Friday, May 25, 2018

100 NGO Islam Kedah Ragui Pembentukan K'jaan Kedah Di Sudut Undang Tubuh Negeri.





GERAKAN Pembela Ummah Negeri Kedah (Ummah) gabungan 100 NGO Islam mengikuti secara dekat berhubung isu pelantikan Menteri Besar dan pembentukkan kerajaan baharu Negeri Kedah Darul Aman selepas PRU14.

Setelah meneliti dan mendapatkan pandangan dari pelbagai pihak, Ummah berpendirian bahawa pembentukan kerajaan baharu Negeri Kedah amat meragukan keabsahannya di sudut Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.

Pendirian ini merujuk kepada kerajaan baharu yang dibentuk tidak mendapat mojoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk sebuah kerajaan, sebaliknya kedudukan antara parti yang pemerintah iaitu Pakatan Harapan (PH) berbanding pembangkang (PAS dan BN) adalah seimbang iaitu 50 : 50 ataupun 18 Kerusi : 18 Kerusi.

Ummah turut dimaklumkan bahawa pelantikan Menteri Besar Kedah tidak mendapat sokongan dari mana-mana pihak parti pembangkang iaitu PAS mahupun BN sama ada secara individu mahupun “End Block”.

Sebelum ini, Ummah dan rakyat Kedah berpendapat dan dimaklumkan melalui akhbar dan media bahawa pelantikan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah setelah mendapat sokongan dari mana-mana wakil rakyat Barisan Nasional mahupun PAS. 

Namun setelah proses pelantikan sebagai Menteri Besar selesai disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Tuanku Al-Sultan Kedah, rakyat dikejutkan dengan berita penafian serta penegasan dari pihak yang kononnya didakwa memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir tersebut adalah suatu pembohongan dan fitnah semata-mata. Sebaliknya, mereka tersebut kekal sebagai Wakil Rakyat pembangkang di Dun Kedah.

Ummah melihat ada unsur yang meragukan serta memperdayakan rakyat dan Istana Negeri Kedah dalam pelantikan Menteri Besar yang bertentangan dengan mandat rakyat.

Bagi Ummah, jika difahami secara harfiah bahawa pelantikan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar adalah bias dan tidak menepati kehendak yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. Ini dibuktikan dengan permohonan Menteri Besar sendiri kepada blok PAS dan Umno untuk menyokong cadangan pelantikan Speaker Dun Kedah, sedangkan beliau mendakwa mempunyai majoriti di dalam Dun Negeri Kedah. Di mana majoriti tersebut?

Justeru, Ummah berpendapat, penyelesaian terbaik ialah perlu diadakan suatu Pilihan Raya Negeri dengan segera. Di mana, diserah kembali kepada rakyat Negeri Kedah untuk membuat keputusan memberi mandat kepada mana-mana parti politik bertanding untuk membentuk sebuah Kerajaan Negeri Kedah yang lebih stabil dan absah di sisi undang-undang.

Bagi Ummah, adalah tidak wajar kemelut ini terus dibiarkan berlarutan kerana ia akan merugikan rakyat dan Negeri Kedah.
Berhubung kebimbangan jika diadakan Pilihan Raya Negeri akan menyusahkan rakyat serta menanggung kos yang tinggi, Ummah berpandangan ia bukan lagi isu yang perlu dibangkitkan oleh mana-mana pihak. 

Ini kerana, keutamaan sekarang ialah memastikan kerajaan yang memerintah adalah mematuhi peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah, di samping ingin mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih stabil dan kukuh.

Hanya kerajaan yang stabil dan kukuh sahaja dapat menguruskan pentadbiran dan memacu pembangunan negeri dengan lebih berkesan, melaksanakan janji-janji dalam manifesto, di samping menjadi faktor utama meningkatkan keyakinan pihak asing untuk melabur di Negeri Kedah. Sebaliknya kerajaan yang lemah serta tidak stabil akan merugikan rakyat dan Negeri Kedah.

Sesungguhnya, Pilihan Raya Negeri juga merupakan suatu proses demokrasi yang diguna pakai dalam kaedah mendapatkan mandat rakyat bagi sesebuah kerajaan. Lagipun, tidak ada jaminan kepada rakyat Kedah bahawa tidak akan berlaku Pilihan Raya Negeri di masa depan, memandangkan kedudukan parti pemerintah yang tidak stabil dan lemah.

Oleh itu, Ummah meminta semua parti-parti politik di Negeri Kedah boleh berlapang dada dan mengutamakan kepentingan rakyat dan Negeri Kedah.

USTAZ NOOR HAKIMI ABD HALIM  
Pengerusi
Ummah Kedah - HARAKAHDAILY 24/5/2018

5 comments:

Anonymous said...

USTAZ NOOR HAKIMI ABD HALIM
Pengerusi
Ummah Kedah

ke mu yg layak jd MB??? biaq pi la janji dia tadbir negeri depa dgnbaik sudah
mu tau dak hukum org yg sanggup pikul jawatan.... berat wehhhhh
lantaklah depa dah sanggup nak pikoi... doakan yg baik2 sudah
yg kalut sangat dgn jawatan dah kenapa
cuba bersyukur sikit

Anonymous said...

Mmm. Kan perlu surat sokongan dari mana2 parti samada pas atau bn yg menyokong pembentukan kerajaan negeri oleh pakatan harapan. Surat tersebut mesti ditunjukkan kpd Sultan.. baru boleh angkat sumpah. Surat sokongan jek.. x yah lompat parti.

Anonymous said...

Kerajaan negeri kedah berada dalam keadaan sangat lemah bila bila masa boleh tumbang!

Cadangan PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan adalah cadangan yang terbaik untuk kebaikan rakyat tetapi puak gila kuasa menolak cadangan murni PAS ini.

Anonymous said...

Anon 10:43 am lebih suka tikus baiki labu.

Anonymous said...

Bodo puak melayu PH..asyik jadi macai

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails