Saturday, October 13, 2018

Mahkamah Tolak Pengendali Laman FB Kaji Pembebasan LGE

Mahkamah Tolak Pengendali Laman FB Kaji Pembebasan LGE


GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi di sini hari menolak permohonan difailkan pengendali laman Facebook Mohsin Abdul Latif untuk mengkaji dan menyemak semula keputusan mahkamah yang melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon daripada pertuduhan rasuah.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail dalam keputusannya berkata pemohon selaku pengadu dalam kes ini tidak mempunyai locus standi untuk menfailkan permohonan berkenaan.
“Berbalik pada isu locus standi, pemohon adalah pengadu dalam kes ini dan bukannya tertuduh. Untuk kes jenayah mengikut Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan hanya Peguam Negara yang mempunyai kuasa untuk sama ada tuduh, atau tidak tuduh, tarik balik. Kuasa itu hanya boleh dibuat oleh Peguam Negara dan bukannya mahkamah.
“Orang lain tidak boleh bercakap, Peguam Negara yang ada kuasa. Suka atau tidak suka kena ikut Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan ini,” katanya.
Beliau berkata bagi kes jenayah, sekiranya mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh menfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan.
Selain itu beliau berkata menerusi Seksyen 278 Kanun Prosedur Jenayah jelas menunjukkan bahawa mahkamah tidak boleh ubah atau semak permohonan tersebut.
“Saya menerima hujahan bantahan awal yang dikemukakan pihak responden, apa yang dihujahkan memang tepat dari segi undang-undang .Mahkamah tidak boleh bertindak sesuka hati, mahkamah kena patuhi undang-undang,”
“Setelah mengkaji keseluruhan keterangan dan undang-undang di bawah Seksyen 278 Kanun Prosedur Jenayah memang pemohon tidak ada locus standi dan permohonan pemohon ditolak,” katanya.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhujah pemohon tidak mempunyai locus standi bagi menfailkan permohonan tersebut.
Sementara itu peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Lim pula berhujah Seskyen 278 Kanun Prosedur Jenayah jelas menyatakan mahkamah itu tiada kuasa untuk menyemak dan mahkamah tinggi hanya boleh menyemak keputusan yang dibuat oleh mahkamah rendah.
Di luar mahkamah, peguam Gunamalar Joorindajn yang mewakili pengadu memberitahu pemberita beliau menghormati keputusan yang dibuat mahkamah dan akan menfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya dalam tempoh terdekat.
Pada pertengahan September lepas, Mohsin memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mendapat perintah bahawa keputusan berkenaan perlu dikaji semula dan diketepikan atau diubah dan digantikan dengan perintah Lim dan Phang dilepaskan tanpa dibebaskan.
Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 278 Kanun Prosedur Jenayah.
Dalam permohonan itu, Mohsin menamakan Timbalan Pendakwa Raya SPRM sebagai responden pertama, Lim sebagai responden kedua dan Phang responden ketiga.
Pada 3 September lepas, Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaskan Lim yang kini Menteri Kewangan dan Phang daripada pertuduhan rasuah berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran berikutan permohonan peguam Ramkarpal dan peguam Datuk V. Sithambaram serta peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Phang, supaya anak guam mereka dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan itu. – BERNAMA

6 comments:

Anonymous said...

Si pengadu ni tak tahu perlembagaan...dia rujuk kpd peguam seblm bawak kes ke mahkamah?...

Aku ingat dia ade bukti kukuh guan eng rasuah beli banglo...

Anonymous said...

Jabatan Peguam Negara: Tuduhan rasuah Guan Eng gugur kerana bukti baru

Bernama - September 4, 2018 9:57 PM
277
Shares

Jabatan Peguam Negara berkata, Tommy Thomas sudah menarik diri daripada semua perbincangan dan keputusan berhubung pendakwaan rasuah ke atas Lim Guan Eng.
KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tommy Thomas tidak campur tangan dalam keputusan tidak meneruskan pendakwaan rasuah terhadap bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon, sebaliknya ia dibuat Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.


Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.
Hanafiah dalam kenyataan hari ini berkata, jelas dinyatakan dalam kenyataan akhbar bersama yang dikeluarkan 2 Ogos lalu oleh Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek dan Peguam Cara Negara II, Datin Paduka Zauyah Be Loth Khan yang Thomas sudah menarik diri daripada semua perbincangan berkaitan kes itu.

Oleh itu, Hanafiah berkata, beliau bertanggungjawab membuat keputusan terhadap representasi yang dikemukakan Lim dan Phang, memandangkan beliau tidak terlibat dalam apa cara sekali pun dalam kes itu sebelum ini.

“Justeru, saya boleh mempertimbangkan perkara itu dalam perspektif baru dan setelah diserahkan tanggungjawab itu, saya meneliti keterangan daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukti yang dikemukakan dan telah diuji, dan hasil daripada soal balas ke atas saksi pendakwa setakat ini, bukti yang menyokong pertuduhan pertama di bawah Seksyen 23 Akta SPRM dan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan telah dilemahkan secara substantif.



“Kesimpulan itu diperoleh berdasarkan keterangan baru hasil daripada pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan.

“Selepas membuat kesimpulan itu, saya berpendapat saya tidak akan dapat menunaikan tanggungjawab saya sebagai timbalan pendakwa raya untuk membiarkan kes ini diteruskan selepas mengetahui kes terhadap Lim dan Phang tidak akan berjaya di akhir kes pendakwaan.

“Justeru, saya mengambil keputusan untuk mengemukakan ‘nolle prosequi’ (memberhentikan pendakwaan) terhadap kedua-duanya, Lim dan Phang, mengikut Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah (CPC),” katanya.

Hanafiah menjelaskan pada 7.18 pagi semalam, beliau menyampaikan keputusannya itu kepada Datuk Masri Mohd Daud yang juga pengarah Bahagian Undang-undang dan Pendakwaan SPRM yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes itu

Anonymous said...

Mamak ni mcm Ramesh Rao dan geng2 upahan lain yg kacau CEC DAP, dan kacau pendaftaran Bersatu jadi haram.

Semua dapat dedak duit curi Najib jadi agen provocateur kali ni nak frame LGE.

Masa di mahkamah awal apabila kena soal, Mamak ni terkedu2 tak reti nak jawab, betul2 tunjuk kan perangai macai ikut telunjuk boss2.

Anonymous said...

Tinjauan: Anwar di depan, PAS mungkin hilang deposit

12 Okt 2018, 9:33 malam (Dikemaskini 12 Okt 2018, 9:41 malam)

A A
PRK PD | Calon Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berpeluang paling besar untuk memenangi pilihan raya kecil Port Dickson esok, menurut satu kajian Ilham Center.

Dalam satu kenyataan, pengarah eksekutif Ilham Centre Azlan Zainal berkata tinjauan itu melibatkan 817 responden di kawasan parlimen itu, menggunakan kaedah pensampelan rawak, antara 8 dan 11 Oktober lalu.

Tinjauan itu juga menunjukkan Isa Samad merupakan pencabar terdekat Anwar, manakala PAS mungkin kehilangan depositnya.

"Tumpuan hari-hari akhir kempen bertumpu kepada arah dan pola pengundian di kalangan pengundi Melayu-Umno untuk membuat keputusan dalam pilihanraya ini.

"Ternyata pengundi Umno yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU-14 lalu berada dalam situasi yang tidak dapat ditelah dengan tepat.

Anwar calon tunggal paling terkehadapan

"Pilihan mereka sama ada mengundi Tan Isa Samad bekas pimpinan Umno... mengundi calon PAS atas dasar Islam-Melayu... atau mengundi Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Umno telah tewas teruk di sini...

"Calon nombor 1, Anwar Ibrahim selesa dengan kelebihan undi bukan Melayu dan kedudukan ini gagal dicabar oleh calon-calon lain," kata Azlan.

Beliau berkata kajian itu menunjukkan Anwar yang menang tanpa bertanding Presiden PKR terlalu kuat untuk dicabar dalam PRK ini.

"Menuju saat-saat akhir pembuangan undi, Anwar kekal menjadi calon tunggal yang paling terkehadapan dalam siri kempen yang dilakukan.

"Gerak kerja kempen yang lebih tersusun, jentera yang berpusat di setiap pusat pengundian dan variasi bahan-bahan kempen yang boleh dilihat sekitar Port Dickson.

Anonymous said...

Ape pas hilang deposit?...orang islam pon tak mao pangkah pas..

Puaka Rimba said...

Mahu hilang akal chief Lobai ,kalau PAS hilang deposit.Hehehekikikihahahakahkahkah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails