Dalam operasi selama tujuh jam bermula pukul 9 malam itu, seramai 29 wanita dan seorang lelaki Thailand ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.
Ketika serbuan dibuat, rata-rata wanita warga asing bertempiaran lari menuju ke kawasan perumahan berhampiran selain menyembunyikan diri di bawah pentas di premis hiburan ber­kenaan.
Imej yang berkaitan
Tahan pendatang asing ANTARA wanita warga asing yang ditahan dalam Ops Gegar di sekitar pusat hiburan di Kulim kelmarin
Pengarah Jabatan Imigre­sen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, operasi membabitkan beberapa kafe dan pub di Taman Serai Wangi, Taman Kempas dan Taman Lagenda di Kulim itu menyaksikan seramai 75 individu pelbagai warganegara diperiksa.
“29 wanita warga asing yang ditahan itu terdiri daripada 28 rakyat Thailand dan seorang dari Laos.
Lihat sebelum ini..
Siri Politik Islam Masakini..
Hasil carian imej untuk undi siapa