Wednesday, October 03, 2018

PAS Kecam Operasi Tangkap Ulama Kerana Beza Pandangan. -Presiden PAS



Pendirian PAS berkenaan penangkapan para ulama


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) melahirkan rasa sangat bimbang dan dukacita berhubung tindakan mahkamah yang dikenakan terhadap para tahanan yang dipenjarakan pemikiran, teguran nasihat (kritikan) dan saranan mereka di negara-negara Arab dalam perkembangan terkini di rantau tersebut.
Para tahahan tersebut merupakan para ulama, khatib, pendakwah, pemikir, aktivis islah dan barisan kepimpinan dalam gerakan Islam.
Kami daripada PAS mengecam operasi penangkapan tersebut dan tindakan mahkamah terhadap mereka, hanya kerana perbezaan pandangan dan ianya dilakukan hasil tuduhan yang palsu dan fitnah semata-mata.
Firman Allah:
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (الأنفال: ٢٥)
“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya.” (Surah Al-Anfal: 25)
Siapakah yang lebih zalim daripada golongan yang memenjarakan para ulama dan pejuang Islam kononnya di atas nama perundangan dan keamanan negara? Sebenarnya penangkapan ini hanyalah untuk menjaga kepentingan kerajaan yang zalim dan penguasa yang menindas.
Kesemua ini dilakukan tanpa bersandarkan kepada bukti dan hujah yang kukuh dan bercanggah dengan undang-undang sivil, sistem demokrasi dan hak asasi manusia yang mereka banggakan selama ini. Allah tidak mengizinkan perkara seumpama ini sebagai hujah jika dinilai atas pertimbangan syariat Islam yang bersifat Rabbani.
Walaupun mereka ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati secara zalim, namun kebenaran yang mereka berdiri di atasnya tetap akan tertegak dan tidak akan mati dengan penahanan dan kematian mereka.
Sesungguhnya mereka itu adalah para ulama pewaris para nabi, mereka tidak mewariskan wang dinar atau dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu pengetahuan. Maka sesiapa yang mengambilnya, maka mereka telah mendapat bahagian pusaka Islam yang paling berharga.
Sesungguhnya para ulama seperti mereka ini tidak pernah gentar kepada celaan orang yang mencela. Hukuman penjara dan hukuman mati tidak akan membisukan mereka daripada memperkatakan yang benar kerana mereka tidak takut dan gentar kecuali hanya kepada Allah S.W.T.
Wahai pemerintah yang zalim, kamu tidak akan berjaya menghalang dan menyekat Islam yang disampaikan melalui lisan dan pena mereka, ianya akan terus mengalir ke dalam hati orang-orang yang beriman yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. 
Risalah Islam tidak akan terhenti dengan kewafatan para nabi, syahidnya para pejuang dan pembunuhan orang-orang yang menyeru manusia dengan keadilan dan kebenaran.

Adakah kata-kata kamu semua lebih benar berbanding kata-kata Rasulullah S.A.W. yang bersabda di hadapan orang ramai ketika mana baginda gering? Sabda baginda SAW:
"من كنت جلدت له ظهرا فهذا ظهري فليستقد منه، ومن كنت شتمت له عرضا فهذا عرضي فليستقد منه".


“Sesiapa yang pernah aku pukul belakang badannya, maka ini belakang badanku, ambillah peluang untuk membalasnya. Sesiapa yang pernah aku cerca akan maruahnya, maka inilah maruahku dan balaslah cercaan itu.”
Begitu juga kata-kata daripada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq R.A.:
"أيها الناس إني وليت عليكم ولست بخيركم، الصدق أمانة والكذب خيانة".
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah dilantik untuk mentadbir urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang terbaik dari kalangan kamu. Bersikap benar itu adalah satu amanah dan berdusta itu satu pengkhianatan.”
Begitulah juga kata-katanya:
أطيعوني ما أطعت الله ورسوله، وإذا عصيته فلا طاعة لي عليكم"
“Taatilah aku selama mana aku mentaati Allah dan Rasul-Nya. Sekiranya aku mengingkari Allah, maka pada waktu itu janganlah kamu mentaati aku.”
Demikian juga kata-kata Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab R.A. yang telah membuka timur dan barat:
"إذا رأيتم في اعوجاجا فقومه "
“Sekiranya kamu melihat aku menyeleweng daripada jalan kebenaran, maka perbetulkan aku.”
Maka datangkanlah hujah-hujah kamu, sekiranya kamu berada di atas jalan kebenaran dan bawalah para ulama rasmi lantikan kamu yang bergantung harap kepada kamu sekiranya para ulama yang kamu penjarakan itu tidak berada atas jalan kebenaran atau atas jalan kesesatan. Ini termasuk akhlak orang-orang yang beriman, walaupun dalam hati-hati mereka itu hanya mengandungi sebesar zarah nilai cinta mereka terhadap Islam dan ahlinya.
Sebelum tiba ajal kamu yang mana kamu tidak melarikan diri daripadanya walaupun kamu berada dalam bangunan yang kukuh, ketahuilah sesungguhnya ketaatan yang mutlak hanya kepada Allah dan Rasul-Nya yang maksum yang tidak berbicara berdasarkan hawa nafsu.
Firman Allah:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (58) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59 ((النساء : ٥٩-٥٨)
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (58) Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.(59)” (Al-Nisa: 58-59)
Sesungguhnya ketaatan kepada para pemerintah dan ulama merupakan ketaatan yang bersyarat. Maka ayuhlah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.
Firman Allah:
وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ (الشعراء: ٢٢٧)
“Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.” (Al-Syuara: 227)
ABDUL HADI AWANG 
Presiden PAS - HARAKAHDAILY 2/10/2018

(Surat ini telah dihantar kepada para pemimpin dunia Islam dengan judul asalnya dalam Bahasa Arab bertajuk: اعتقال العلماء والإسلاميين ومحاكمتهم)

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

11 comments:

ted manoff said...

Selamat sejahtera dan selamat pagii tuan ibnu..dh beraq belom..arab mmg xboleh pakai..hadi hanya saekor nyamuk yg menghurung telinga pemimpin arab saja..arab kalau berperang sesama sendiri mmg pakar tapi diam bila israel mengganas..padan muka arab..kikiki..

Sayed Noordin said...

Manusia yang hatinya busuk ..memang berbagai ragam di planet tuhan ini.

Anonymous said...


Zalim jika yang di tangkap ada lah dari kelompok pemikiran yang sama atau dari penentang-penentang yang tidak bersetuju dengan pemerintah.

Ulama dan aktivis islah dan barisan kepimpinan dalam gerakan Islam perlu memberi pandangan berbentuk nasihat bukannya memberi pendapat yang keras atau cara berpolitik.

Antara ulama pun ada yang saling tidak menghormati pandangan dan kedudukan masing-masing. Ulama tersebut senyap apabila ulama yang sering tidak sehaluan dengan nya di kecam.

Malah apabila di cabar berdebat ada yang menolak dengan berbagai-bagai alasan.

Anonymous said...

Pas ade ramai pejuang islam...lobai hadi nak bela ulamak...hantarlah pejuang islam pas bebaskan ulamak yg di tangkap dan penjarakan pemikiran mereka...

Hadi seorang ulamak?..badan mana yg beri pengiktirafan hadi sebagai ulamak?...ulamak yg beri perintah pangkah umno ato pas saja...
Yg biasa dipanggil ulamak alim yg boleh karang kitab mengajar dan beri pendapat dan hujjah...hadi hanye setakat boleh buat amanat sesat....

Lobai hadi jugak menipu bila menyatakan ketua persatuan ulamak dunia yusof qadrawi memberi fatwa haram parti Amanah...lgi lobai hadi tipu kononnye mewakili persatuan ulamak bermesyuarat dgn dyiah Iran di tehranm

Layak ke lobai hadi dipanggil ulamak?...layak ke penipu dipilih sebagai wakil rakyat?..

Lobai hadi berani ker mengecam negara arab yg tangkap ulamak?...

Pas mundur dibawah kepimpinan lobai hadi penipu....

Anonymous said...

Pagi-pagi puak anti Islam memulakan komen dengan yang busuk-busuk. Begitulah tabiat geng anti Islam, mencarut adalah zikir hariannya. Lepas itu mengutuk pimpinan Islam dan ulamak.

Mereka meneruskan jadi babi tunggang si kulup. Bosnya sanggup jadi penarik beca Kit Siang, demi dapat gelaran PM. Group cycbertooper mereka didedakkan beroperasi mempertahankan PH hingga sekarang.

Jadi tidak hairan serang ke atas Islam dan ulamak akan berterusan.

Ha ha ha .

cik siti said...

Setuju.

ted manoff said...

Cik Siti gatal.

Anonymous said...

Nasib baik kat malaysia pas hanya sebuah parti. Pemimpinnya terdiri dari ahli politik shj. Bukan ulamak. Setakat ijazah biasa je

Anonymous said...

Nak suruh komen yg sedap tapi yg busuk..pooraah.

Anonymous said...

Hina arab hina nabi. Jgn celupar sangat.

Anonymous said...

Lebih baik banding lulusan sastera atau doctor atau sains politik. Zero iman. Lagi haru banding dengan lulusan ulamak. Kalau ulamak pun belum pasti, yg bukan ulamak lagi tak pasti. Kalau kafir konfirm jadi bahan bakar kecuali jadi muslim.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails