Monday, May 21, 2018

Pakatan Dakwa Konon Akan Beri Kebebasan Media




KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa kerajaan Pakatan Harapan konon akan memberi kebebasan kepada pihak media jika gabungan pembangkang bertopengkan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beliau mendakwa kerajaan Pakatan Harapan terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) akan membebaskan media dan memansuhkan undang-undang berkaitan media.
“Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan media mempunyai kebebasan untuk memeriksa dan menyeimbangkan pentadbiran kami.
“Kami akan menyemak semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan media supaya kebebasan media dijamin,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Janji beliau itu bagaimanapun agak mengelirukan kerana kerajaan PKR Selangor bermula tahun 2017 melarang pengedaran akhbar bahasa Melayu, Utusan Malaysia danBerita Harian di jabatan-jabatan di bawah kerajaan negeri.
Pengamal media turut dilarang oleh Pejabat Menteri Besar Selangor membuat liputan majlis penerangan berhubung skandal Tanah Ijok membabitkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini.
Kerajaan DAP Pulau Pinang juga pernah mengenakan larangan keatas media tertentu membuat liputan disebabkan isu-isu tertentu sebelum ini.
Lebih mengelirukan apabila Guan Eng mengumumkan Kerajaan Pakatan Harapan akan menubuhkan Majlis Media yang akan menetapkan kod etika mengenai pelaporan dan fungsi media keatas seluruh organisasi media. – MYNEWSHUB.CC

2 comments:

Anonymous said...

sebelum tuan delete komen saya.. ada 10 atau 20 yang telah baca komen saya...

mereka menjadi saksi.

Dan dari 20 - 30 ini mereka akan sampai kan dan yang lain akan menyampaikan pada yang lain..

Anonymous said...

Alhamdulillah. Mungkin timbul kesedaran dari tuan.

Jika betul, pastinya tuan telah mendapat berkat di bulan yang mulia ini.

Insya Allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails