Thursday, October 04, 2018

Kes Kevin Morais: Mengarutlah Saya Tawar RM3.5 Juta – Najib




KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dakwaan tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan Datuk Anthony Kevin Morais bahawa beliau menawarkan RM3.5 juta kepadanya untuk mengaku melakukan pembunuhan itu sebagai mengarut.
Katanya, ada tujuh individu dituduh dalam kes pembunuhan timbalan pendakwa raya berkenaan dan hanya tertuduh ketujuh membuat dakwaan sedemikian.”
“Hanya orang kena tuduh (OKT) yang ketujuh tiba-tiba mendakwa saya menawarkan RM3.5 juta melalui seorang pegawai penjara yang tidak dinamakan untuk mengaku membunuh Kevin.
“Sebelum menuduh saya, OKT ketujuh ini juga pernah menuduh adik kepada Kevin Morais menawarkan RM2 juta kepadanya untuk mengaku membunuh Kevin.
“Sebulan sebelum itu, OKT ketujuh juga mendakwa bahawa Dr Kunaseegaran yang turut didakwa dalam kes ini menawarkan RM1.5 juta bagi mengaku membunuh Kevin.
“Tuduhan OKT ketujuh ini kini membabitkan nama saya, nampaknya sangat mengarut,” katanya dalam kenyataannya seperti dilaporkan sebuah portal berita malam tadi.-BH.

6 comments:

ted manoff said...

Tembak lagii pak asim..kikiki..peng!peng!peng!..tapii apasal setiap kali tuan ibnu tembak pelurunya selalu kena pas..kikiki..

Anonymous said...

Peluru kapur...

Anonymous said...

Ted anti pas yg mana pas sahaja istikomah perjuangkan islam dimalaysia. Tak peliklah kenapa ted dan barua keldai tungangan kafir selalu berusaha memburuk2kan pas.

Anonymous said...

pas puashati kena tembak.

Anonymous said...

kira pas saja islam la? sampai hindu pun bg fatwa dosa undi anwar dipentas pas. WTH

Anonymous said...

mcm tk logik diupah utk ngaku bunuh. sure kena hukum gantung..then duit duit tu tkguna dah. klu diupah urk tk mngaku atau jgn dedah dalang tu logiklah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails