Sunday, January 14, 2018

Pengalisis PAN Akui Masa Depan PAN Kelam. Dr Kamarul.



Masih saya ingat betapa Dr Mazlan Ali menyatakan rasa terkilan beliau bila saya merujukkan beliau sebagai "penganalisis penyokong AMANAH" di dalam satu komentar Facebook saya pada 4 November 2017 lalu.


Komentar ini adalah berkait dengan kenyataan Dr Mazlan di dalam portal berita The Malaysian Insight bahawa "DAP di Cheras hanya ada beberapa ratus ahli sahaja" bagi menyangkal hujah saya bahawa AMANAH yang hanya mempunyai 364 cawangan akan mengalami kesukaran untuk melawan PAS yang mempunyai 7,063 cawangan.

Rujukan kepada beliau sebagai "penganalisis penyokong AMANAH" itu sebenarnya hanya saya sandarkan kepada pemerhatian saya terhadap penglibatan beliau dengan AMANAH Batu seperti dalam program Tanweer Talaqi Maghrib di Madrasah Tarbiah Kampung Banda Dalam, Jalan Gombak, dan beberapa kenyataan beliau yang kelihatan sangat positif terhadap AMANAH yang tersiar di dalam portal-portal berita seperti Malaysia Date Line dan The Malaysian Insight sahaja.

Antara kenyataan beliau ini ialah yang tersiar di dalam portal berita Malaysia Date Line pada 16 Mac 2017 yang memberikan harapan tinggi kepada AMANAH selain menyelar keras PAS dengan menyebut "hala tuju politik PAS semakin sempit dan saya percaya politik bunuh diri PAS ini akan membuat mereka tersudut dalam arus utama politik tidak lama lagi, selain kehilangan sokongan orang Melayu".

Bagaimanapun, tidak saya sedari bahawa Dr Mazlan sebenarnya acapkali juga membuat kenyataan yang tidak menggambarkan diri beliau sebagai "penganalisis penyokong AMANAH" di dalam media arus perdana, termasuklah dengan menyokong BN dan mengkritik PH.

Paling mengejutkan adalah bila saya terbaca kenyataan Dr Mazlan di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini, bersama-sama kenyataan saya sendiri, yang melihat "AMANAH mempunyai masa depan yang amat kelam dalam dunia politik negara" dan yang menyifatkan AMANAH "bukanlah saingan UMNO dan PAS di kawasan majoriti Melayu".

Saya dengan ini ingin menarik balik kenyataan saya yang merujukkan Dr Mazlan sebagai "penganalisis penyokong AMANAH" kerana mana mungkin penyokong AMANAH boleh menyebut "AMANAH mempunyai masa depan yang amat kelam dalam dunia politik negara".

Mohon maaf jika kenyataan saya sebelum ini mengenai Dr Mazlan sebagai "penganalisis penyokong AMANAH" telah mendatangkan apa-apa ketidaksenangan ke atas diri beliau.

Facebook
Kamarul Yusoff
(http://gagasansejahtera.blogspot.my)


Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

7 comments:

Anonymous said...

macam ini lah.. tak ada sesiapa suruh minta maaf tapi dia sendiri yang minta maaf.

Masa depan adalah rahsia Allah.. masa depan PAS pun belum tentu. Masa depan UMNO pun belum tentu.

Tetapi pemimpin PAS takbur boleh menang 40 kerusi.

Puaka Rimba said...

Satu persoalan menarik yg dilontarkan oleh Tuan Kadir Jasin. Bagaimana penerimaan TOK PA berkenaan perjanjian Syaitan antara HADI dan Najib. Ada kah TOK PA setuju dengan perjanjian Syaitan ini, sedangkan ini adalah masa dan ketika yg amat baik buat UMNO untuk MERAMPAS SEMULA KELANTAN. Abang Lobai boleh tolong ulaskan. Jangan~jangan Hadi dan Najib hanya syok sendiri antara mereka, sedangkan ahli penyokong kedua parti di kencingkan hidup~hidup bahawa tiada UG antara Parti. Tapi sudah resam dunia. Yg Bodoh adalah makanan kepada si Cerdik. PAS Kategori yg mana satu.? Hehehekikikihahahakahkahkah.

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2018/01/12/amanah-johor-tuntut-18-kerusi-dun-jika-tidak-pru-diboikot/

Amanah Johor Tuntut 18 Kerusi DUN, Jika Tidak PRU Diboikot..

AIDCNews -12/01/18 –Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menuntut pimpinan Amanah pusat bertegas dalam soal pembahagian kerusi dan mendesak Amanah di peringkat negeri dibenarkan bertanding paling minima 18 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketuanya Muhammad Taqiuddin Cheman berkata jika jumlah calon DUN untuk Amanah gagal diperolehi, beliau bimbang akar umbi parti akan memboikot PRU 14 di Johor.

“Jika berlaku agihan kerusi DUN yang tidak seimbang, ia berisiko mengundang keadaan tidak terkawal ahli di bawah.

“Kita khuatir tindakan boikot gerak kerja pilihan raya akan berlaku dan menatijahkan kesan buruk terhadap harapan rakyat,”katanya dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Presiden Amanah, Mohamad Sabu hari ini.

Muhammad Taqiuddin berkata tindakan memboikot itu bukan suatu perkara yang dipandang mudah kerana Amanah Johor telah memboikot Konvensyen PH Ahad lalu apabila tidak berpuas hati parti itu hanya dibenarkan bertanding hanya dua kerusi Parlimen di peringkat negeri.

“Jika agihan kerusi masih tidak menyebelahi Amanah Johor, Timbalan Presiden, Tuan Haji Salahuddin Ayub dan Pengerusi Johor, YB Haji Aminolhuda Hassan harus mengambil tanggunjawab sepenuhnya,”katanya lag

Anonymous said...

PANjohor nak boikot Bersatu n PKR sebab tak puas hati kena buli. DAP tak kena boikot sebab DAP tuan manakala PAN khadam

Anonymous said...

http://semuthitam80.blogspot.my/2018/01/besar-kemungkinan-anwar-kena-kencing.html?m=1

BESAR KEMUNGKINAN ANWAR KENA KENCING!!!


BESAR KEMUNGKINAN ANWAR KENA KENCING!!!

Seperti mana yang dijelaskan sebelum ini, pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan Haprak itu tidak mengundang implikasi yang diharap - harapkan oleh mereka.

Sebaliknya, keputusan pucuk pimpinan Pakatan Haprak dan pengumuman yang dibuat sebelum ini lebih banyak mencetuskan konflik didalam parti gabungan pembangkang itu sendiri.

Khususnya buat PKR yang memang semua orang sedia maklum sedang berhadapan dengan konfik kepimpinan sejak wujudnya dua kem yang berkepentingan peribadi didalam parti itu.

Dalam masa yang sama, kebanyakkan Otai Reformasi 1998 masih lagi mengekalkan pendirian mereka yang hanya mahukan Si Ketua Penipu itu sebagai calon Perdana Menteri, bukannya Tun M.

Tetapi, buat masa ini, mereka terpaksa "Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju" diatas keputusan yang dibuat sementara menunggu Si Ketua Penipu itu dari penjara sebelum diangkat menjadi PM.

Namun jika dilihat dari satu sudut, semua orang seolah - olah sudah tertipu. Pernahkah Pakatan mengumumkan sebarang perjanjian bertulis untuk mengesahkan pelantikan Si Ketua Penipu tu sebagai PM?

Ada ke tidak puak Pakatan Haprak tu mengumumkan tempoh masa untuk Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Sementara? Berapa lama tempoh yang diberikan kepadanya untuk pegang jawatan tersebut?

Sebulan? 2 bulan? Setahun? Dua Tahun? Atau sehingga habis penggal yang akan datang? Itu yang menjadi bahan persoalan dikalangan rakyat, terutama buat pengikut PKR itu sendiri.

Kerana bagi mereka, Tun Mahathir ni seorang yang pemimpin Politik yang licik dan penuh dengan tipu muslihat. Maka tidak mustahil sekiranya Si Ketua Penipu dan pengikut - pengikut tegarkan akan dikencing oleh bekas Perdana Menteri itu buat sekian kalinya!!!

Anonymous said...

Insyallah islam akan menang moga puak penentang islam kembali kepada islam.

Anonymous said...

Mana bukti? Tiada bukti.

Tiada perjanjian syaitan antara Tuan Guru Hj Hadi dan Najib.

Yang adalah perjanjian iblis, dajal dan syaitan antara parti-parti Melayu liberal munafik pimpinanan MahaFiraun, Jijah dan Mike Sabun Mikrofon dan parti kafir harbi DA-Pig pimpinan sifu banglo terlajak diskaun untuk melemahkan dan menghapuskan ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Dan Puaka Rimba adalah syaitan ternakan LGE .

Maka tidak hairanlah Pakatan Syaitan, Iblis dan Dajal ini sentiasa menghina dan memfitnah ulama Islam dan parti Islam yang berusaha menegakkan ajaran Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails