Tuesday, October 02, 2018

Dr Boo: DAP,PKR,Amanah=1, Elak Jadi BN 2.0. PPBM Mana? DAP Tidak Perkauman?


DAP, PKR, Amanah harus bercantum jadi satu, kata bekas Pengerusi DAP johor

PETALING JAYA: Bekas pengerusi DAP Johor berkata partinya, PKR dan Amanah harus mempertimbangkan “percantuman besar” menjadi 1 parti politik dalam usaha menyingkir politik perkauman. 

Dr Boo Cheng Hau berkata 3 parti itu merupakan komponen parti tidak berasaskan kaum dalam gabungan pemerintah. 

Bekas Adun Skudai berkata langkah itu akan memaksa parti seperti Umno, PAS dan PPBM “menjauhi politik suku seperti apartheid”. 

“Ini akan membuka parti itu kepada semua rakyat dalam usaha menuju politik tanpa perkauman yang akan membawa Malaysia dan Asia Tenggara menjadi negara maju dan rantai yang aman dan makmur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Boo yang lantang mengkritik politik berasaskan kaum sekali lagi menggesa PPBM meninggalkan ideologi berasaskan kaum kerana ia bertentangan dengan sebab-sebab penubuhan Pakatan Harapan. 

“Jika tidak, PH lama-kelamaan akan menjadi BN 2.0 dan berulangnya dominasi satu kumpulan etnik ke atas lain-lain dan mengorbankan nilai dan prinsip besar seperti tadbir urus yang baik, integriti dan egalitarianisme.” 

Pada September, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan identiti berasaskan kaum sebagai realisitik kerana rakyat masih terbahagi mengikut garis perkauman. 

Perdana menteri berkata walaupun partinya dikritik, hakikatnya adalah semua parti politik memilih calon berpandukan kaum majoriti di kawasan yang ditandingi. 

Terdahulu Boo mengingatkan sebarang bentuk kerjasama antara Umno dan PAS akan memecah-belahkan masyarakat. 

Hubungan antara 2 parti itu semakin baik tahun lepas, apabila pemimpin Umno dan PAS berkongsi pentas dalam beberapa acara. 

Hubungan kedua-dua parti itu semakin kuat selepas pilihan raya umum 9 Mei, terutama pada pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis dan DUN Seri Setia apabila mereka saling memberi laluan dan menyokong calon. 

Bulan lepas, pemimpin Umno menghadiri perhimpunan tahunan PAS di Terengganu dan pemimpin PAS menghadiri perhimpunan tahunan Umno beberapa hari lepas.

MR : DAP sangat takut jika UMNO dan PAS boleh bekerjasama politik untuk menetang PH....

MINDARAKYAT

13 comments:

Anonymous said...

Parti berasas kaum bukan masalah, yang jadi masalah ialah pemerintah MENGKHIANATI amanah yang rakyat berikan sebagai pemerintah negara dengan segala macam tipudaya terhadap rakyat umum yang majoritinya `bodoh` tentang pemerintahan / ekonomi / perundangan / AGAMA , untuk kemewahan dan kesenangan diri perdana menteri, menteri2, pegawai2 tertentu, kroni2 dan ahli2 parti sahaja.

`PECAH PECAHKAN DAN PERINTAH` inilah kaedah PENJAJAH Nasara / Yahudi / kafirun yang kini digunakan oleh pemerintah Malaysia yang kononnya Melayu Islam.

Anonymous said...

sokong tun. sebb parti tidak mewakili seluruh kaum walaupun parti itu asas kaum. pembahagian pengundi masih berasas kaum. perkauman adalah naluri manusia tapi yg melampau adalah tidak baik. walaupun asas agama yg dianggap syumul dn tidak perkauman tp jika melampau ia jd tk baik.

yg penting bukan jenama tp pembawakan pemimpin adakah bersifat menindas kaum lain atau tidak.

Anonymous said...

yg pecahkn pr dulu pun pas la. so pas kira agen penjajah lah. umno pecah sebb sendiri yg pecahkn dgn buruk laku pemimpin mereka. yahudi xcampur pun.

Anonymous said...

October 2, 2018 at 10:29 AM
'yg pecahkn pr dulu pun pas la.' Sila buktikan itu.
Sebenarnya angkara DAP, mulanya sokong perundangan Islam, lepas tu tolak. Baru pecah!

Saya boleh beri hujah, tapi kamu beri hujah kamu dulu..

Anonymous said...

punca pecah tu ruu355 dr pas, tp kenapa lepas pecah pas tk buat pun 355?

itu bukti pas yg sekongkol dgn umno utk pecahkan pr semata2 buatkn nk buat 355 pun.

Anonymous said...

Masa tak nak kerjasama dgn umno dilabelkan kapir...bila nak kerjasama tak kapir lagi...itulah pas yg tolol..

Anonymous said...

Asalnye hudud kemudian tukar ruu355.. Itu lah puncanye..
.dah baham 90 jota heboh ruu 355... Lepas tu sepi tanpa berita....permainan lobai tonggang agama..

Anonymous said...

Pas sebenarnye tak reti pasal hukum hudud...

Anonymous said...

pas umno dh kerjasama pun.. gilir2 bertanding di prk. masih kalah juga. masih tk menjadi. itu saja pun kaedah kerjasama iaitu satu lawan satu. calon bebas blh diabaikn.

masalah bukan kerana mereka tk kerjasama tp menunjukkn sikap permusuhan terhadap bangsa lain dn agama lain. dn sekongkol dgn penyelewengan wang dn agama.

dulu pas diterima bangsa dn agama lain tp sekrng oleh kerana pas yk kuat kuat akidah..takut jd kafir sbb bersama dap maka hilanglah pengaruh pas utk mndapat undi rakyat malaysia. rapuh betul rupanya akidah pas ni. sedangkn bkn islam tktakut pun jd islam dgn sbb kawan dgn pas.

itulah masalah pas umno.

Die Ngerawat said...

Takbir hidup PAS Dan Islam melayu Dan mampos lah DAP Pan PKR Dan parti firaun

Anonymous said...

Yg keluar parti pas utk tunduk pada dap ialah sabu and the gang. Dap tu wakil yahudi di asia. Pas tak tunduk pada dap sebagaimana pan. Dap kata 1+1=3, pan pun kata betul. Pan adalah perosak agama kerana dipimpin oleh liberal sekular dan syiah.

Anonymous said...

Abu jahal dulu arab, dia tolak islam walaupun nabi saw pun arab. Sama mcm pan tolak pas yang bawa islam. Melayu liberal tolak islam ahli sunnah wal jaaah.

Unknown said...

Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu, selepas membenarkan rayuan SIS terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 Jun 2016 yang menolak permohonan SIS, Pengasasnya Zainah Mahfoozah Anwar dan Zaid untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat.

Pertubuhan liberal pimpinan zainah dan zaid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails