Thursday, May 24, 2018

Malaysiakini Ambil Peranan Utusan/UMNO. Sengaja Burukan PAS &...



Apabila seorang peguam, Wan Zainuddin Wan Musa menyifatkan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shukri Abdull berkaitan 1MDB bersifat prejudis terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Peguam ini mencadangkan prosedur yang betul iaitu Shukri patut merekodkan keterangannya dalam bentuk akuan bersumpah dan membuat pendedahan secara tertutup kepada jawatankuasa khas siasatan 1MDB.

“Perkara paling asas perlu beliau lakukan ialah membuat laporan polis dan mendedahkan dalam laporan polis nama nama individu yang dikatakan mengugut beliau.
“Biar polis membuat siasatan.  


Tapi Malaysiakini telah menulis tajuk dengan meletakkan sebagai peguam PAS (kebetulan peguam ini adalah penyokong PAS) dan meletakkan gambar Najib dan bendera PAS (sempat saya screenshot sebelum Malaysiakini menukarnya) untuk memberikan pesepsi buruk kepada PAS sebagai rakan Najib.

Kerja jahat Malaysiakini ini ditegur oleh netizen.


Malaysiakini menukar gambar dan mendelete komen tersebut. Bukan sahaja komen tersebut didelete, komen-komen bernas daripada PAS juga didelete termasuk komen saya.

Tahniah MALAYSIAKINI anda ambil PERANAN UTUSAN dalam Kerajaan HARAPAN. (
MINDARAKYAT)

4 comments:

Anonymous said...

MESIAKINI KEPALA BAPAK RASIS

mesiakini adalah kepala bapak rasis (perkauman) yang bersikap anti-Islam dan anti-Melayu Islam sebab selama ini mesiakini menyiarkan pelbagai artikel-artikel dan komen-komen yang ditulis oleh puak munafik sekular liberal, puak rasis, puak kafir harbi dll amat jelas menghina, memburuk-burukkan dan menfitnah ajaran Islam, ulama Islam, perjuangan Islam, parti Islam PAS dan kaum Melayu Islam.

Sebenarnya mesiakini telah mengaku secara terbuka bahawa mesiakini telah menerima bantuan kewangan dari NGO-NGO Zionis asing seperti National Endowment for Democracy (NED). Ini bererti mesiakini telah menjadi alat negara asing untuk melemahkan atau menghapuskan ajaran Islam dan perjuangan Islam dan menggulingkan kerajaan yang dipimpin oleh kaum Melayu Islam.

Maka kita tidak merasa hairan melihat mesiakini menjadi lidah parti sekular liberal dan parti kafir harbi yang menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Sepatutnya kerajaan Be End telah lama mengharamkan mesiakini tetapi nampaknya kebodohan Be End sengaja membiarkan mesiakini bermaharalela menjaja fitnah dan akhirnya menyebabkan BN sendiri lingkup.

mesiakini pernah disaman di mahkamah kerana menfitnah seorang ketua menteri sehinggakan mesiakini terpaksa mohon maaf kepada ketua menteri tersebut secara terbuka dalam mahkamah.

mesiakini juga pernah menfitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya presiden PAS menyokong Prevention of Terrorism Act (POTA). Sumber: FATHIN ATHIRAH HASLI. "Pas tak pernah setuju dengan Pota 2015 - Nasional - Sinar Harian".

Anonymous said...


Anon 11:30 AM,

Memang PAS semakin kuat terbukti dari prestasi PAS yang semakin baik dalam PRU14. Memang PAS boleh menjadi kingmaker dalam PRU14 dengan menubuhkan kerajaan perpaduan dengan BN atau PH atau kedua-duanya tetapi malangnya BN dan PH mungkin enggan menerima syarat Islam menyebabkan PAS enggan menubuhkan kerajaan perpaduan. Dan PAS juga tidak berminat untuk ber'UG' dengan katak-katak politik.

Walaubagaimanapun, berdasarkan keputusan PRU14 dan prestasi PAS, parti Islam PAS pimpinan ulama Islam berpotensi untuk memenangi PRU15.

Anonymous said...


Barua dedak roket 11:43 AM,

SPRM telah umumkan PAS bersih dari rasuah sedangkan PH dan BN terpalit dengan kes rasuah.
Nampaknya kamu semakin terdesak mahu menfitnah PAS sehinggakan kamu cuba menyalahkan PAS seolah-olah PAS yang mentadbir 1MDB sedangkan kita semua mengetahui BN yang mentadbir 1MDB! Ini membuktikan kamu adalah pesakit mental tahap koronik !

Oleh sebab itu kita tidak merasa hairan melihat barua-barua dedak roket seperti kamu tetap akan menyalahkan PAS jika bintang meletup di angkasa lepas, gunung meletus di Hawaii, tusnami di Jepun dan Indonesia, suhu bumi meningkat dll kerana kamu semua amat terdesak amhu menfitnah dan memburuk-burukkan PAS kerana kamu benci perjuangan Islam.

Anonymous said...

yang kami minta hanya pemimpin yg bersedehana
tp kami tengok pemimpin pon mewah lain macam sekarang
lagi satu kami tak suka bila pemimpin yg letak kepala dia kat kaki

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails