Wednesday, January 17, 2018

Ewein Bhd Pula Nafi Terlibat Projek Terowong Dasar Laut.


GEORGE TOWN: Ewein Bhd (Ewein) hari ini menjelaskan bahawa ia serta anak syarikatnya tidak terbabit langsung dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ewein berkata anak syarikatnya, Ewein Land Sdn Bhd, hanya memeterai perjanjian usaha sama dengan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (dikenali Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd sebelum ini).
“Ewein tidak membeli sebarang tanah daripada kerajaan negeri. Tanah itu dimajukan secara bersama dalam transaksi komersial di antara Ewein Land dan Consortium Zenith menerusi syarikat usaha sama Ewein Zenith Sdn Bhd,” katanya.
Ewein menerusi anak syarikatnya, Ewein Zenith II Sdn Bhd memeterai 1 perjanjian bagi pembelian tanah (Lot 713) seluas 1.78 hektar di Bandar Tanjong Pinang bernilai RM162 juta pada 2015.
“Tanah itu dibeli daripada Consortium Zenith dan bukannya kerajaan negeri. Ini merupakan transaksi komersial dan butiran pembelian itu turut dimaklumkan kepada Bursa Malaysia,” katanya.
Menurut syarikat itu, Ewein Zenith II memutuskan untuk membatalkan perjanjian dengan Consortium Zenith BUCG berikutan keluasan tanah yang lebih kecil sebanyak 0.81 hektar. Pembatalan itu turut dimaklumkan kepada Bursa Malaysia.
Ewein menjelaskan, syarikat itu memeterai 1 memorandum perjanjian dengan Consortium Zenith bagi mendapatkan hak pembelian tanah kira-kira 20.2 hektar yang akan ditebus guna di Gurney Drive pada 2016.
“Tanah 20.2 hektar itu adalah sebahagian daripada projek tebus guna oleh sebuah syarikat yang tiada kaitan dengan Ewein atau mana-mana anak syarikatnya,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan tahanan reman 2 pemimpin syarikat bergelar “Datuk” bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek pembinaan terowong dasar laut itu – BERNAMA

8 comments:

Anonymous said...

Ibenu saya baru memuji kamu semlm kerna tk siarkn gambar hadi,tiba2 ibenu siarkn kembali gambar hadi,apa motif ibenu sebenarnya? Kimak betul ibenu ni.

Anonymous said...

Aikkkk...
baru kena tuduh dah dipakai baju oreng..
Mat Pundek Isa Samad boleh relax ja pakai baju biasa.
Double standard nampak????

Anonymous said...

anuary 17, 2018 at 12:41 PM

'Kimak betul ibenu ni.'
'kimak' tu apa?
Maki hamun.. itu perangai orang Islam?

Anonymous said...

January 17, 2018 at 12:41 PM

Oh maaf. encik orang bukan Islam rupanya?
hi hi hi..

Anonymous said...

orang dah tak ada modal nak berhujah.. itu sebab sengaja nak sakit kan hati orang..

padahal dia mempariakan diri dia sendiri.

Anonymous said...

orang sengaja guna gambar tersebut pun satu hal.. dia penyebab orang maki dia..

Mungkin dia tersenyum..

Kalau yang maki hamun itu berdosa tidak kah dia sama berdosa..

Anonymous said...

PAS...Perjuangan Islam selamanya..amin

Anonymous said...

Kalau hukum Hudud dilaksanakan...Malaysia aman

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails