Saturday, January 20, 2018

PCM, Parti Rakan PAS Cadang Tanding 5 Kerusi.


Parti Cinta Malaysia (PCM) - salah satu komponen dalam Gagasan Sejahtera yang diterajui PAS - menyatakan hasrat untuk bertanding sekurang-kurangnya di lima kerusi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


Naib Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan berkata, pihaknya akan membuat permohonan berhubung perkara itu kepada PAS dan sebuah lagi rakan parti komponen, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

"Kalau bincang kedua-dua (PAS dan IKATAN) setuju kita tanding sahajalah. Tak pasti lagi berapa tapi kalau tanding lebih lima kerusi,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bekas naib presiden Gerakan itu menjangkakan partinya akan bertanding di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

"Kita melihat kepada kawasan yang ada peluang untuk menang dan ada akar umbi, jika tiada akar umbi kita tidak bertanding," katanya lagi.

Selain PCM dan IKATAN, Gagasan Sejahtera yang diwujudkan PAS turut dikatakan mempunyai kekuatan 200 NGO.

PAS sebelum ini konsisten berkata mereka akan menyertai PRU ke-14 melalui gabungan itu, dan akan bertanding tidak kurang daripada 130 kerusi.
Pada masa sama, seperti yang dinyatakan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, parti gabungan, NGO dan tokoh masyarakat yang bersama gabungan itu akan diberi ruang bertanding dan akan dibantu jentera PAS sendiri.
Hasil carian imej untuk PCM nyatakan hasrat sertai PRU ke-14, manakala IKATAN belum pasti.

Bagi IKATAN pula, presidennya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir belum dapat mengesahkan jumlah kerusi yang bakal ditandingi parti itu.

Kadir bagaimanapun mengakui beliau sendiri tidak akan bertanding, manakala menyerahkan kepada pimpinan lain jika ada yang berminat untuk berbuat demikian.

“Mungkin ada (dalam IKATAN yang akan bertanding), tapi setahu saya mereka tak tunjuk minat setakat ini. Kami tak minta (kerusi), tak pernah bincang mengenai kerusi dengan PAS setakat ini," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini IKATAN memperjuangkan isu rakyat melalui penghantaran memorandum kepada pihak berwajib.
“Buat masa ini kami tak fikir pasal PRU. Saya sendiri sebagai presiden tak bertanding,” katanya lagi.




Sama saja, DAP, UMNO, PAN, BERSATU..

13 comments:

sayuti omar said...

PENYOKONG TAKSUB PASTI MEROYAN 

2012 
"Ancaman Akidah Ummah" Antara pengunjung yang hadir Antara yang hadir lagi antara pengunjung yang hadir YB Dato' Yahya Khatib Mohamad, 

Kehadiran pengunjung amat memberangsangkan sehingga ada yang datang dari Baling, Kedah semata-mata untuk mendengar wacana ini. banyak persoalan ditimbulkan namun ada yang tidak sempat dijawab disebabkan kekangan masa. Tapi Insya Allah usaha pembongkaran akan diteruskan di lain masa.

Ana tidak mahu mengulas panjang kerana terlalu banyak perkara menarik yang ingin dikongsikan, Namun ada satu perkara yang menjadi persoalan iaitu isu "Undi PAS masuk syurga". Persoalannya ialah...

     1) Orang Islam yang undi PAS masuk?
     2) Orang Islam yang tidak undi PAS masuk?
     3) Orang bukan Islam yang undi PAS masuk?
     4) Orang bukan Islam yang tidak undi PAS masuk?
     5) Orang Islam bukan rakyat Malaysia yang tidak undi PAS masuk?
     6) Nabi s.a.w yang tidak undi PAS masuk?
     7) Sahabat-sahabat nabi s.a.w yang tidak pernah undi PAS masuk?

Bukan niat untuk menimbulkan keraguan, bukan juga berniat untuk menghina tetapi sekadar untuk kita semua membuka mata hati dan minda untuk muhasabah dan berfikir... Wallahu a'lam.

nalurirakyat.blogspot.com

P/S: PGU13 Pas Ganti UMNO PGU14-Pas gabung UMNO ... sesat sesatlah

Kerja Cetak sijil masuk Syurga atau Neraka Orang Politik @ Politahi
celahgelegar at 10:35 PM

Anonymous said...

TANDA² GAGAL DAN LEMAH PAS SUDAH NAMPAK BERMULA DI KELANTAN..

PAS Kelantan mula nampak melingkup kerana berbelanja RM700.000.00 bertujuan memiliki Wisma Tok Guru, Salor dan seterusnya menghalau Husam dan AMANAH dari wisma tersebut tidak kesampaian.

Mahkamah masih mengekalkan penguasaan Husam ke atas wisma tersebut hingga ke satu masa.

Akar umbi mula sedar kerakusan nik amar dan pas kelantan dan pusat tidak mencerminkan ciri² pengurusan Islam yang mengutamakan menghormati hak, mesyuarat dan mengekalkan siraturahim.

Perangai lobai makin mewah makin membusuk.

Kewartawanan harakah dan krewnya juga sedar, hak dan kebajikan mereka diabaikan hakikatnya pas bukan tidak berduit.

https://alhusseyn51.blogspot.my/?m=1
Kluangman at Friday, January 19, 2018

Anonymous said...

Parti Cari Makan mensasarkan menang 5 kerusi dan akan menjadi jadi King Maker dalam PIGS.

PAS terpaksa tunduk kepada Parti Cari Makan dan apa kehendak mereka PAS kena patuh.

Parti Cari Makan juga tolak hudud dan jika PAS berdegil, mereka akan keluar dari PIGS.

Anonymous said...

Parti Islam yang menjadikan Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai perlembangaan PAS telah dan sedang berusaha menegakkan ajaran Islam dan menyeru manusia kepada kebenaran dan melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Tindakan murni PAS adalah jihad dan balasan untuk orang yang melakukan jihad ialah syurga. Maka orang yang menyokong usaha murni PAS adalah seperti menyokong jihad dan balasan untuk mereka adalah syurga.

Anonymous said...

Adalah amat malang puak munafik yang mendakwa mereka beragama Islam bersekutu dengan parti kafir harbi DA-Pig menghina , memfitnah dan menentang ajaran Islam dan parti Islam pimpinan ulama Islam dan menafikan hak umat Islam.

Puak munafik ini lebih suka menemani tuan kafir harbi mereka dalam neraka.

Anonymous said...

Lihatlah barua-barua ternakan Pakatan Wayang pimpinan kafir harbi roket menulis pelbagai komen karut untuk memfitnah parti Islam pimpinan ulama Islam.

Anonymous said...

komen macai roket hmmm

Anonymous said...

laman web pakatan hmmm

Anonymous said...

Komen barua roket hmmm

Anonymous said...

Kahkahkah! Ibenu sudah takboleh berhujah,maki hamun kafirharbi segala bagai!

Pas itu islam,islam itu pas? siapa ajar kau ni ibenu?


_peminat hadi bewang_

Anonymous said...

Ikut kiraan Rakan PAS ini kena bertanding semua kerusi DAP, 51 Kerusi.

Biar ada pertandingan 3 penjuru dan dapat memecah belah kan kaum cina.

Sepertimana PAS bertanding semua kerusi kawasan HARAPAN yang di tandingi oleh AMANAH, PPBM dan PKR.

Adakah PAS cuma berminat memecah belah kan orang Melayu sahaja? Kemudian mendabik mengata PAS yang boleh selamatkan Islam.

Anonymous said...

Macai ternakan roket 2:34 pm begitu terdesak sehinggakan menggunakan taktik kotor untuk memfitnah PAS.

Kegagalan macai ini menunjukkan sebarang bukti jelas menunjukkan macai ini adalah prmbohong.

Siapa ajar kau berbohong? Sifu banglo terlajak diskaun?

Anonymous said...

Dalam Pakatan Wayang pimpinan parti kafir harbi DA-Pig terdapat 3 parti Melayu liberal.

Kewujudan 3 parti Melayu liberal di bawah payung DA-Pig membuktikan:

1. Pakatan Wayang pimpinan DA-Pig menggunakan tiga parti liberal Melayu untuk memecah-belahkan kaum Melayu

2. Partu perkauman DA-Pig menggunakan 3 parti Melayu liberal untuk menarik orang Melayu untuk mengundi parti kafir harbi DA-Pig yang memusuhi agama Islam dan umat Islam.

3. 'Superman' ternakan DA-Pig telah membuat pengakuan terbuka bahawa DA-Pig menggunakan pengkhianat Melayu untuk memecah-belahkan kaum Nelayu.

4. Parti ultra kiasu DA-Pig menggunakan 3 parti liberal Melayu untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Melayu Islam dan menghapuskan parti Islam kerana parti Islam menghalang cita-cita DA-Pig untuk membentuk kerajaan sekular liberal model Singapork yang menindas agama Islam dan umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails