Friday, May 25, 2018

PH Sebenarnya Tidak Sedia Bentuk Kerajaan, Kelam Kabut, Gopoh-Gapah.





PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) menyifatkan Pakatan Harapan (PH) sebenarnya belum bersedia untuk membentuk kerajaan selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.

Menurut pengarahnya, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki, kerajaan baharu itu kelihatan kelam-kabut dan tergopoh-gapah lebih-lebih lagi dalam tindakan menyiasat dakwaan kesalahan dan menghentikan projek kerajaan terdahulu.
Memetik laporan Malaysiakini, beliau berkata kerajaan PH diterajui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebenarnya tidak menjangka mereka akan diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara dalam PRU14.
Perkara ini jelas dilihat apabila PH langsung tidak bersedia untuk membentuk kabinet dengan segera selepas kemenangan mereka malahan ia masih lagi belum lengkap sehingga kini.
“Pembentukan kabinet jelas kelam-kabut, sehingga hari ini mereka masih belum menamakan dengan lengkap kementerian yang perlu ada.
“Lebih malang, seorang yang telah pun mengangkat sumpah menteri besar tiba-tiba dinamakan sebagai menteri di peringkat pusat,” katanya kepada portal berkenaan.
Mohd. Zuhdi berkata demikian merujuk kepada isu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dinamakan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor.
Sekadar imbas kembali, Mahathir mengangkat sumpah pada 10 Mei yang lalu dan kemudiannya menamakan tiga orang menteri kanan pada 12 Mei dan sepuluh lagi menteri pada 18 Mei.
Beliau kemudiannya mengumumkan bahawa jemaah kabinet akan terdiri daripada 25 hingga 30 menteri namun senarai penuh akan dimaklumkan kemudian.
Dalam pada itu, Mohd. Zuhdi menyifatkan tindakan kerajaan yang tergopoh-gapah menyiasat pemimpin kerajaan terdahulu dianggapnya bersifat populis dan hanya dilakukan untuk menaikkan populariti dalan kalangan rakyat.
“Ini menyebabkan keyakinan umum terhadap profesionalisme jentera kerajaan boleh terhakis,” ujarnya.
Beliau mengulas mengenai siasatan yang dilakukan terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1MDB, yang menjadi antara fokus utama kerajaan PH.
Selain itu, Mohd. Zuhdi turut mengkritik tindakan kerajaan PH yang mahu serta-merta menghentikan pembangunan terdahulu termasuk projek yang melibatkan pelaburan asing.
Ujarnya, tindakan itu boleh menyebabkan pelabur antarabangsa dan domestik hilang keyakinan terhadap hala tuju ekonomi negara.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya memfokuskan tujuan mereka kepada pembentukan kabinet lengkap yang mantap dan diyakini oleh rakyat.
Beliau juga menasihatkan kerajaan PH supaya meninggalkan gaya politik sebagaimana yang dilakukan sewaktu menjadi pembangkang sehingga mengabaikan kepentingan negara.
“Keutamaan PH menyegerakan tindakan populis ini, di masa yang sama lambat membentuk kerajaan akan merugikan negara,” tuturnya. (IH)


1 comment:

Anonymous said...


Kita ketawa tergolek-golek (LOL) semasa membaca komen-komen 12:13 AM, 1:14 AM dan 1:23 AM bodoh berganda-ganda yang ditulis oleh biawak-biawak lidah bercabang ternakan pakatan sekular liberal-kafir harbi.

INILAH JAWAPAN KITA UNTUK BIAWAK-BIAWAK TERNAKAN PAKATAN TERSEBUT:

Tiada orang berani pandang rendah lagi ke atas PAS kata akhbar Cina


PETALING JAYA – Kejayaan luar biasa Pas untuk mengekalkan pentadbirannya di Kelantan, selain merampas Terengganu dan memenangi 18 kerusi Parlimen bukan sahaja menafikan ramalan awal parti itu akan kecundang habis-habisan, malahan ia telah membuka mata ramai penganalis.

Nanyang Siang Pau dalam ruangan editorialnya berkata, tiada orang lagi yang akan memandang rendah Pas dengan kejayaan yang dicapainya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Walaupun hasrat Pas untuk menjadi ‘King Maker’ tidak kesampaian, tetapi ia tetap menjadi parti paling berpengaruh di Pantai Timur.

“Tiada siapa pun dapat menafikan bahawa parti ini akan mengukuhkan lagi pengaruhnya pada masa akan datang.”

Nanyang Siang Pau berpendapat, rasa “bosan” pengundi Melayu terhadap UMNO dan Pakatan Harapan yang “saling mengorek luka masing-masing” dan ketaatan Pas kepada perjuangan Islamisasi telah membawa kepada kemenangan Pas.

Penganalisis Oriental Daily, Yang Shan Yong pula berpendapat, dua watak utama dalam PRU-14 ialah “Hadi dan Hathir” merujuk kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri baharu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Walaupun Dr. Mahathir lebih mahir kali ini dan berjaya memenangi PRU-14, tetapi malangnya masa tidak berpihak kepada pemimpin berumur 93 tahun ini.

“Berlainan dengan Dr. Mahathir, Abdul Hadi hanyalah berusia 71 tahun dan ada 22 tahun lagi jika beliau mahu aktif dalam politik sehingga 93 tahun.” kata penganalisis itu yang membayangkan masa depan yang cukup baik buat Abdul Hadi dalam politik Malaysia.

Sumber: http://mindarakyat.blogspot.my/2018/05/tiada-orang-berani-pandang-rendah-lagi.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails