Thursday, October 25, 2018

Mungkir Bayar Royalti, Pembangunan T'ganu Tergendala -Haji Ahmad


KUALA LUMPUR, 25 Oktober - Terdapat banyak pembangunan dan projek di Negeri Terengganu tergendala disebabkan hasil royalti yang masih tidak diterima seperti mana yang dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, kerajaan negeri telah pun membuat kiraan belanjawan untuk pembangunan di Terengganu, tetapi semuanya tertangguh kerana kerajaan pusat memukiri janji untuk memulangkan hak royalti milik Terengganu.

“Belanjawan kita telah mengambil kira penerimaan dari royalti kerana kerajaan yang ada ini adalah kerajaan baharu.
"Kerajaan Persekutuan telah berjanji kepada rakyat untuk memulangkan royalti lebih awal.
"Elok-elok kita buat perkiraan, tiba-tiba segalanya tertangguh kerana royalti tidak dibayar sebagaimana dijanjikan. Ini tidak sepatutnya berlaku," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berbahas di Dewan Parlimen, kelmarin. Dalam perkembangan yang sama, menurutnya, tindakan kerajaan ini seolah-olah kerana dendam politik dan khianat kepada kerajaan negeri.

“Pembangunan negeri yang tergendala, projek-projek yang terpaksa ditangguhkan kerana mendahulukan perkara yang lebih penting datang dari tindakan yang seolah-olah dendam politik dan khianat.
"Ianya berulang seperti mana yang kita dakwakan sebelum ini kepada kerajaan yang memerintah sebelum ini.
“Tambahan pula, kita dapat tahu, Petronas telah membayar wang royalti ini kepada Kerajaan Persekutuan. Jadi, ke mana wang ini pergi?," soalnya yang mahukan penjelasan. (Teganukita)

Hasil carian imej untuk katun lim guan eng biadap
Hasil carian imej untuk katun lim guan eng biadap

9 comments:

ted manoff said...

Padan muka kena game dgn tun..kikikiki..

Anonymous said...

Ted ni tak tidur ke. Sentiasa ada untuk berfitnah. Selamat dunia akhirat.

Anonymous said...

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dengan muka tak bersalah, keluarkan kenyataan memuji dirinya sendiri dan cuba untuk memburukkan kerajaan BN...

Kononnya bahawa situasi kewangan untuk tempoh 4 bulan dari Mei'18 hingga Ogos'18 di bawah kerajaannya adalah lebih berbanding tempoh Januari'18 hingga April'18 di bawah kerajaan BN...

Guan Eng dakwa hasil negara lebih tinggi manakala perbelanjaan lebih rendah berbanding empat bulan pertama tahun ini...

Guan Eng kata ini bukti dia lebih 'pandir' kerana mengamalkan prinsip C.A.T...😂😂😂

Mungkin huruf 'T' dalam CAT ini bermaksud 'Tipu' atau 'Temberang'...😉😉😉

Kalau nak menipu pun, agak2lah Lim Guan Eng...😝😝😝

Anonymous said...

PAS yang bebal gatal bersongkol dengan UMNO tiga penjuru ..

Jika PAS jujur menjauhi UMNO mungkin nasib Kerajaan PAS tak se begini.

Tak logik lah buat perancangan dengan menganggap terima duit dari mana-mana..

Dalam hal ini jika PH yang menang pun belum tentu dapat royalti kerana semasa BN beberapa pemimpin mengatakan luar kawasan dengan menjelaskan perjalanan masa nenaiki bot sebagai ukuran kawasan.

Jika perangai pemimpin PAS macam ini sampai mampos tak dapat royalti kerana UMNO yang tak bagi pun PAS boleh dan sanggup bergabung .. Tidak menghairankan jika UMNO bekuasa kembali dengan mengkhianati PAS, pemimpin mereka PAS akan berkerjasama pulak dengan PH.

Anonymous said...

Menteri mana boleh berbohong.. Menteri terikat dengan angkat sumpah jawatan.. Selain Mahathir dan Wan Azizah, LGE ada lah yang terawal angkat sumpah..

Rekod LGE sebagai ahli politik sangat cemerlang berbanding dengan ahli politik PAS yang tidak bersuara kes liwat 2..

PAS tak rasa bersalah dan berdosa kah apabila Anwar di beri pengampunan penuh ?

Anonymous said...

Pas pegi lah korek sendiri telaga minyak...pas tak berkongsi dgn petronas gali minyak...minyak di korek diluar dari negeri terengganu..

Anonymous said...

Masa ajak join lawan umno pas jual mahal...sekarang urus lah sendiri..

cik siti said...


Orang K'tan takde masalah, babi tunggang si kulup yg bermasalah. Buktikan mana orang ktan yang kerja tak dapat gaji? Kjan Pusat yg rampas hak rakyat Ktan-T'ganu. Semua negeri dapat hak. Mengapa Ktan T'ganu dinapikan hak? Kerana ramai orang Islam? Cukai diambil, hak dirampas.

Orang yg percaya pada Allah tidak pernah takut pada ugutan ekonomi puak otak dijajah itu. Kita yakin Allah Maha Berkuasa. Mereka yang berjaya perintah m'sia bertuankan kafir bukan bererti mereka benar..

Yang batil pasti hilang lenyap. Itu firman Allah!

ted manoff said...

Tolong jawab cepat! malu kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails