Tuesday, January 16, 2018

Strategi DAP Nobat Tun M Pengerusi PH &Calon PM..



AIDCNews -15/01/18 – Mahu memancing undi Melayu pada PRU 14, sebab itu DAP menobatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan calon Perdana Menteri.
Walaupun DAP sering menafikan parti itu mendominasi PH, namun tanpa sokongan parti majoriti kaum Cina itu, Mahathir gagal dicalonkan kedua-dua jawatan tersebut.
PH dianggotai oleh empat parti, DAP, PKR, Amanah dan PPBM, namun hakikatnya DAP dianggap sebagai kuasa pemutus dalam sebarang keputusan utama PH.
PKR, Amanah dan PPBM hanya dianggap mata rantai untuk mencapai matlamat DAP sebab itu PH juga dikenali sebagai Pakatan DAP.
Timabalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengesahkan PPBM diberi kerusi terbanyak di Semenajung bertujuan untuk menarik undi Melayu kepada PH.
“Ini sama dengan bagaimana Amanah dibentuk untuk meneruskan kejayaan PAS pada pilihan raya umum ke-13, di mana ia mendapat sokongan bukan Melayu berbanding asas penyokong Melayu tradisional,” katanya kepada FMT.
Salahuddin berkata, PH mengharapkan PPBM untuk memenangi undi Melayu disebabkan syak wasangka sesetengah orang Melayu terhadap DAP.
Katanya, walaupun ada peralihan sokongan Melayu kepada DAP pada PRU lalu, namun “ia tidak mencukupi”.
“Jika kita mampu meraih sebanyak mungkin sokongan di Johor seperti di Selangor, maka Johor akan menjadi kawasan kita.
“Di situlah peranan PPBM sangat penting. Peranan mereka ialah membantu PH mendapatkan lebih banyak kerusi, dan PPBM sebagai serpihan Umno, mampu meyakinkan Melayu untuk menyokong kami.”
Timbalan presiden Amanah itu berkata, ini juga sebabnya Amanah menyokong Pengerusi PPBM, Mahathir sebagai calon perdana menteri PH.
Perkara sama turut diakui PKR.
Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata PPBM lebih mampu menarik undi Melayu berbanding dengan parti Keadilan, sebab itu PPBM diperuntukkan 6 kerusi Parlimen di Pahang, berbanding 4 kepada PKR, 3 kepada DAP dan 1 kepada Amanah.
Fauzi berkata, tidak boleh dinafikan warga luar bandar di Pahang lebih tertarik kepada Umno, sebab itu peranan Mahathir amat penting.
“Anda tidak boleh perkecilkan rasa sayang orang kampung pada Dr Mahathir,” katanya.
Imej yang berkaitan


Lihat sebelum ini..
Siri Politik Islam Masakini..

23 comments:

Anonymous said...

http://www.keadilandaily.com/bekas-pegawai-khas-mahathir-akui-terlibat-rancang-konspirasi-fitnah-liwat-1/

Bekas pegawai khas Mahathir akui terlibat rancang konspirasi fitnah liwat 1

(Oleh Norasikin Samsi)

KUALA LUMPUR 9 APRIL: Bekas pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Abu Bakar mengakui terlibat secara langsung dalam rancangan konspirasi fitnah kes liwat pada 1998 mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengakuan itu dibuat secara terbuka di hadapan ribuan rakyat pada ceramah Pakatan Rakyat di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.

dato omar abu bakar“Saya bersumpah saya bertanggungjawab dalam peristiwa sodomi satu (liwat 1).

“Saya bertanggungjawab dengan Aziz Shamsudin membuat surat Umi Hafilda, menghantar kepada Daim (Zainuddin), hantar kepada Mahathir. Itulah punca sebenarnya (fitnah ini).

“Bermula dari situ, Anwar ditangkap, dipenjara enam tahun. Tiba-tiba dia dilepas kerana alasan dibebaskan sebab apartment yang dituduh (Anwar melakukan sodomi) belum ada lagi (masa itu).

“Sebab itu Mahathir persoalkan mengapa Najib ambil tuduhan yang sama untuk peristiwa sodomi kedua…Itu dah nampak tak betul…,” kata Omar disambut sorakan rakyat.

Beliau mendedahkan demikian selepas melihat gambar Mahathir bersama Aziz Shamsudin dan Profesor Sidik Baba pada malam sama bercakap mengenai akhlak Anwar.

“Bekas boss saya ini sekarang jadi kempen manager Ibrahim (Ali) katak,” kata Omar disambut ketawa hadirin.

Tan Sri Aziz Shamsudin merupakan bekas setiausaha politik kepada Mahathir. Tun Daim pula bekas Menteri Kewangan sementara Sidik adalah tokoh akademik.

Umi Hafilda Ali adalah saksi utama dalam perbicaraan kes liwat 1. Antara lain, hasil maklumat yang diberikan beliau kepada mantan Perdana Menteri itu pada 1997, menyebabkan Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Mahathir memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004.

Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah terlibat dalam skandal bersama Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya.

reformasi1Anwar ditangkap pada malam 20 September 1998, secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.

Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan fitnah oleh Saiful.

Dalam wawancara Anwar bersama stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera 3 April lalu, Anwar percaya fitnah liwat yang dilempar kepadanya menyedarkan rakyat mengenai penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam kes berkenaan.

“Ketua Pendakwa (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden) kes Fitnah II, kini bersama saya, (maknanya) seluruh tuduhan tak berasas.

“Malah, sekarang bapa (Azlan Mohd Lazim) kononnya mangsa liwat (Saiful) secara terbuka memohon maaf kepada saya dan keluarga,” kata Anwar.

Azlan
Azlan

Azlan menyertai KEADILAN 11 Mac lalu dan mendedahkan kes Fitnah II didalangi pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Khairil Annas Jusoh.

Yusof pula menyertai pasukan peguam Pakatan Rakyat selepas kes Fitnah II berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Anwar.

Terbaru, Omar pula mengaku terlibat dalam konspirasi Mahathir mengaitkan Anwar dalam kes liwat I.

Untuk tonton rakaman pengakuan Omar KLIK SINI. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49758

Anonymous said...

http://atsixty-zakriali.blogspot.my/2013/02/mohamad-sabu-mahathir-bapa-perosak.html


Tuesday, February 19, 2013

Mohamad Sabu - "MAHATHIR BAPA PEROSAK NEGARA."

Mahathir bapa perosak negara!!
Selasa, 19 Februari 2013
diterbitkan oleh PBO™

Ini adalah antara transkip ceramah penerangan dari Mat Sabu yang PBO kutip mengenai kehancuran institusi negara semenjak dari pemerintahan Tun Mahathir pada ceramah PAS ganti UMNO (PGU) kali ke 7.

Abang Mat Sabu berbicara mengenai kerosakkan institusi kehakiman dan SPR ..


.. ertinya integriti pegawai sudah hilang ..

ketelusan telah hilang

semua institusi roasak

semua kerosakan ini bermula secara hebat, di zaman Tun Mahathir Mohamad.

Inilah dia bapa perosak negara.

Mana dia kamera RTM saya nak tunjuk mulut saya sikit ..aa itu ..

TUN MAHATHIR BAPA PEROSAK NEGARA

Sejak dia jadi Perdana Menteri kewibawaan SPR hilang, kewibawaan kepolisian hilang, kewibawaan kehakiman hilang, semua institusi hilang keintegeritinya .. sebab penguasan kuasa politik pemerintah menguasai semua jabatan.

pegawai-pegawai kerajaan di brainwash otak mereka. mempertahankan UMNO adalah tugas pegawai-pegawai kerajaan .
Patutlah Najib banyak kali dalam ceramah politik berkata;
"Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan," kata beliau yang awal tahun ini pernah menzahirkan perkara yang sama di Selangor dan Kedah.

sinar harian

PBO tak mau jawab ulasan maaf tu, biar video youtube ni berbicara :) kekekekekkeke ... aku kutip dari youtub
Cukuplah Najib, cukuplahMahathir, cukuplah UMNO/BN. kami rakyat Malaysia mahukan perubahan.

Anonymous said...

VIDEO YOUTUBE YG MAHATHIR CAKAP KIT SIANG RASIS

INI DIA PUNYA LINK. PI TENGOK

https://www.youtube.com/watch?v=Rvygcqb6qsw

20130501 kit Siang memang racist


Anonymous said...

http://www.utusan.com.my/mobile/berita/nasional/bmf-cia-kaitkan-dr-mahathir-1.436101

BMF: CIA kaitkan Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Agensi Perisikan Pusat (CIA), salah satu agensi keselamatan bagi negara Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mendedahkan dokumen mengaitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan skandal kewangan Bumiputra Malaysia Finance Ltd. (BMF) yang pernah menggegarkan negara sekitar 1980-an.

Dokumen bertajuk ‘The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia’s Mahathir’ yang boleh didapati di laman web agensi tersebut mendedahkan bahawa negara terjebak ke dalam skandal membabitkan BMF yang merupakan anak syarikat milik penuh Bank Bumiputra, bank milik kerajaan ketika itu.

Skandal itu tercetus di antara 1979 hingga 1983 apabila didapati BMF yang berpangkalan di Hong Kong terlibat secara terus dalam urusan pemberian pinjaman dengan nilai dipercayai mencecah bilion ringgit kepada tiga spekulator hartanah negara itu termasuk Carrian Investment Limited (Carrian Group).

Walaupun dalam situasi pasaran hartanah di Hong Kong merudum, BMF tetap memberikan pinjaman kepada pihak terbabit sehingga mengalami kerugian hampir AS$1 bilion apabila industri itu jatuh antara 1981 dan 1982.

Skandal tersebut telah memberi kesan negatif kepada imej pentadbiran serta politik Dr. Mahathir ketika itu lebih-lebih lagi apabila berbilion ringgit hilang begitu sahaja manakala seorang pegawai Bank Bumiputra telah ditemui dibunuh di Hong Kong.

Berdasarkan dokumen ber­kenaan, CIA menyifatkan ke­nyataan balas Dr. Mahathir berhubung skandal kewangan itu sebagai ‘menghairankan’.

Menurut agensi itu lagi, meskipun Dr. Mahathir mengakui bahawa amalan memberi pinjaman oleh BMF adalah kurang bijak dan berjanji akan mengambil tin­dakan sekiranya dikenal pasti berlakunya penyelewengan, namun beliau menolak bahawa bank tersebut bersalah selain mempertahankan alasan kejatuhan pasaran hartanah telah menjejaskan semua bank di Hong Kong.

Walau bagaimanapun, di sebalik alasan tersebut, CIA percaya bahawa pentadbiran Dr. Mahathir mengetahui mengenai skandal tersebut berdasarkan beberapa faktor.

“Sebagai sebuah bank milik kerajaan, Bank Bumiputra sentiasa dipantau oleh Kementerian Kewangan dan Bank Negara, selain tiada keputusan penting yang akan dibuat tanpa pengetahuan atau persetujuan keduanya.

“Adalah tidak mungkin kerajaan tidak sedar peningkatan kadar pinjaman Bank Bumiputra kepada cawangannya di luar negara bagi membenarkan lebih banyak dana disalurkan ke Hong Kong,” jelas CIA.

Anonymous said...

YANG PENTING PAN AKAN MENERIMA SIAPA SAJA MENJADI KETUA ASALKAN DAP BAHAGIA DAN GUMBIRA

Anonymous said...

Terima kasih Tuan kerana menghentikan menguna gambar LGE dan Mat Sabu.

Mungkin atas kemahuan tuan sendiri tetapi saya ingin berterima kasih pada tuan sebagai tanda hormat.

Anonymous said...

NI SURAT TERBUKA KAT PKR. BACA DAN BUAT IKTIBAR. LINK DIA AKU SERTAKAN SEKALI


http://semuthitam80.blogspot.my/2018/01/surat-terbuka-otai-reformasi-buat-wan.html

SURAT TERBUKA OTAI REFORMASI BUAT WAN AZIZAH!!!

Menyambung kegelisahan Sdra Razak Ismail, bekas Setiausaha R98, saudara sebenarnya tidak keseorangan, malah beberapa rungutan dapat di kesan ekoran keputusan Majlis Presiden pada Konvensyen 7/1/2018 memutuskan bakal PM ialah Tun Mahathir.


Seawal 10/01/2018, Saudara Hj. Jamal Nasir telah menyuarakan rasa kurang senang beliau di atas keputusan yang di buat oleh Majlis Presiden, dan menawarkan solusi Win win situation - Gandingan DS Azmin - DS Mukhriz dan Timbalan II dari DAP.

Saya berpendapat keputusan yang di buat oleh Majlis Presiden adalah seperti memandang remeh dan rendah pengorbanan Dato Sri Anwar yang teraniaya sejak 1998, kesan fitnah dalaman Umno. Sewajarnya Majlis Presiden meletakkan D.S Wan Azizah atau DS Azmin sebagai calon PM.

Kebimbangan Saudara Razak Ismail - Bimbang Tun Mahathir berpaling tadah adalah berasas. Sejarah tidak boleh di tipu. Tun Dr Mahathir pernah berada berada di dalam UMNO dan bersama pembangkang sewaktu era Tunku Abdul Rahman, dan menikam Tun Hussein Onn untuk mengambil tempat sebagai PM.

Adalah tidak mustahil Tun Mahathir akan pulang ke lubuk sekiranya PH berjaya memenangi Pru 14, atau sekiranya DS Najib kalah pada pru yang akan datang.

Saya sependapat dengan Saudara Rosli Ibrahim (Adinda DSAI), bahawa PKR yang telah sekian lama memperjuangkan agenda reformasi mesti bertindak sebagai tulang belakang wakil PKR sendiri.

Untuk kesekian kalinya, kami merayu Datin Seri segera menyampaikan suara dari bawah, bahawa kami hanya menerima calon dari PKR sahaja sebagai calon P.M.


Khamis malam Jumaat adalah malam perhimpunan sebahagian Otai Reformasi di rumah Yab Datin Seri di Segambut, silalah Yab Datin Seri selami pendapat kami.


*Hj Najib Hamid*
Marshall Reformasi 98
Bandar Baru Bangi.
11/01/2018

Anonymous said...

Hal ini sepatutnya tidak merisaukan PAS sebaliknya UMNO lah yang gerun dengan strategik PH.

Begitu juga tujuan Najib menarik PAS untuk mendapat undi Melayu kerana mengikut post mortem undi Melayu meningkat pada PRU yang lalu.

PAS juga berjaya menarik pengundi Melayu walaupun tidak lah banyak sangat..

Kedua-dua nya ada persamaan cuma masa PAS dalam PR, Presidennya tidak di namakan sebagai calon PM.

Hanya Mahathir yang di lihat setanding Anwar. Hadi OUT.!

Puaka Rimba said...

Anon 227, Macamana geng lobai tak risau. Mereka dah nampak MASA DEPAN YANG KELAM. Cerita lagenda Rakyat nasib si LOBAI MALANG TAK DAPAT MAKAN KENDURI, Bukan lagi ceritera untuk sekadar HIBURAN tapi akan jadi KENYATAAN....Hehehekikikihahahakahkahkah

Puaka Rimba said...

Najib yg sedang BERKUASA pun tak dapat nak titik TUN M. Apatah lagi bila TUN M BERKUASA SEMULA. Takkan DAP berani titik TUN M pula. Cerita karut mana yg Abg Lobai kutip ni. Dari blog UMNO ye?.....Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Puaka Rimba.. kau bukan penjawat awam ya?

Penjawat Awam yang menentang kerajaan hendak lah di pecat tahu tak?

Begitu lah takut nya Najib..

Tapi penjawat awam yang sokong PAS.. ok dan selamat sekarang ini. Bertuah nya...



Anonymous said...

Penulis artikel mencoba untuk menakutkan orang Melayu dengan omokan mengenai DAP sebagai pemutus.

Tetapi penulis artikel menemubual pemimpin PKR dan AMANAH yang mengiya kan tujuan menamakan Mahathir sebagai PM adalah untuk menarik undi Melayu.

Maka penulis sepatutnya mendapatkan temu bual dan kenyataan pemimpin DAP yang mengaku bahawa DAP berkuasa dalam PH dan dalam menentukan siapa PM.

Sebaliknya penulis mengesahkan yang pemimpin Melayu PH sendiri yang mahu kan Mahathir sebagai PM.

Atas faktor ini lah Najib akan minta PAS bertanding lebih dari 100 kerusi.

Anonymous said...

Kita sama nantikan kejayaan islam di negara islam malaysia

Anonymous said...

Biar mereka bertelagah sbb mereka seakidah tapi islam akan terus berjuang untuk mengajak umat manusia kejalan allah.

Anonymous said...

Umat islam hanya takut pada allah tidak perlu takut pada mahluk allah

Anonymous said...

Pas bertanding lebih 130 parlimen semua pakat takut pas tidak terikat dengan bn dan ph jadi apa salah pas bertanding lebih 130 parlimen. Jadi ph kena kerja kuat jng asyik nak hentam pas aja cuba tumpu untuk bertanding. Yang sebenarnya ph ni takut dengan diri sendiri sebab dlm ph ramau ketua jadi betelagah sama sendiri. Kita dapat lihat dlm ph ketua2 merancang untuk jatuh menjatuh sama sendiri. Us ahmad awang apa kaba lama tak denga berita takkan diguna hanya untuk doa makan aja.

Anonymous said...

Tun m dah tak layak jadi pm sebab dia hanya nak jatuhkan najib bukan untuk bantu rakyat. Yang paling layak jd pm adalah azmin org muda buah fikiran madih baru dan segar.

Anonymous said...

Puaka rimau marah betul dng pas. Ni mesti takut islam bersinar mekar di bumi negara islam malaysia.

Anonymous said...

Puaka rimau dari nama takut tapi cuma tukang kucar kacirkan ph sebab dia cuma ikut perintah tuan tokong

Anonymous said...

4 33

kena keluar amanat versi 2.. baru lah Islam PAS berjaya..

Puaka Rimba said...

Wahai anon 448&451. Cuba kamu tatap sidang media terbaru PAKATAN HARAPAN. Kamu nilai barisan kepimpinan yang mengelilingi TUN M. Betapa NENYAKINKAN. DIbandingkan dengan Presiden dan Saf kepimpinan PAS. BELUM TENGOK MUKA PUN, RAKYAT DAH MUNTAH. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Ramai orang terutama orang Melayu dapat rasakan Mahathir telah sedar akan kesilapan nya yang lalu.

Banyak tindakan menekan Mahathir sehingga nak jumpa Anwar Ibrahim ucap terima kasih pun di halang.

Mahathir tahu dengan berjumpa Anwar Ibrahim tuduhan-tuduhan dan bantahan nama nya sebagai PM akan lenyap.

Mengapa PAS masih tidak dapat terima Mahathir telah bertaubat?

Mahathir tidak akan bersusah payah untuk jumpa Anwar Ibrahim jika Mahathir belum bertaubat.

Selepas Majlis Fatwa mengharamkan Amanat Hadi, ada kah Hadi mohon maaf pada mangsa kejadian Memali?

Peratusan Mahathir menjadi PM sangat baik dan peluang nya cerah.

Anonymous said...

Jangan kau ukur dari rupa paras pemimpin mereka..

Tapi ukur lah dengan jumlah kerusi yang mereka bertanding dan berapa banyak yang mereka yakin menang.

Mereka tidak bertelagah sesama mereka sebab masih ada lagi kerusi yang boleh di tawarkan kepada calon PAS. Antara mahu atau tidak.

Kepada bakal calon, buat lah rawatan muka dan guna lah bedak sejuk sebelum tidur.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails