Friday, January 19, 2018

Pakatan Sulit Mukhriz-K/Siang: Amaran Hakim..


Datuk Mukhriz Tun Mahathir
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada pihak media membabitkan prosiding kes samannya terhadap bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berhubung dakwaan isu pakatan sulit melibatkan dirinya dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nordin Hassan memberi peringatan itu berikutan  peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos, yang mewakili Tunku Abdul Aziz memaklumkan kepada mahkamah bahawa Mukhriz ada membuat kenyataan kepada pihak media selepas memberi keterangan dalam perbicaraan kes samannya pada 11 Januari lepas.

“Saya ingin mengingatkan saksi dan mana-mana pihak yang terlibat supaya jangan membuat kenyataan media berhubung kes ini kerana kes masih berjalan,” kata hakim itu selepas Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selesai memberi  keterangan pada hari kedua perbicaraan kes saman berkenaan.

Terdahulu Mukhriz, 53, yang menyambung keterangannya  berkata beliau tidak bersetuju dengan cadangan peguam Jahaberdeen  bahawa kenyataan media yang dibuat olehnya (Mukhriz)  bagi menafikan tuduhan defendan (Abd Aziz) merupakan gimik semata-mata.
Disoal Jahaberdeen mengenai kariernya sebagai anggota politik Umno yang dikatakan tidak cemerlang, Mukhriz berkata,”Ada turun naik…saya tidak rasa kerjaya politik saya dalam Umno tidak cemerlang kerana adat pertandingan ada menang ada kalah”.

Prosiding akan bersambung pada 27 Februari dan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka  memberi keterangan sebagai saksi kedua anaknya.

Pada 7 Februari 2017, Mukhriz  yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam, Kedah memfailkan saman dengan mendakwa pada 30 Disember 2016, defendan telah mengeluarkan satu kenyataan bertajuk ‘Memang Wujud Pakatan Sulit antara Tun Mahathir dan Kit Siang’ yang dilaporkan dalam blog AIDCNews.

Beliau mendakwa, pada 1 Jan 2017, pihaknya ada membuat penafian secara terbuka dan mengemukakan notis tuntutan meminta defendan membuktikan kenyataan fitnah itu dan sekiranya gagal, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap defendan.
Bagaimanapun, pada 3 Januari 2017, defendan ada menerbitkan atau menyebabkan terbit satu lagi kenyataan media bertajuk ‘Tunku Abdul Aziz gesa Mukhriz, Kit Siang buat pengakuan bersumpah’. - Bernama




9 comments:

Anonymous said...

Tidak seperti pemimpin dan penyokong PAS yang hanya mempertahankan diri dengan mendakwa Husam buat fitnah tanpa membawa Husam ke mahkamah.

PAS, hanya parti suci TETAPI bukannya parti Islam !

Anonymous said...

http://keadilandaily.com/mobile/?post=32408

NASIONAL
Anak Mahathir beli syarikat minyak pakai duit arak - Anwar
Jul 7 2012 / Keadilan Daily
(Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR 7 Julai: Esso Malaysia yang ditukar nama sebagai Petron, dibeli anak Dr Mahathir Mohamad menggunakan sumber kewangan San Miguel Corporation - sebuah syarikat arak terkemuka.

"Jadi, kalau pergi stesen Petron, samalah pergi ke syarikat anak Mahathir, Mokhzani," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian depan lebih 2,000 orang di Padang Kampung Selayang Indah, Selayang baru, malam tadi.

Anwar juga menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada telunjuk Mahathir apabila meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari Petron.

"MAS tak boleh beli minyak syarikat lain selama enam bulan, daripada syarikat anak Mahathir, Petron - boleh," katanya, sinis.

Ketua Umum KEADILAN yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan selama lapan tahun itu, mempersoal integriti Najib selaku Perdana Menteri.

"Dasar ekonomi apa ini. Kamu ini Najib, Perdana Menteri ke, ketua kampung? Ini Perdana Menteri takut kepada Mahathir, dengan Perkasa takut, dengan Obama takut, balik rumah takut.

Anwar juga mengimbas kembali desakan Mahathir yang mahu RM2 bilion untuk menyelamatkan anaknya tetapi tidak diendahkan beliau hingga membawa kepada pemecatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ini membuktikan, katanya, walaupun berulang kali Umno 'berikrar' mahu membanteras rasuah dan penyelewengan, katanya, janji itu sekadar janji kerana mereka mendahulukan kroni.

"Bukan tiada orang Melayu, India atau Cina, tapi serah kepada orang korup. Tapi bercakap, mesti tentang rasuah. Tapi pelahap bukan main banyak.

"Semua tak betul tapi pemimpin Umno beli syarikat arak tok imam diam sahaja, boleh," katanya.

Anonymous said...

Ni Anwar Ibrahim cakap okey

Anonymous said...


BARANG YANG LEPAS JANGAN DI SEBUT..
KALAU DI SEBUT MENJADI FITNAH

SEBAIK-BAIK NYA PEMIMPIN PAS PULA ULANG DAKWAAN TERAEBUT SECARA TERBUKA .. TAK KAN TU PUN PEMIMPIN PAS TAK TAHU..

Anonymous said...

Tidak mengejutkan sekiranya yang di katakan oleh Anwar itu betul.

Jangan kan anak malah ada isteri nombor 2 pun mendapat habuan...Jho Low pun dapat berbillion..

Tak kan PAS yang mesra UMNO tak dapat ?

Anonymous said...

Eiii hang cakap macam ni sebab hang khadam.

Anonymous said...

Mengikut Hujah Amwar Ibrahim. Bagi balik la itu duit. Tak caya pi tanya bini Anwar

Anonymous said...

Yang paling bersih di dunia ni memang Anwar. Duit Lim Goh Tong pun halal, kan?

Anonymous said...

Jom tanya Husam Musa. Dia boleh mimpi 15 x.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails