Sunday, May 20, 2018

Wajarkah “Islam liberal” Angkat Sumpah Sebagai Menteri Pendidikan?

Dr. Maszlee Malik
Maszlee Malik yang akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Pendidikan mendedahkan bahawa sesetengah orang yang lebih ekstrim dalam Islam telah melabelkannya sebagai "Islam liberal" dan "pro-Kristian" .

PETALING JAYA – Maszlee Malik yang akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Pendidikan mendedahkan bahawa sesetengah orang yang lebih ekstrem dalam Islam telah melabelkannya sebagai “Islam liberal” dan “pro-Kristian”.

Mazlee yang memenangi kerusi Simpang Renggam dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 membuat pendedahan tersebut selepas sesetengah pihak dilaporkan melabelkannya sebagai “Islamis” .
Ketika ditanya Sinchew Daily mengenai label “Islamis” yang diberikan,  Maszlee berkata, ia merupakan usaha politik yang bertujuan mempermainkan sentimen agama dan kaum.
Beliau berkata, usaha ala Barisan Nasional (BN) itu bertujuan mengeruhkan hubungan kaum dan agama di Malaysia.
Maszlee berkata, label “Islamis” menimbulkan ketakutan orang ramai walaupun ada pihak lain yang melabelnya sebagai “Islam liberal” malahan “pro-Kristian” .
“Secara bandingannya, orang ramai lebih cenderung melihat saya sebagai seorang sarjana dalam agama Islam berbanding melihat kelayakan dan latar belakang pendidikan saya,” katanya.
Maszlee berkata, beliau sebenarnya merupakan orang yang memperjuangkan kebebasan bersuara dan tidak bersetuju dengan fahaman ekstrim malahan dirinya terlibat dalam usaha antipengganas.
Membesar dalam keluarga dan budaya Melayu, Maszlee mempunyai ibu keturunan Cina Hakka dan beliau juga mampu bertutur dalam bahasa Cina yang mudah.
Selain itu, beliau juga menguasai bahasa Arab moden dan klasik selain gemar menggunakan perkataan-perkataan Perancis dan Jerman yang mudah ketika berkomunikasi dengan ahli keluarga.
Dalam manifesto pilihan raya, Maszlee memperjuangkan pengurangan beban kerja cikgu, mengurangkan saiz kelas dan membebaskan guru daripada kerja-kerja perkeranian.
Pengumuman Maszlee sebagai Menteri Pendidikan mencetus perbincangan dengan peguam hak asasi, Siti Kasim berpendapat Maszlee tidak sesuai menerima jawatan itu kerana pendidikan masa ini sudah dipengaruhi secara kuat oleh agama.
Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming bagaimanapun menyokong pelantikan Maszlee dan berpendapat orang ramai tidak harus melihatnya sebagai sarjana agama Islam semata-mata.(malaysiagazette)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dikatakan Maszlee Malik 'mendedahkan bahawa sesetengah orang yang lebih ekstrem dalam Islam telah melabelkannya sebagai “Islam liberal” dan “pro-Kristian”'.

Mengapa dia menyamakan “Islam liberal” dengan “pro-Kristian”? Sedangkan pro-Kristian itu suatu yang baik selagi tidak menyalahi Islam. Tetapi 'Islam liberal' adalah ajaran sesat menyeleweng dari Islam.
Apa rahsianya dia menyamakan sikap baik sokong Kristian dengan suatu ajaran sesat yang ditentang oleh Islam?

Apa pula yang dimaksudkan 'fahaman ekstrim'? Katanya dia tidak bersetuju dengan fahaman ekstrim atau 'orang yang lebih ekstrem dalam Islam'? Apakah tokoh-tokoh agama di Malaysia seperti Mufti dan lain-lain dilebelkan sebagai ekstrim dan jumud?

7 comments:

Anonymous said...



Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 4 Ramadan 1439H, Ahad – Cadangan Ahli Parlimen PKR bagi kawasan Miri,Dr Michael Teo Yu Keng yang mahu mengusulkan pemansuhan agama daripada kad pengenalan disifatkan sebagai kurang ajar dan sengaja mencetuskan ancaman kepada agama Islam.

Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya berkata, usul seumpama itu dilihat sebagai satu cabaran bagi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, barisan Kabinet dan Ahli Parlimen lain.

Bahkan, ia juga adalah cabaran kepada seluruh umat Islam di negara ini, untuk melihat sejauh mana mereka sensitif menolak usul berkenaan.

“Inilah bahana politik tanpa asas agama, tetapi sekadar meraih undi. Ini juga merupakan kesinambungan Gerakan Pluralisme Agama (IFC) yang antaranya menuntut penghapusan agama pada kad pengenalan.

“Kenyataan YB Dr Michael Teo Yu Keng dianggap kurang ajar dan memberi ancaman kepada agama Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Kesal dengan perkara itu, Aminuddin berkata, cadangan seumpama itu membuktikan bahawa kemenangan kerajaan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu bukan saja kejayaan hapuskan kleptokrasi, tetapi juga bagi puak liberal yang giat menggugat agama umat Islam.

“Ini adalah usaha2 licik bagi menghilangkan rasa izzah umat Islam terhadap agama. Masyarakat akan celaru kerana tidak lagi akan kenal mana yg islam mana yg tidak.

“Malah ia akan menggalakkan gejala murtad di kalangan umat Islam di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr Teo Yu Keng yang dimuat naik di laman Facebooknya minggu ini, berhubung cadangan untuk mengusulkan pemansuhan status agama dalam kad pengenalan.

Katanya, dia bercadang untuk mengetengahkan satu usul supaya diluluskan di Parlimen, di mana agama dan bangsa tidak lagi dinyatakan dalam kad pengenalan.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/05/20/cadangan-ahli-parlimen-pkr-miri-kurang-ajar-ancam-islam/

KOMEN: INILAH HADIAH DARI MP PAKATAN UNTUK UMAT ISLAM YANG MENGUNDI PAKATAN. JIKA MP PAKATAN MENAFIKAN HAK AGAMA ISLAM DAN HAK UMAT ISLAM, PENGUNDI-PENGUNDI PAKATAN JUGA AKAN MENDAPAT DOSA BESAR KERANA MEMBERIKAN MEREKA KUASA UNTUK MENINDAS ISLAM DAN UMAT ISLAM!

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:

"Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangkan telaga di syurga." (Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)

Soalan untuk pengundi MP pakatan yang menentang Islam:

Berdasarkan hadis di atas, jika kamu menyokong dan mengundi pemimpin zalim yang menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam, kamu bukan umat Nabi Muhammad s.a.w. maka kamu umat siapa?

Anonymous said...

Tajuk untuk artikel 2:34 PM di atas :

Cadangan Ahli Parlimen PKR Miri kurang ajar, ancam Islam

Kemenangan PH juga kejayaan puak liberal gugat agama Islam: UMMAH


Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/05/20/cadangan-ahli-parlimen-pkr-miri-kurang-ajar-ancam-islam/

Anonymous said...


Jika seseorang bersekongkol dengan puak 'Islam' liberal yang sesat dan menyesatkan dan selalu mengambil bahagian dalam forum liberal bersama dengan pemimpin-pemimpin 'Islam' liberal yang sesat dan menyesatkan dari luar dan dalam negara, maka dia tergolong kepada puak liberal tersebut.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda (yang bermaksud) “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik.

Puak 'Islam' liberal inilah puak ekstrimis yang mengancam agama Islam dan berusaha menyesatkan umat Islam di seluruh dunia dengan menolak Sunnah, menentang ajaran Islam dan mentafsirkan Al-Qur'an mengikut kejahilan dan hawa nafsu serakah puak 'Islam' liberal.

Unknown said...

Nasib baik pas tak joint PH sebelum GE14, kalau tak liat mereka mahu PM dari kalangan mereka
Allah selamatkan PH dari gangguan puak2 ini. Kalau tidak sampai sekarang PM masih belum dilantik

Anonymous said...

Biawak lidah bercabang 4:24 pm berlagak nabi palsu setaraf dengan Musailamah Al- Kazzab menulis komen membodohkan diri biawak sendiri konon biawak boleh menerima wahyu .

Mana bukti konon 'Allah tak beri orang2 bodoh ni jadi pemerintah sebab bodoh sangat'?

Pelbagai dakwaan kamu tanpa sebarang bukti jelas menunjukkan kamu adalah penjaja fitnah.

Anonymous said...

Elok jer ko makan satay yeop

Anonymous said...

Alhamdulillah PAS tidak bergabung dengan puak sekular liberal dan puak kafir harbi.

Puak sekular liberal dan puak kafir harbi menyangka Allah telah selamatkan mereka walaupun mereka telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Sangkaan ini akan menjerumuskan puak-puak ini ke neraka jahanam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails