Sunday, September 30, 2018

Bantah Pencalonan Anwar, PAS Kesal Sikap SPR..


PORT DICKSON: Satu bantahan telah dikemukakan oleh PAS kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kelayakan calon Pakatan Harapan (PH), Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.
PAS kesal dengan tindakan SPR yang tetap menerima permohonan calon PH itu walaupun pada awalnya SPR telah menerima surat bantahan daripada pencadang calon PAS yang membantah pencalonan Anwar.
Mengulas lanjut tentang perkara itu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, bantahan itu dibuat susulan perkara 42 Perlembagaan Persekutuan hanyalah merujuk kepada pengampunan terhadap pelaksanaan hukuman sama ada meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman, bukan bermaksud membatalkan secara langsung sabitan kesalahan jenayah. (Foto atas: Takiyuddin menunjukkan surat bantahan terhadap pencalonan calon Anwar.)
"Surat bantahan itu telah diterima oleh pegawai pengurus SPR dengan menandatangani borang bantahan tersebut. Sepatutnya pegawai SPR perlu maklumkan bantahan tersebut diterima atau ditolak tetapi pegawai pengurus SPR tidak membuat keputusan sama ada diterima atau tidak bantahan ini.
"Ini adalah soal undang-undang yang dibawa oleh Ramli Ismail selaku pencadang kepada calon PAS, Mohd Nazari Mokhtar. Jadi kita menuntut kepada SPR supaya memberitahu kepada rakyat Malaysia kenapa bantahan ini tidak diberikan keputusan sama ada diterima atau tidak," katanya yang turut mengiringi calon PAS pada penamaan calon PRK Parlimen Port Dickson, pagi tadi.
Pada pandangan beliau, bantahan itu amat berasas berdasarkan undang-undang.
Beliau menuntut SPR supaya membuat keputusan mengenai bantahan itu sebelum proses pilihan raya yang akan diadakan pada 13 Oktober ini. – HARAKAHDAILY 29/9/2018

5 comments:

Anonymous said...

PRK Malatop..
Abang Nuar lawan Dik Ipul..
Malatop...

Anonymous said...

Kuasa pengampunan diraja dinyatakan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Ia memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi ampun, menunda hukuman dan melegakan hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera dan kesalahan-kesalahan di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Perkara 42 juga memperuntukkan kuasa pengampunan bagi raja-raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi kesalahan yang dilakukan di negeri masing-masing tetapi tidak termasuk kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera.

Perkataan ‘pengampunan’ yang digunakan pada tajuk Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bukan semata-mata merujuk kepada pengampunan kepada kesalahan yang dibuktikan, tetapi ia juga merangkumi kuasa untuk menunda hukuman atau melegakan hukuman, iaitu termasuk meremitkan, menggantung dan meringankan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah dalam proses keadilan.

Implikasi undang-undang yang paling besar impaknya dalam hidup orang yang telah dijatuhkan hukuman salah dan telah menjalani sebahagian besar hukuman tersebut ialah dia telah bebas dari semua tuduhan yang dijatuhkan kepadanya dahulu.

==============================

Lelebai wala`unta Pas tak faham klausa perlembagaan / undang2 tapi saja nak tunjuk lebai memang `BEBAL` apa lagi dlm keadaan KETAKUTAN yg AMAT SANGAT di PD sekarang ni!

WALA`UNTApas===================>HAMpas!

Anonymous said...

Pak Ibnu...jangan lupa makan ubat

Anonymous said...

Untuk memenangkan liberal, salah laku liwat pun boleh diterima sebagai pemimpin. Kalau di sekolah rendah pun budak2 tahu kriteria utk pilih pemimpin. Tapi ph jahil bab hukum dan moral, apatah lagi hukum hakam agama. Hebat pidato tapi moral kosong, ke mana arah tuju, melainkan arah jahil yang jadi pegangan puak puak kafirun serta dibantu oleh liberal, sekular dan dwi filosofi. Malang sekali bagi puak liberal, sekular dan sebagainya memburuk2kan golongan agamawan yang membela agama, bangsa dan negara. Hanya sekadar peruntukkan ringgit, menjadi buta value.

Anonymous said...

Ape bsntah2... Lawan lah..nak menang free ker?...nak lawan tapi takut plak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails