Sunday, May 20, 2018

Sekolah Tahfiz Dll Perlu Dimansuhkan? Satu Pemikiran Jahat, Astaghfirulah!



Untuk membina Bangsa Malaysia, sistem pengajian seperti sekolah Tahfiz, vernakular dan lain-lainnya, perlu dihapuskan. 

Demikian menurut Lt. Gen. Tan Sri Abdul Ghani Aziz (B). Ia berdasarkan kepada keterujaan yang ditunjukkan selepas PRU 14. 

“Kelihatan seperti sekarang ini, kita punyai kesempatan untuk membina Bangsa Malaysia yang buta kepada bangsa, etnik dan agama.” 

Ini kerana menurutnya, 17 tahun pertama di dalam kehidupan seseorang itu, adalah merupakan tempoh yang paling penting dalam pembentukan sahsiah kerana pendedahan yang diterima mereka akan menentukan keperibadian, sentimen dan prejudis mereka juga. 

Ia hanya boleh dicapai sekiranya semua anak-anak yang berusia tujuh ke 17 tahun membesar secara bersama dengan belajar di sekolah yang sama di mana mereka boleh belajar untuk berinteraksi, belajar dan bermain secara bersama. Sepertimana kata pepatah Melayu, “tak kenal maka tak cinta”.

Menurutnya lagi, semua sistem sekolah yang lain, tidak kira sama ada sekolah tahfiz atau vernakular, ianya perlu dimansuhkan. Malaysia perlu mempunyai sistem satu sekolah seperti yang kita lihat wujud di Indonesia, Thailand dan sebagainya. 

Kewujudan sistem unik di Malaysia yang membenarkan kewujudan sekolah vernakular secara bersama dengan sekolah kebangsaan yang lain, tidak mempromosikan kesatuan kebangsaan. Cadangan-cadangan ini dibuat Lt. Gen. Tan Sri Abdul Ghani Aziz (R) TUDM dalam penulisannya yang diterbitkan oleh akhbar The Star sebelum ini. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Maaf, pemikiran 'Untuk membina Bangsa Malaysia, sistem pengajian seperti sekolah Tahfiz, vernakular dan lain-lainnya, perlu dihapuskan', adalah satu pemikiran jahat ke arah penghapusan Islam di negara ini bermula dari bibit-bibitnya.

Apakah ini yang dimahukan oleh pemimpin PH yang diberi peluang menerajui negara umat Islam ini? Astaghfirullah!

11 comments:

Anonymous said...

Pemimpin munafik mempunyai lidah biawak bercabang yand mendakwa dirinya beragama Islam tetapi tindakan dan lisannya bertentangan dengan ajaran Islam seperti mencadangkan sekolah Tahfiz dihapuskan sedangkan sekolah Tahfiz bukan sekolah vernakular yang bercirikan kaum sebab Islam adalah agama sejagat (universal) untuk semua kaum.

Jika seorang bekas pemimpin tentera mempunyai pemikiran anti-Islam, maka aku tidak merasa hairan seorang pegawai tentera mengajak aku minum arak di mess pegawai tetapi aku menolak ajakannya dan seorang pegawai waran bercakap biadap tahap jahil murakkab dengan mendakwa dalam tentera tidak ada tikar sembahyang, yang ada ialah padang kawad.

Nampaknya sebilangan pegawai tentera mempunyai minda yang terjajah.

Adakah pegawai tentera seperti ini boleh diharap untuk membentuk tentera yang beriman dan mampu melindungi agama Islam, umat Islam dan negara ?

Anonymous said...



Mcm mana pulak nanti klu duit curi 1MDB ddpti tlh disalurkan kpd pusat2 tahfiz ini?

Kita tunggu dakwaan juta2 husam dan rafizi yg langsung tak berani djwb oleh pas itu nnti..

Islam itu bukannya kulit ttpi isi

Anonymous said...

Hahaha ko pelawak antarabangsa..atau ko tak baca agaknya..jadi lah penyokong ph yg bijak

Anonymous said...



Editor Sarawak repot dah pon dtg kat Msia skrg..

Bawakan shj isu saman 90juta ke mahkamah Msia, biar cepat sikit brjln dan kos pon murah

walaun2 dan walauntit2 akan jerit2 kata ah! itu semua pitnah!!

Abu Naim said...

Jgn tukar topik dan jgn buat persepsi melulu. Suka berprasangka itu memang kebanyakkan manusia lakukan spt disebut ddlm al-Quran. Tp adakah Allah redha perlakuan tersebut?

Anonymous said...


Biawak 11:19 AM berlagak suci sambil menulis komen berunsur fitnah terhadap pusat-pusat tahfiz dan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam jelas menunjukkan lidah biawak ini amat membenci ajaran Islam.

Malangnya semua dakwaan biawak bangsat ini tidak mempunyai sebarang bukti maka jelaslah semua dakwaannya adalah fitnah.

Adalah amat memalukan parti sekular liberal dan parti kafir harbi memenangi PRU dengan mencipta dan menggunakan pelbagai fitnah untuk menghasut orang ramai membenci PAS. Dasar biawak lidah bercabang makan dedak cap roket !

Anonymous said...


Biawak lidah bercabang 12:05 PM jelas menunjukkan kebodohan bergandanya dengan menulis komen bodoh kuasa 10. Inilah akibatnya otak biawak ini penuh dengan dedak cap roket !

Fakta:

PAS sedang menyaman SR di UK kerana SR telah menfitnah PAS tetapi malangnya semua kertas pembelaan SR mengandungi dakwaan yang berdasarkan khabar angin (hearsay) menyebabkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memenangi semua permohonan interlokutori dalam kes saman fitnahnya terhadap Editor Sarawak Report. TGHH (Tok Guru Haji Hadi) menang semua lima permohonan interlokutori! Sarawak Report diperintah membayar keseluruhan kos 28,900 pound (RM155,791).

Besar kemungkinan perbicaraan seterusnya akan menentukan jumlah ganti rugi yang SR pelu bayar pada PAS.

Anonymous said...


Orang yang mengundi pakatan akan menerima dosa besar jika MP pakatan yang mereka sokong dan undi dalam PRU menentang dan menghina Islam seperti menghapuskan pusat-pusat tahfiz di negara kita.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda (yang bermaksud):

"Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangkan telaga di syurga." (Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)

Jika kamu bukan umat Nabi Muhammad s.a.w. kerana kamu menyokong pemimpin zalim, maka kamu umat siapa?

Anonymous said...

Anon 7:51 pm,

Nampaknya kamu cuba mengelirukan pembaca dengan membela bekas pegawai tentera tersebut. Adakah kamu memahami B Inggeris sebelum menulis komen di atas? Kita English-educated people boleh memahami tulisan pegawai tentera :

From the mood demonstrated after GE14, it appears that we now have the opportunity to finally develop this “Bangsa Malaysia” that is blind to race, ethnicity or religion.
....., We need to do away with all other schools, be they vernacular or tahfiz, and have only one national school for all children as we see in Indonesia, Thailand or any other nation for that matter.

Reference: https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2018/05/18/bold-move-needed-to-forge-bangsa-malaysia/#IemKCARiRqBkiI1c.99

Terjemahan:

Dari mood yang ditunjukkan selepas GE14, kita sekarang mempunyai peluang untuk membangunkan "Bangsa Malaysia" ini yang buta kepada kaum, etnik atau agama.
..... Kita perlu menghapuskan semua sekolah lain, sama ada mereka vernakular atau tahfiz, dan hanya mempunyai satu sekolah kebangsaan untuk semua kanak-kanak seperti yang kita lihat di Indonesia, Thailand atau mana-mana negara lain untuk perkara itu.

Maka artikel ibnuhasyim di atas adalah benar !

Sunray

Unknown said...

Apa kejadahnye semua ni..duk tunding sini tunding sana..duk marah kt bekas tntera..lpas tu masuk plak part pas..pkr..korang xpikir ke kat abg jibb..kesian dia..dia dlm masalah tu..sama2 kita tolong dia......

Anonymous said...

Untuk perbicaraan penuh tinggal hanya 11 pages. 40 pages dah di reject. 11 pages tu pun yg tinggal hanya mukadimah shj

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails