Wednesday, January 03, 2018

PAS Sesat Menurut LGE? -Idris Ahmad.


Oleh Ustaz Idris Ahmad 
AMAT menarik kenyataan daripada Lim Guan Eng yang mangatakan PAS parti sesat, mungkin Dap parti  apa pula?! Sesat di neraca LGE apabila tidak boleh dicucuk hidung oleh Dap.

Tidak mengapalah kalau hendak tuduh PAS sesat, kerana menentang pesta arak. PAS sesat kerana menentang gay. PAS sesat kerana menentang LGBT. PAS sesat kerana hendak mendidik masyarakat hidup bermoral dan berakhlak. PAS sesat kerana tidak bersetuju dengan Ateis. PAS sesat kerana menentang golongan  anti hadis. PAS sesat kerana pemimpin kerajaan Kelantan tidak dituduh rasuah. PAS sesat kerana hendak memperjuangkan syariat Islam.

Lagi banyak LGE serang PAS mengenai Islam yang diperjuangkan oleh PAS lagi baik. Biar masyarakat Malaysia tahu siapa LGE dan Dap sebenarnya. Tidak perintah Malaysia sudah bersikap demikian. Baru perintah satu negeri sudah tunjuk belang sebenar.  Tindakan ini bukan sahaja akan menimbul kemarahan orang Melayu malahan juga orang bukan Melayu. Sikap angkuh seperti in tidak boleh diterima oleh masyarakat Malaysia daripada berbagai kaum.

Modal LGE tidak habis-habis memfitnah PAS bersama Umno. Bercakap seolah-olah beliau pemimpin Dap  yang penuh emosi. Kononnya  PAS tidak bersuara mengenai 1MDB, Felda. Ini satu kenyataan yang mengarut dan menzahirkan busuknya hati LGE terhadap PAS. Lihatlah kenyataan PAS di Harakah, akhbar rasmi PAS. Kalau benci sangat pun biarlah buat tuduhan yang berasas. Jangan rujuk akhbar lain yang memang tidak melaporkan mengenai PAS.

PAS menentang TPPA dan adakan demontrasi,sedangkan LGE puji Datuk Mustafa Muhammad kerana menerangkan TPPA. DAP dan PH bersetuju RUU 164, manakala PAS bangkang. RUU 355 PAS baru bawa usul, Dap dan PH sudah menunjukkan sikap yang boleh disaksikan oleh rakyat Malaysia. Kenapa isu RUU 355 dituduh PAS ber UG dengan umno. Kenapa pula RUU 164 Dap bersama PH menyokong  RUU tersebut bersama umno dan BN. PAS tidak pula kata Dap dan PH hendak ber UG dengan Umno BN. Ertinya PAS matang dalam politik.

Tuan Guru Haji Hadi Awang telah meminta supaya Suruhanjaya Diraja siasat 1MDB sejak tahun 2015. Sikap Presiden PAS berpegang dengan prinsip Islam biarlah siasat dan dibawa ke pengadilan. Sama ketika YAB Lim Guan Eng dihadap ke mahkamah isu pembelian banglo mewah yang tidak ada kolam renang. Presiden PAS menjawab LGE tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah (FMT 21 Mac 2016). Apakah sikap pemimpin PAS seperti ini dianggap sesat. Tidak seperti sikap pihak Pakatan Harapan, belum apa-apa sudah balun PAS isu RM90 juta.

Kalau inilah PH memerintah negara, sama sahaja atau lebih teruk daripada kerajaan BN. Rakyat, keluar mulut buaya masuk mulut harimau. Belum perintah sudah tunjuk sikap yang tidak memaparkan sikap adil.

Kalau LGE mengatakan  kerana ada gambar kemesraan pemimpin PAS dengan pemimpin umno di dalam program kerajaan, bukan  program umno maka terus dituduh PAS hendak bersama umno. Saya mempunyai koleksi gambar kemesraan LGE dengan pemimpin umno. Bukan setakat belaga pipi, malahan belaga perut. Terbaru gambar kemesraan LGE menyambut DS Rosmah Mansur semasa lawatan banjir di Pulau Pinang. Bukan setakat bersalam malahan pegang lengan DS Rosmah. PAS tidak sebodoh itu untuk hendak menjadikan ini modal menuduh LGE dan Dap hendak sertai BN.

Kalau gambar TG Haji Hadi dengan DS Najib di program Multaqa Ulama dijadikan modal kononnya baju sedondon, macam mana pula dengan sedondon putih pemimpin  Setiausaha Agung PKR dan Naib Presiden PAN bersama dengan DS Najib di dalam program Palestin. Sekali lagi PAS tidaklah sebodoh itu hendak tuduh PKR dan PAN hendak bersama dengan Umno. Walau pun ada seorang ustaz PAN yang bergelar alhafiz mengatakan CIS kepada PAS kerana hadir program tersebut. Akhirnya CIS itu kena ke batang tubuh partinya sendiri. 

Jangan melampau, selalunya yang melampau tersungkur di pintu umno/BN. –HARAKAHDAILY 2/1/2017

Lihat sebelum ini..

10 comments:

Anonymous said...

BAGI PAN YG TIDAK SESAT HANYALAH DAP SAHAJA

Anonymous said...

BAGI PH MURTAD TAKPA JANGAN SESAT (SESAT IKUT DEFINASI DAP)

http://v2.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Anonymous said...

http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.
Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenarnya adalah musuh Islam yang nyata!!!! – Prof. Dr. Ridhuan Tee

Anonymous said...

BAGI PH SESIAPA YG TAK SUKA LIBERAL SEKULAR, LBGT, ATHEIST DAN HAK MURTAD ADALAH SESAT

BOY AYAHPAN
HULU BERNAM

Anonymous said...

http://tenterasemutgerup.blogspot.my/2016/09/sorang-hina-bapa-seorang-hina-mufti.html

Sorang hina bapa, seorang hina mufti... PANDAP memang serupa...

Kerana nak pertahankan kedudukan dan jawatan sampai sanggup biadab, tergamak dan sampai hati kutuk, caci dan hina bapa kandung sendiri.

Itulah ADUN DAP kalau nak tahu apabila kisah bapa kandungnya minta wang rasuah dari orang susah untuk mendapatkan rumah kos rendah atau rumah murah.

Begitu juga dengan Mujahat... sanggup memperlekehkan mufti dan RUU355 demi menjaga dedak hubungan baik dengan DAP yang berterusan menolak Islam...


Tak tahu nak kata apa lagi dah ... Aku yakin… akan ada khadam DAP akan pertahan dan sokong tindakan ADUN DAP & MP PAN (? – bila PAN masuk PRU???) ini sebagai tepat dan mulia…


Kena Dah... Penyamun ngan Perompak memang serupa....

Anonymous said...

Sifu banglo terlajak diskaun mengidap sakit mental yang kronik kerana dia mendakwa ulama Islam dan parti Islam sedangkan kita semua mengetahui sifu roket yang menyembah wang, manusia dan roket adalah kepala bapak sesat.

Anonymous said...

Pemimpin parti PANdir adalah khadam ternakan parti kafir harbi roket yang memusuhi agama Islam dan menindas umat Islam.

Maka kita tidak terkejut melihat puak liberal ini gila meroyan setiap kali orang ramai mengkritik sifu roket kerana menghina Islam. Dasar penagih dedak cap roket!

Anonymous said...

1 undi untuk parti PANdir adalah 1 undi untuk parti perkauman ultra kiasu roket.

Ingatlah berpuluh kampung Melayu Islam telah dirobohkan oleh rejim roket dengan sokongan parti liberal PANdir.

Anonymous said...

SIAPA SESAT? Jawapan: Pakatan parti-parti liberal pimpinan parti kafir harbi roket yang menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Hanya puak munafik menyokong kafir harbi.

Anonymous said...

Siapa yang sesat? Puak kafir harbi roket yang telah mempromosi festival arak, LGBT dll dan menghina ajaran Islam seperti khutbah Jumaat dan hari raya, fatwa, ulama Islam, mufti, undang-undang Islam, mahkamah Syariah, pakaian menutup aurat wanita dll.
Bahkan parti roket telah menafikan hak umat Islam dan merobohkan kampung Melayu Islam.

Maka parti-parti liberal yang menyokong parti perkauman roket adalah sesat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails