Sunday, January 14, 2018

Padi Angin Jejas Pendapatan Pesawah.




PENGURANGAN kuota benih padi daripada 82,000 tan kepada 60,000 tan semusim sahaja menyebabkan pesawah terpaksa membeli benih padi di pasaran luar bagi mengelakkan sawah terbiar.
Bagaimanapun benih padi di pasaran luar itu mendatangkan masalah kepada pesawah apabila kurang berisi.
Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli berkata, hasil padi yang dituai sekarang kurang disebabkan masalah padi angin kerana masalah benih dibekalkan tidak mencukupi.
“Keadaan ini berlaku kerana benih padi yang tidak mencukupi dan mahal. Pesawah terpaksa membeli benih padi yang haram untuk memastikan sawah tidak terbiar,” katanya di Kangar semalam.
Sebelum itu beliau bersama pimpinan PAS Perlis meninjau keadaan padi angin yang kurang mengeluarkan hasil di bendang sehingga menjejaskan pendapatan pesawah. – HARAKAHDAILY 12/1/2018

Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa


8 comments:

Anonymous said...

Pemimpin PAS bercakap pun macam padi angin. Cakap Angin.

Maaf ya syim .. Hihihi.


Setakat meninjau je .. bercakap itu ini... hebuh pemimpin PAS buat tinjauan...

Cerita lain dah tak ada ke syim...

Puaka Rimba said...

Bab padi ni, kena tanya Noh Omar. Bagaimana pembekalan benih padi dimonopoli segelintir pihak yg berkepentingan. Sepatutnya pihak Pas bersuara didalam Sidang Parlimen. Bukan jadi PASU BUNGA. Sedangkan masalah ini sudah berlarutan agak lama. Adakah kerana agenda UG dibalik tirai, maka MP PAS hanya membisu di parlimen, malah mengambil sikap berkecuali dalam undian Budget 2018. Rakyat telah melihat kemunafikan geng Lobai dalam memperjuangkan nasib RAKYAT. Dasar KEHIPOKRITAN Parti yang MELACURI AGAMA
demi KEPUASAN NAFSU. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Mana bukti? Dakwaan tanpa bukti adalah fitnah.

Anonymous said...

Nampaknya pemimpin PAS bersikap positif meninjau masalah petani.

Pemimpin Pakatan Penyamun pimpinan kafir harbi DA-Pig tidurkah atau koma di waktu petani menghadapi masalah? Propaganda Pakatan Penyamun konon mahu menolong rakyat adalah janji kosong sahaja.

Anonymous said...

Puaka adalah munafik tahap 4 yang sibuk menjaja fitnah untuk menghasut umat Islam membenci ulama Islam.

Dihujung setiap bulan, Puaka akan beratur di banglo terlajak diskaun untuk menerima dedak cap roket.

Anonymous said...


Pemimpin PAS kata banjir adalah kehendak Allah. Begitulah padi angin pun kehendak Allah.

Jadi tinjauan sekadar tinjauan ..

Anonymous said...

Pergi sekadar nak bergambar.

Orang datang bagi bantuan. Sekurang-kurang nya cakap lah petani tersebut hendak lah di beri bantuan sebagai ganti-rugi dan kerajaan negeri di minta memberi perhatian.

Kalau dah ada bantuan dan keprihatinan dari kerajaan, tak payah lah susah-susah berlakun di sawah padi.

Anonymous said...

Semasa wabak nipah.. saekor babi dapat RM 200 di bayar oleh kerajaan.

Buat apa undi PAS..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails