Sunday, January 14, 2018

M/kini Kalah Saman, Rayu Derma RM350 Ribu. Soros Ada Takut Apa?


sabahkini2 – Susulan kekalahan Malaysiakini di mahkamah Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan meluahkan kekecewaannya dan memohon rayuan daripada orang ramai untuk menderma bagi membayar RM350,000.
Syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd pengendali portal Malaysiakini yang dibiayai Soros diarahkan oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini membayar ganti rugi bernilai RM200,000 kepada syarikat Raub Australian Gold Mine (RAGM).
Perintah berkenaan diputuskan tiga hakim yang bersidang dan mendapati Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini terkhilaf kerana mengetepikan tuntutan RAGM itu.
Ketua panel hakim itu, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, turut membenarkan satu injunksi terhadap penerbitan tiga artikel dan dua video sebagai fitnah.
Mahkamah kemudian mengarahkan Malaysiakini membayar RAGM – yang diwakili Cecil Abraham – sejumlah RM150,000 sebagai kos perundangan walaupun peguam portal terbabit James Khong dan Syahredzan Johan berhujah RM80,000 adalah memadai.
Dua lagi peguam yang mendengar permohonan itu ialah Datuk Mary Lim dan Datuk Suraya Othman.
Dalam penghakiman sebulat suara itu, Suraya menggambarkan laporan serta video diterbitkan Malaysiakini mengenai lombong emas didakwa menjejaskan penduduk Bukit Koman di Pahang itu sebagai melulu dan bersifat merosakkan.
Beliau juga mengambil perhatian bahawa, walaupun mahkamah tinggi sebelum ini mendapati laporan terbabit bersifat fitnah, hakim menerapkan keistimewaan pembelaan yang memenuhi syarat dan mematuhi “pembelaan Reynolds” dalam amalan kewartawanan yang bertanggungjawab demi kepentingan awam.
Beliau juga mendapati mahkamah tinggi melakukan kesilapan dalam undang-undang semasa mempertahankan laporan terbabit.
“Laporan mesti seimbang dan bukan sepihak.
“Setelah membaca artikel tersebut dan melihat laporan serta video mengenainya, responden hanya menimbulkan kenyataan komuniti Bukit Koman saja,” katanya.
Laporan itu, katanya, tidak menyertakan pandangan balas Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Tanah dan Galian.
“Ini adalah sikap cuai oleh responden (Malaysiakini) kerana Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan sianida bukan menjadi punca (masalah kepada penduduk terbabit). Ia sangat jelas,” katanya.
Suraya juga mempertikaikan cara laporan itu yang dianggapnya bersifat tuduhan dan tidak seimbang serta tidak adil.
“Tiada permohonan maaf atau penarikan balik oleh responden,” katanya dan menambah keadaan itu tidak boleh bergantung kepada aspek kewartawanan bertanggungjawab sebagai pembelaan.
Malaysiakini mohon derma
Susulan kekalahan Malaysiakini di mahkamah Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan meluahkan kekecewaannya dan memohon rayuan daripada orang ramai untuk menderma bagi membayar RM350,000.
“Kami kecewa Mahkamah Rayuan menolak keputusan mahkamah tinggi yang sebelum ini memihak kepada Malaysiakini.
“Wang RM350,000 itu adalah banyak dan kami menyeru pembaca serta penyokong supaya bermurah hati menyumbang kepada Tabung Pembelaan Malaysiakini,” katanya.
Komen Weblog Ibnu HasyimSyarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd pengendali portal Malaysiakini yang dibiayai Soros diarahkan oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini membayar ganti rugi bernilai RM200,000 kepada syarikat Raub Australian Gold Mine (RAGM). Soros ada, takut apa?
Sama saja, DAP, UMNO, PAN..
Hasil carian imej untuk gambar lim guan eng najib
Hasil carian imej untuk gambar lim guan eng najib
Hasil carian imej untuk gambar lim guan eng najib


6 comments:

tok labu said...

ALHAMDULILLAH....
 Setelah menyatakan pencalonan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri merupakan tawaran terbaik oleh Pakatan Harapan kepada rakyat Malaysia dalam PRU 14 akan datang, Azmin Ali semalam menawarkan pula kerusi Parlimen Gombak untuk ditandingi oleh Pengerusi gabungan pembangkang itu.

Kenyataan yang diikuti tawaran itu secara tidak langsung menggambarkan keakuran Menteri Besar Selangor tentang tiada tokoh lain yang lebih baik untuk menumbangkan Najib Razak, UMNO dan BN, sekaligus menyelamatkan masa depan negara.

Apa lagi yang dapat diucapkan melalui tindakan Azmin ini selain ucapan Alhamdulillah dan tentunya semua penyokong serta macai UMNO terus dirundung rasa kecewa dibuatnya.

Cuma, jika Gombak diserahkan kepada Tun Mahathir, di manakah pula Azmin akan bertanding?

Baik Tun Mahathir atau Azmin, di mana pun mereka bertanding, mereka tiada pilihan selain harus mencari kawasan yang boleh menang kerana kedua-duanya adalah watak penting sebaik Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan nanti.

Azmin nampaknya mula sedar hakikat perlunya semua pihak dalam Pakatan Harapan bersatu hati memberi sokongan yang padu kepada Tun Mahathir.

Jika Najib, UMNO serta BN tidak ditumbangkan dan Tun Mahathir tidak dijadikan  Perdana Menteri terlebih dahulu, bukan saja negara ini tidak dapat diselamatkan, bahkan masa depan politik Azmin sendiri akan jadi tidak menentu.

Oleh yang demikian, dengan kenyataan Azmin mengenai Tun Mahathir dan tawaran Parlimen Gombak itu, diharapkan para penyokong Menteri Besar Selangor itu tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan dan kecelaruan dalam Pakatan Harapan.

Azmin juga harus menasihatkan mereka agar bertenang dan menerima keputusan yang sudah dibuat oleh Pakatan Harapan.

Dalam masa yang sama, Azmin juga harus sedar bahawa tindakan sesetengah pihak seperti bekas Naib Presiden Bersatu, Hamidah Osman yang menyokongnya sebagai lebih layak dinamakan sebagai calon Perdana Menteri adalah sokongan membawa rebah semata-mata.

Pihak ini tidak ikhlas dalam menyatakan sokongan dan hanya ingin mengeruhkan lagi keadaan, sedangkan yang diinginkan mereka kekal ialah Najib, UMNO dan BN.

Mereka sanggup keluar Bersatu, meskipun dulunya merekalah yang lantang mendesak pengunduran Najib.

Jika bukan niat untuk mengekalkan Najib, sudah tentu mereka akan kekal dalam perjuangan bersama-sama Pakatan Harapan sehingga sekarang.

Diharap Azmin tidak terpedaya dengan sokongan bawa rebah itu kerana yang sebenarnya seperti kata Tun Mahathir, mereka adalah sampah yang tidak perlu dilayan oleh sesiapa. (ShahbudinHusin 14/01/2018)

Anonymous said...

Malaysiakini mohon derma
PAN mohon kerusi dan jangan buli

Anonymous said...

Ibenu tolong buang gambar hadi bewang tu,buat sakit mata je.

Ibenu, bila boleh pijak hadi bewang secara berjemaah?

Puaka. Rimba said...

Bukan Malaysia Kini menghadapi masalah kewangan . HARAKAH kepunyaan parti PAS yg mempunyai jutaan ahli pun menghadapi masalah kewangan. M kini gawat disebabkan Saman. HARAKAH gawat disebabkan Ahli tak mahu baca akhbar sendiri yg penuh pemutarbelitan agama yang MEMUALKAN. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...


Raub Australian Gold Mine (RAGM) kena fitnah, berani saman dan masuk mahkamah.

PAS kena fitnah oleh Husam.. mana bukti?

Anonymous said...

Mahkamah putuskan kes pil kuda adalah fitnah namun orang yang kena dakwa di lepaskan kerana fitnah tersebut tidak di tuju kan kepada penyaman.

Hanya Allah yang tahu fitnah tersebut pada siapa?

Dan selama ini dia tidak sedar dia menanggung dosa fitnah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails