Thursday, October 04, 2018

Politik PH: Kata Dulang Paku Serpih.. Ini Untuk Mu Mokhzani.


Datuk Mokhzani Mahathir Pengerusi & CEO Opcom Holding Bhd.

Satu Lagi Kontrak Untuk Mokhzani Mahathir

Malaysiakini lapurkan syarikat anak Perdana Menteri Malaysia Ke 7, Datuk Mokhzani Mahathir 'di anugerahkan' kontrak TM bernilai RM11.16 juta hanya 5 hari lepas PRU 14...
Wow, cepatnya...

Relax derrr, jangan cepat melenting sebab Utusan melapurkan yang Opcom Holding Bhd dapat kontrak tu cara tender terbuka...
Kita tak nak bincang cara Opcom dapat kontrak tu dari TM Bhd tapi apa yang kita nak bincangkan ialah apa mungkin zaman kegemilangan nepotisme dan kronisme akan berulang lagi bila Tun Mahathir jadi PM ke 7 macam yang berlaku masa Tun Mahathir jadi PM ke 4 dulu...

Betulker Nepotisme Dan Kronisme Amalan Mahathir Bila Berkuasa, Kalau Betul Apa Buktinya???
Dalam video klip yg berdurasi 1 minit 46 saat, Dr. Roslan Mohd Latif cara jelas terangkan tindakan2 Mahathir yang di kategorikan sebagai nepotisme sepanjang 22 tahun jadi Perdana Menteri Malaysia ke 4...
Kekayaan mendadak yang anak2 Mahathir terutama Mokhzani Mahathir perolehi sepanjang era ayahnya jadi perdana menteri sangat meragukan...
Malah mendiang Karpal Singh dalam salah satu ceramah politik berazam untuk membongkar dan mendakwa bukan saja Mokhzani tetapi juga Mahathir atas segala salah guna kuasa sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun...
Kita tak nafikanlah anak Mahathir, Mokhzani memang pandai berniaga...
Tapi kejayaan luarbiasa tu nampak macam agak pelik sikit...
Lebih 30 Juta Rakyat Malaysia Tapi Kenapa Cuma 4 Orang Nie Jer Yang Dapat Kontrak Besar
Macam yang pernah Datuk Seri Anwar katakan, tak dak Melayu pandai berniaga ker, tak dak Cina pandai berniaga ker, tak dak Dayak pandai berniaga ker...
Betul juga tu, lepas dia, dia, lepas dia, dia yang dapat projek!!!
Mahathir Kata Bagi Projek Pada Orang Tertentu Bukan Amalan Kronisme Tapi Membantu
Betullah tu membantu tapi kenapa dua tiga kerat jer yang di bantu...
Mahathir jadi perdana menteri pada 31 juta rakyat Malaysia dan bukannya perdana menteri pada 4 orang rakyat Malaysia tu jer...
Maksudnya kalau nak bantu, kena bantu semua rakyat Malaysia kannn...
Tongkat Punya Cerita
Bukan Mahathir ker yang selalu kata kita kena buang tongkat dan berdikari...
Nak tanya sikit, agak2nya anak2 Mahathir tu berjaya sebab dah buang tongkat atau sebab dapat tongkat sakti...
Kesimpulannya, kita tak larang malah tak boleh larang Mokhzani dan anak2 Mahathir untuk berniaga dan cari kekayaan dunia hanya kerana mereka anaj kepada perdana menteri...
Yang kita tak mahu, cerita kronisme dan nepotisme berulang lagi...
Lagi mengerikan kalau cerita bail out berulang lagi...
Kita tak mahu ada tangan2 ghaib buka khazanah negara dan ambil harta rakyat berbilion2 ringgit kerana nak selamatkan serikat anak2 atau kroni2 daripada rugi...
Kalau dah mampu bangunkan serikat sampai boleh untung berjuta2 ringgit setahun, dah tentulah juga mampu selamatkan serikat daripada rugi...


Rakyat tak pernah minta duit serikat mereka untuk tanggung kehidupan rakyat...
Jadi janganlah pulak gunakan duit rakyat untuk selamatkan serikat tu nanti yerrr...

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini PH..
Kata dulang paku serpih
Mengata orang sendiri lebih!

Lihat ini pula..

Video: P.Ramlee film - Nujum Pak Belalang Clip

9 comments:

Puaka Rimba said...

Menang tender secara terbuka pun dikaitkan kronisme, bagaimana pula tender tebang balak kerajaan Negeri Kelantan?. Lobai...Oo Lobai. Bawa bawalah cermin diri tu dulu.Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Seorang lagi barua keldai tungangan kafir yg anti pas hanya kerana pas istikomah perjuangkan islam. Cari makan dengan cara bersekongkol dng kafir serang perjuangan islam. Bawak2 bertaubatlah mohammad azren selagi pintu taubat masih terbuka kembalilah kepada jalan agamamu islam.

Anonymous said...

pas guna hindu utk bg fatwa dosa undi anwar. hadi pun dh jinak2 dgn uniform hindu.

jgn sampai ayah chik jd ayah pin pulak. hik

Anonymous said...

Ceria dah basi masih nak ulanh tayang...telah viral selepas pru..


Tender telah dipanggil bulan april seblm pru lagi....award ditangguh kerana pru akhir may...lepas pru tender award...

Tak timbul kerana madey pm...madey tak campor tangan keputusan lembaga tender...masa tu madey sibuk majlis angkat sumpah yg lewat dan nak tubuh kabinet....

Puak2 ni selalu sebar cerita sangka burok...

Anonymous said...

Ayat bodooh standard...serang pas serang islam...pas saja islam dlm dunia ni?...barua kapir mca melalak..

cik siti said...

Si babi tunggang kulup dah takde modal, ulang kisah lama. cari le idea baru sikit..

Anonymous said...

Harga bahan api petrol RON97 menyaksikan kenaikan 14 sen dan diniagakan pada harga RM2.79 seliter bermula hari ini sehingga 31 Oktober berbanding RM2.65 seliter pada bulan lalu.

Bagi harga petrol RON95 dan Diesel masing-masing kekal pada harga RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter.

Harga terbaru itu berdasarkan kenyataan rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang disiarkan di laman Facebooknya. – SuaraTV

Anonymous said...

Nik abduh banyak dapat tender. Begitu juga anak tghh, dapat banyak tender. Kalah mokhzani anak madey dan guan eng anak kit siang. Bangang punya ph dan azren.

Anonymous said...

Dan Perdana Menteri Britain,Theresa May, pulak setakat jumpa Mahathir kat New York tapi tak jemput Mahathir buat kunjungan rasmi walau pun tahu Mahathir ada lawatan kerja di UK...



Malah di katakan pendirian yang sama di ambil oleh Queen Elizabeth...

Seorang PM yang kononnya gah di negara sendiri tapi di pentas dunia sekadar di pandang sepi....

Jumlah perbelanjaan rombongan London dan New York sebanyak adalah sebanyak RM1,393,857.06!!!

Apa yang Mahathir bawak balik???

Tak ada satu sen pun pelaburan yang Mahathir dapat bawa balik...

Yang Mahathir bawa balik ialah aib dari sindiran dan layanan pemimpin luar negara...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails