Wednesday, May 23, 2018

Waspada 5 Langkah Liberalisasi Agama Islam




KAUM Liberalis dan Sekular telah gencar menyebarkan propaganda yang nampak Islami. Berikut aneka Propaganda Liberal dan jawapan kontra-logika sesat terkait :
Propaganda solat 
“Buat apa solat kalau riyak tidak ikhlas, kerana tidak diterima oleh Allah S.W.T. Lebih baik bersihkan hati dulu, nanti kalau sudah ikhlas tidak riyak, maka baru solat agar diterima oleh Allah S.W.T.”
Tujuan:
Kalimat ini bertujuan untuk pembenaran meninggalkan solat dengan “dalih” pembersihan hati dulu.
Jawapan:
Wajib solat walau masih riyak belum ikhlas, kerana solat adalah kewajipan agama. Setiap Muslim, ikhlas ataupun riyak, rela ataupun terpaksa, tetap wajib mendirikan solat.
Dan solat adalah benteng dari segala perbuatan keji dan mungkar, termasuk riyak, sebagaimana Firman Allah S.W.T:
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(al-Ankabut: 45)
Justeru itu, solat adalah ubat hati yang boleh menyembuhkan dan menghilangkan penyakit hati seperti riyak dan ujub. Bagaimana penyakit hati boleh sembuh tanpa mendirikan solat?!
Propaganda jilbab
“Lebih baik tidak pakai jilbab, tapi hatinya baik, daripada pakai jilbab tapi hatinya busuk." Dan kalimat yang bercelaru ini, "Lebih baik jilbabkan (jaga) hati dulu supaya baik. Baru menjilbab (jaga) fizikal kemudian."
Tujuan:
Kalimat ini bertujuan untuk membenarkan tidak berjilbab dengan “dalih” yang penting hatinya baik.
Jawapan:
Jilbab adalah kewajipan agama, baik si pemakai berhati baik mahupun buruk, maka jilbab tetap wajib dikenakan oleh para wanita Muslimah sesuai dengan ketentuan Syariat, sebagaimana Firman Allah S.W.T:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
 (al-Ahzab : 59)
Justeru itu, jilbab juga termasuk ubat hati yang akan ikut merangsang penyembuhan penyakit hati, sekali gus identiti Muslimah yang jadi benteng dari segala gangguan.
Kerananya, lebih baik memakai jilbab dan berhati baik, daripada berhati baik tanpa jilbab, apalagi berhati busuk tanpa jilbab.
Propaganda kepemimpinan 
“Lebih baik Pemimpin Kafir asal jujur, adil, baik, cerdas dan bekerja keras, daripada Pemimpin Muslim yang khianat, jahat, bejat, bodoh dan pemalas.” Dan kalimat yang bercelaru ini, "Lebih baik golongan putih daripada memilih Pemimpin Muslim yang 'kurang' Islamik."
Tujuan:
Kalimat ini bertujuan untuk membolehkan orang Kafir memimpin umat Islam di wilayah majoriti Muslim. Dan meniadakan pemimpin Muslim.
Jawapan:
Berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah serta al-Ijma’ bahawasanya orang Kafir haram memimpin umat Islam di Negeri Islam atau di wilayah majoriti Muslim.
Kepemimpinan dalam pandangan al-Quran bukan sekadar Kontrak Sosial antara sang pemimpin dengan masyarakatnya, tetapi merupakan Ikatan Perjanjian antara dia dengan Allah S.W.T, sebagaimana termaktub dalam Firman-Nya :
وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ
"Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.""
(al-Baqarah: 124).
Kerananya, lebih baik Pemimpin Muslim yang jujur, adil, baik, cerdas dan bekerja keras, daripada Pemimpin Kafir yang jujur, adil, baik, cerdas dan bekerja keras, apalagi Pemimpin Kafir yang khianat, jahat, bejat, bodoh dan pemalas.
Propaganda politik 
“Islam itu suci dan Ulama itu mulia, sedang politik kotor. Kerananya, jangan bawa Islam dan Ulama ke dalam politik.” Dan kalimat yang bercelaru, "Islam yes, politik no." Serta kalimat yang bercelaru, "Islam yes, demokrasi no."
Tujuan:
Kalimat ini bertujuan untuk menjauhkan Islam dan Ulama dari politik agar para Politikus Durjana bebas dan leluasa mengatur negara dan bangsa sesuai “Nafsu Syaitan”-nya.
Jawapan:
Islam itu suci dan Ulama itu mulia, sedang politik (سياسي) itu penting untuk mengurus negara dan bangsa. Kerananya, hanya Islam yang suci dan Ulama mulia yang boleh masuk ke dalam politik agar tidak dikotori oleh para Politikus Durjana.
Kerananya, Islam menjadikan Kekhilafahan menjadi salah satu bab penting dalam Fiqh Islam. Dan Rasulullah S.A.W bersama Khulafa ar-Rasyidin R.A, telah mempraktikkan Politik Islam yang benar lagi bersih untuk menjadi suri teladan bagi segenap umat Islam.
Propaganda Tathbiq Syariah (Penerapan Syariah)
“Syariat Islam adalah aturan hukum yang bagus, saat diterapkan di zaman generasi terbaik “Sahabat”, maka hasilnya bagus.
"Sedang zaman sekarang generasi umat Islam sangat lemah dan tidak bagus, sehingga tak mampu menjalankan Syariah yang begitu lengkap. Kerananya, umat Islam saat ini jangan sibuk dengan perjuanganTathbiq Syariah dulu, tapi harus fokus kepada memperbaiki diri sendiri dulu.”
Tujuan:
Kalimat ini bertujuan agar umat Islam tidak lagi memperjuangkanTathbiq Syariah dengan “dalih” memperbaiki diri dulu.
Jawapan:
Syariat Islam adalah aturan hukum yang bagus, dan selalu dijalankan oleh para Sahabat, sehingga menjadi generasi terbaik.
Nah, generasi zaman sekarang yang lemah dan kurang bagus, justeru itu kerana tidak jalankan Syariat Islam dengan baik.
Kerananya, generasi sekarang wajib mencontohi para Sahabat dalam menjalankan Syariah yang begitu lengkap, sehingga boleh menjadi generasi yang bagus juga.
Ingat:
Dahulu para Sahabat sebelum masuk Islam merupakan generasi jahiliah yang buruk, lalu masuk Islam dan menjalankan Syariah Islam, sehingga menjadi generasi terbaik sebagaimana dipuji oleh Allah S.W.T dalam Firman-Nya:
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik."
(Ali-'Imran: 110)
Kesimpulannya, siapa yang ingin menjadi generasi terbaik, maka wajib perjuangkan Tathbiq Syariah, kerana Syariah-lah yang mampu mengubah peribadi dan masyarakat menjadi generasi terbaik.
Sumber: Anti Liberal News (Indonesia) 20 Januari 2016

3 comments:

Anonymous said...


Puak sekular liberal ini adalah khadam syaitan dan iblis yang berusaha menjauhkan manusia dari ajaran Islam, menyesatkan dan memurtadkan umat Islam. Bahkan puak sekular liberal ini berkerjasama dengan puak kafir harbi untuk melemahkan dan menghapuskan perjuangan Islam.

Malanglah manusia yang mengundi pemimpin sekular liberal kerana mereka menempah tiket ke neraka setiap kali pemimpin sekular liberal yang mereka undi menentang, menghina, mempertikai, menfitnah, memburuk-burukkan, mempermainkan atau menafikan ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Firman Allah dalam Surah Hud ayat 113:

Maksudnya: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

Anonymous said...

Good work and sharing ibnu. Alhamdulillah

Anonymous said...


Tahniah dan syabas kepada tuan ibnuhasyim kerana sudi mendedahkan strategi syaitan yang diamalkan oleh kaum sekular liberal untuk menipu dan menyesatkan umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails