lim ‘usik’ Kelantan tidak bayar gaji penjawat awam

Mohamad Fadli - October 22, 2018 1:07 PM
666
Shares

Lim Guan Eng berkata, Kelantan tidak akan mampu laksana ECRL kerana ia tidak mampu membayar gaji penjawat awamnya.
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini kecoh sebentar apabila kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mendakwa Kelantan tidak mampu membayar gaji penjawat awamnya menimbulkan perdebatan.

Lim berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, sama ada negeri Pantai Timur, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang boleh meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sendiri jika kerajaan Persekutuan memutuskan untuk membatalkan projek itu.

“Berkenaan Kelantan, Terengganu ingin ambil alih jika (kerajaan batalkan projek ECRL) saya tunggu surat jika mereka mahu berbuat demikian.

“Saya fikir macam mana Kelantan mampu buat bila gaji perkhidmatan awam tak boleh bayar,” katanya.

Anonymous said...

Pas buat lawak nak bina sendiri ecrl....hahahahaha...

Asik bertanye royalti...

Anonymous said...

dan tanggalkn serban tu ganti songkok tinggi

Anonymous said...

esok curi royalti lagi... bahaya pas ni

Anonymous said...

cik siti suka main atas titi
cik minah lak datang mengacau
pekerja asing biarkan lah mati
kenapa muslimah lak yg risau

-------------

pas dapat komisen dari wak ponorogol jahid taukey pekerja asing tuh!

Puaka Rimba said...

Tegang urat leher Lobai, kena sindir ....setakat itu pun yg Lobai boleh dibuat dalam Parlimen. Chief Lobai hadir ke di Parlimen hari?. Atau kelaut mencandat SOTONG?. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Kelantan banjir besar 2014 ribu2 rumah hanyut adalah bala kerana maksiat berleluasa ikut penjelesan ustaz azhar idrus....lobai2 pas tido tidak mencegah kemungkaran..

Anonymous said...

Macai ph komen takda akal. Kelantan tiap2 tahun banjir samada kecik atau besar aja bezanya. Walaupun macai ph kata bala tapi ianya tetap selamat dan bangkit sebab setiap dugaan ada hikmah. Kelantan tetap diperintah kerajaan islam walau diserang oleh pakatan untuk jatuhkan kerajaan islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails