Sunday, October 21, 2018

Saham MYEG &DSONIC Jatuh Teruk Susulan ..


TUN Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ceria bergambar bersama ketika melawat Air Terjun Temurun Langkawi. - Foto BERNAMA


MY E.G. Services Berhad (MYEG) merupakan salah satu kaunter yang dilihat berkait rapat dengan kerajaan terdahulu. Saham MYEG didagang stabil pada awal pagi sehinggalah tular berita pendakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  terhadap pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, melibatkan dana sebuah Yayasan di Mahkamah Sesyen jam 10 pagi tadi.
Sebanyak 45 pertuduhan keseluruhan terhadap beliau dan dua daripadanya melibatkan syarikat MYEG dan Datasonic Group Berhad (DSONIC) ini. Melalui laporan portal Malaysiakini, Datuk Seri Zahid didakwa menerima cek keseluruhan bernlai RM6 juta daripada Pengarah Datasonic dipercayai untuk mendapatkan projek berkaitan cip passport Malaysia.
Dalam satu pertuduhan yang lain, Datuk Seri Zahid turut didakwa menerima sebanyak 13 cek  dengan nilai keseluruhan sebanyak RM8 juta bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan projek daripada MYEG

Sebahagian pertuduhan melibatkan MYEG dan Datasonic

MYEG merupakan sebuah syarikat yang terlibat didalam perniagaan pembangunan dan pelaksanaan perkhidmatan E-Kerajaan disamping perkhidmatan-perkhidmatan lain yang berkaitan bagi inisiatif kerajaan. Setelah kekalahan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang lepas, saham syarikat jatuh lebih 300% keparas terendah 70 sen seunit.
Jam 11 pagi tadi setelah pertuduhan dibacakan terhadap Zahid dan berita mengenainya tersebar, saham MYEG mula menghadapi tekanan jualan dan penurunan harga dari RM 1.52 ke paras terendah RM 1.05 seunit sebelum digantung urusniaga.



Harga Saham MYEG

Susulan kejatuhan ini, pihak MYEG membuat permohonan kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk menghentikan urusniaga saham syarikat bermula jam 2.30 petang pada 19 Oktober sehingga diberitahu kelak.



Notis penggantungan urusniaga saham MYEG

Pada masa yang sama, saham Dsonic turut mengalami kejatuhan sebanyak 30% akibat daripada berita ini. Walaubagaimanapun aktiviti perdagangan saham mereka masih diteruskan.



Harga Saham Dsonic

Jika ada yang terperangkap dalam kedua-dua saham ini, bersabarlah. Adat pelaburan, pasti ada untung dan rugi. Setelah mengalami kerugian, ambil masa untuk tenangkan diri sebelum kembali semula berdagang.
Tiada siapa yang dapat menduga akan berita ini jadi jangan berasa kecewa dan berputus asa.

Hasil carian imej untuk muka mahathir macam kondom?

12 comments:

cik siti said...

Hebat juga Presiden Umno ini.
Silalah baca.

Pergh!! Itu baru diantara pertuduhanya. Kalau dibaca kesemua pertuduhan tuh entah macamana nak fikir agaknya. Mangkok nih kalau sabit kesalahan, sememangnya pengkhianat negara. Dah patut kerakyatanya dibatalkan dan disingkirkan dari negara setelah semua hartanya dirampas.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa menerima suapan RM6 juta berkaitan satu kontrak kerajaan untuk membekalkan cip pasport selama 5 tahun, dalam sebahagian daripada 45 pertuduhan berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya hari ini.

Kontrak yang dikatakan dibuat melalui rundingan terus itu, dilaporkan bernilai RM318.75 juta dan diberikan kepada Datasonic Technologies Sdn Bhd pada 2016.

Syarikat sama turut mendapat kontrak kerajaan untuk membekalkan pasport Malaysia sehingga 2021.

Mengikut pertuduhan itu, Zahid didakwa menerima RM6 juta daripada Pengarah Datasonic, Chew Ben Ben pada 26 April 2017.

Wang itu dikatakan dipindahkan ke akaun milik firma guaman Lewis & Co.

Zahid turut berdepan 2 pertuduhan di bawah Section 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima RM6 juta menerusi 2 transaksi, sebagai suapan untuk meluluskan projek bagi Datasonic.

Beliau berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM30 juta, jika sabit kesalahan.

Zahid turut didakwa menerima RM13.3 juta daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services untuk projek MyEG di bawah kementerian lamanya.

Wang itu didakwa dibayar menggunakan 24 keping cek antara Julai 2016 dan Februari 2017 ke akaun Lewis & Co untuk beliau membantu Mastoro Kenny mendapatkan projek MyEG.

Zahid juga didakwa menerima RM2 juta tahun lalu daripada Azlan Shah Jaffril, pengarah Profound Radiance Sdn Bhd untuk dilantik mengendalikan pusat sehenti bagi memproses permit kerja bagi pekerja asing dari Pakistan dan Nepal.

Copy from Iqbal Azim

Anonymous said...

Pemimpin UMNO tahu betapa teruk nya kesan tindakan seperti apa yang di dakwa ke atas Najib dan Zahid.

Alang-alang rosak biar sampai jahanam.

Ini lah akibat nya jika di ambil tindakan undang-undang ke atas mereka. Saham akan menjunam dan ringgit akan jatuh.

Tetapi mereka mampu melambai kan tangan dan memberi senyuman. Mereka langsung tidak bertanggung-jawab dan menyesal dengan keadaan negara sekarang.

Pemimpin UMNO, Najib dan Zahid khusus nya, beranggapan Kerajaan PH tidak akan berani mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka kerana kesan nya pada saham dan sektor ekonomi yang mengambil masa untuk pulih.

UMNO telah melakukan perkara tersebut dan kini kita lah yang menanggung nya

Puaka Rimba said...

Selepas Najib ,Rosmah dan Zahid didakwa!. Who's next?. Lobai punya turn coming soon. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Lobai terhegeh2 nak kerjasama dgn penyangak....lobai tak ade kemaluan ..

Anonymous said...

Nasib baik rakyat cedik pilih PH...

Kalo pilih Pas selamat lah penyangak2 umno...bertambah lah lagi nilai rompakan..

Anonymous said...

Polis dah panggil bendahari pas...lobai boleh tidur nyenyak ker?

Anonymous said...

JENAYAH

Bekas menteri Kabinet beri keterangan 5 jam di SPRM

17 OKTOBER 2018
SPRM

A- A+ (Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA - Bekas menteri kabinet memberi keterangan kira-kira lima jam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung kes penyelewengan pemberian kontrak projek hybrid solar untuk sekolah pedalaman di Sarawak.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abdul Ghani yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata pemimpin kanan sebuah parti politik itu dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Menurut Simi, pemimpin itu yang juga seorang ahli parlimen memberi keterangan dari 10 pagi hingga 3 petang semalam.

“Kami masih menyiasat kes ini” katanya ketika ditanya sama ada pemimpin itu akan dipanggil lagi oleh SPRM.

Pada awal Jun, sebuah portal melaporkan kemungkinan wujud penyelewengan dalam pemberian kontrak projek hibrid solar bernilai RM2.5 bilion di Sarawak yang didakwa diberikan melalui penganugerahan kontrak secara terus di bawah arahan seorang bekas pemimpin tertinggi negara.

Pemimpin berkenaan turut didakwa mengarahkan Kementerian Pendidikan pada Januari tahun lepas agar melantik sebuah syarikat perniagaan kereta sewa di Bintulu bagi projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

Pada 11 Jun, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata Kementerian Pendidikan telah memulakan proses siasatan dalaman bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam isu penyelewengan pemberian kontrak membekal tenaga solar dan diesel di 369 sekolah di Sarawak.

Terdapat 369 sekolah di negeri itu yang tidak mempunyai bekalan elektrik tetap dan hanya menggunakan genset diesel untuk menjana elektrik.

Pada 27 Jun, dua lelaki termasuk seorang pengarah urusan sebuah syarikat yang berpangkalan di Bintulu, Sarawak direman bagi membantu siasatan kes penyelewengan pemberian kontrak projek hybrid solar itu.

Pada 9 Julai, seorang bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bergelar ‘Datuk’ ditahan bagi membantu siasatan kes penyelewengan yang sama

Anonymous said...


Perincian pengubahan wang haram RM72 juta Zahid
19 Okt 2018, 4:06 petang (Dikemaskini 19 Okt 2018, 4:09 petang)

A A
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini atas 10 tuduhan pecah amanah dan lapan tuduhan rasuah berjumlah RM42,083,132.99 dan 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM72,063,618.15.

Zahid, 65, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azura Alwi selepas pertuduhan dibacakan satu persatu kepadanya.

Bagi pertuduhan pertama sehingga ke-25, Zahid didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi membabitkan hasil daripada aktiviti haram.

Iaitu dengan memberi arahan untuk mendepositkan wang antara RM600,000 hingga RM9.35 juta ke dalam akaun bernombor 264258871612 dan juga 'AKAUN PELABURAN AM-i' bernombor 264258871605 sebagai Simpanan Tetap, melalui akaun Malayan Banking Berhad milik Tetuan Lewis & Co, Peguambela dan Peguamcara, di mana ia merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Malayan Banking Berhad, cawangan Dataran Maybank, Aras 1, Tower A, No. 1 Jalan Maarof, Bangsar dekat Kuala Lumpur antara 27 Mei 2016 hingga 11 April 2018.

Bagi pertuduhan ke-26, Zahid didakwa melakukan kesalahan sama iaitu dengan memberi arahan berhubung pembelian dua buah rumah banglo di Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat bernilai RM5.9 juta, menggunakan cek Malayan Banking Berhad milik Tetuan Lewis & Co, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di tempat sama pada 9 Jan 2017.

Bagi pertuduhan ke-27, Zahid, melakukan kesalahan serupa dengan cara mengarahkan Omar Abdullah, 46, untuk mengubah bagi pihak tertuduh wang tunai berjumlah RM6,885.270.20 kepada 30 keping cek yang kemudiannya diserahkan kepada Tetuan Lewis & Co. untuk tujuan pembelian Simpanan Tetap di Maybank, yang mana ia merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Zahid didakwa melakukan kesalahan itu di Marhaba Enterprise Sdn Bhd, LG 1.15, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, dekat sini pada 29 Mac 2016 dan 15 Julai 2016.

Pendakwaan untuk kesemua pertuduhan berkenaan adalah mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi 10 tuduhan pecah amanah Zahid didakwa sebagai seorang ejen iaitu pemegang amanah Yayasan Akalbudi yang telah diamanahkan wang berjumlah RM20,833,132.99 milik yayasan tersebut telah melakukan pecah amanah jenayah wang tersebut.

Zahid dituduh melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Jalan Bunus, No. 133, Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India, di sini antara 13 Jan 2014 dan 11 Jan 2016 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, dan sebatan dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Anonymous said...

SPRM: Syarikat terlibat kes Zahid Hamidi akan disiasat

Bernama - October 20, 2018 3:32 PM
276
Shares

Azam berkata, hanya siasatan SPRM akan tentukan keterlibatan sesuatu pihak dengan rasuah atau sebaliknya.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat syarikat yang terlibat dalam pendakwaan salah guna kuasa dan rasuah terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata mana-mana syarikat dan pihak terlibat dengan kegiatan rasuah tidak akan terlepas daripada siasatan.

“Kami akan siasat siapa juga yang terlibat dalam perbuatan rasuah, setakat ini sebuah syarikat menyatakan mereka tidak terlibat… terpulang kepada mereka untuk menyatakan.

“Penjelasan akan dibuat oleh SPRM, hanya jika siasatan kami menunjukkan syarikat itu tidak terlibat dalam sebarang perbuatan rasuah, mereka tiada melakukan kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Akademi Badminton Malaysia di sini, hari ini.

Anonymous said...

Mana tak jatuh saham syatikat betkaitan penyngak zahid...sape berani simpan saham syarikat yg mungkin akan turut didakwa..

Anonymous said...

CADANGAN A Kadir Jasin agar para menteri, timbalan menteri, menteri besar disekolahkan sebelum rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan Harapan sangat disokong.

Mungkin ayat digunakan Kadir itu kasar tetapi itulah hakikat yang berlaku kini. Ada menteri perlu di sekolah, bukan sekolah rendah sahaja, tetapi ada yang perlu masuk ke pra-sekolah.

Jika ada menteri, timbalan menteri, kurang cerdik, kekok, masih terpinga-pinga, terkial-kial untuk menjalankan tugas, kita tidak perlu kesal sangat, sebab hakikat yang kena sedar mereka adalah orang baharu yang cetek pengalaman sebagai pentadbir, pemimpin dan diplomatik kerajaan. Ini kita kena akui.
Pun begitu kekurangan itu bukan alasan untuk memaafkan mana-mana menteri yang lambat untuk jadi cerdik atau pun tidak tahu membaca, mengeja dan mengira.

Menteri persis ini adalah yang “benak”. Orang benak jika diajar berkali-kali pun payah untuk faham. Benak satu hal jika dicampur dengan sombong, jadi benak sombong lagilah sukar. Yang benak sombong ini tidak mahu mengaku kelemahan, tetapi masih perasaan dirinya pandai.

Syed Alwi Aljufri said...

🦉 *UMNO leadership*
ZAHID HAMIDI and His Family Members have been banned from travelling overseas . . .

Zahid Hamidi's Wife has a savings in her personal bank account of more than RM500 million and His Daughter has a Savings of RM950 million in her Personal Bank Account . . .
This is just one example of how UMNO and its leadership has been looting this country.

According to sources, most of the BN Division Chiefs and Elected Representatives who have received 1MDB's illegal money will be investigated.
Some skilled, corrupt former Ministers will also become Residents in Sg Buloh soon.
Some Tun Razak families who receive 1MDB funds will also not sleep well. The future is not good for them.
About 900 involved with 1MDB scandals will be investigated by PDRM and MACC.
Do not be surprised if UMNO Presidential Candidates and other leaders are also the highlight of the authorities.

The destruction of UMNO's power should make the Malays fanatic and obsessed, but Malays should know that UMNO was not championing the rights of Malays, Muslims and the Nation. But It is a Tool for the super corrupt UMNO Elite to enrich itself in the name of Malay, Islamic and Malay Rulers. For example, the British colonialists have allocated millions of acres of Malay Reserve Lands to the Malays but when UMNO came to power, only 12% of Malay Reserve Lands were actually given to them. Who has ravaged the balance of the Malay Reserve Lands?
Not DAP, MCA or MIC but UMNO.
Being the Pirates of the horizon , deceiving the people and destroying the Malaysian economy is Malay UMNO . . .

For 61 years, UMNO was in power but why are they still accusing the other races of taking away the Malay rights when they have a Malay PM, All Malay Ministers, All Malay high-ranking officials and Malay Rulers, controling the country . . .
It is All because of the naive Malay race that still trusts the UMNO leadership. I just hope that the next generation of Malays are not so gullible to be cheated by UMNO again . . .
Gempak.......!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails