Wednesday, January 17, 2018

Azmin Mula Mengganas, Batalkan Program PAS Di Stadium K/S'gor.



AIDCNews -16/01/18 –Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mula menunjukkan kuku sebagai Menteri Besar Selangor apabila membatalkan tempahan Stadium Tertutup Kuala Selangor untuk program Fastaqim 2.4 Ahad ini anjuran PAS Selangor.

Sebelum ini PAS Selangor telah berjaya menempah Stadium Tertutup Kuala Selangor yang dijadualkan pada 21 Jan, jam 8.00 pagi hingga 2 petang, namun telah dibatalkan tempahan itu pada saat-saat akhir.

“Dapat kisah katanya tempahan Stadium Tertutup Kuala Selangor untuk PAS Selangor anjurkan Fastaqim 2.4 Ahad ini dibatalkan penempahan menggunakannya oleh Azmin Ali.
“Mohon penjernihan akan maklumat yang sadis membalas dendam ini demi kebenaran.
“Dewan Harian Negeri PAS Selangor akan bermesyuarat petang ini untuk putuskan kelokasi baharu.
“Fastaqim 2.4 Peringkat Negeri Selangor Insya’ Allah walaupun menghadapi tekanan akan terus diadakan,”kata Hanisya Abdul Hamid dalam Facebook.

Tambah Hanisya pembatalan tempahan di saat-saat akhir itu semata-mata untuk memberi laluan untuk satu program lain yang tiada kaitan dengan PAS.



“Rrrrrrrupa rrrrrrrrrupanya alasan tempahan PAS negeri Selangor mengadakan Fastaqim 2.4 diStadium Tertutup Kuala Selangor batalkan dikatakan kerana memberi keutamaan, keistimewaan tinggi dan laluan pihak lain mengadakan Pesta Zumba, Karaoke, Live Band, Auto Show dan Cabitan Bertuah dilokasi dan tarikh yang sama.
“Peduli Rakyat sungguh!!! Membingkai Muafakat Demi Rakyat sungguh!!!” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pada saya, membatalkan tempahan Stadium Tertutup Kuala Selangor untuk program Fastaqim 2.4 Ahad ini anjuran PAS Selangor itu, bukan Azmin Ali mula menunjukkan kuku sebagai Menteri Besar Selangor.. 

Tetapi mula tunjuk kuku, 'mengganas' dan mencakar lawannya PAS. Takut tersungkur kali ini. Tenaga sukarela PAS sudah tiada, yang tinggal hanya pekerja-pekerja upahannya saja. (IH)


6 comments:

Anonymous said...

SEMUA MESTI DIHALANG TERMASUK FASTAQIM. YG TAK BOLEH DIHALANG ADALAH PERKARA2 MUNGKAR ITULAH PH

http://pakdin.my/khalid-samad-pesta-arak-oktoberfest-tidak-boleh-dihalang/

Khalid Samad: Pesta Arak Oktoberfest Tidak Boleh Dihalang

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi ummat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

“Islam mengiktiraf bahawa arak tidak merupakan sesuatu yang haram mengikut ajaran agama mereka.

“Tambahan pula pesta kemuncak yang akan diadakakan di Petaling Jaya itu adalah di kawasan majoriti bukan Islam.

“Apatah lagi jika mahu dibandingkan dosa arak dengan syirik, sebenarnya dosa syirik lebih besar berbanding arak, namun gereja dan kuil tetap dibenarkan,” ujarnya ketika dihubungi wartawan ISMAweb.

Beliau berkata demikian sebagai respon berkenaan penganjuran pesta arak oleh Carlsberg yang didedahkan ISMAweb beberapa hari lalu. Pesta arak ini telah pun bermula sejak 24 September lalu di RP, Saujana Hotel Subang dan diikuti di Berjaya Time Square Hotel, Brussels Setia Walk, Puchong, I Beam, Batu Pahat, Johor, Deutsches Gasthaus, Kepong, KL, Hakka Restaurant Kuala Lumpur, Movida, Sunway Giza, PJ dan Euro Deli, Penang.

Kemuncak pesta ini akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta, One Utama Petaling Jaya.

Anonymous said...

https://www.menara.my/iftar-gay-terbesar-malaysia-numan-afifi/

Iftar GAY Terbesar Malaysia – Numan Afifi

Bangsar, Kuala Lumpur: Pelangi Campaign yang diketuai Ketua Organisasi DAPSY Subang, saudara Numan Afifi, telah mengadakan satu majlis berbuka puasa di kalangan pendukung gerakan LGBT negara pada 10 Jun baru-baru ini. Maklumat daripada peserta yang hadir di majlis ini memberitahu bahawa program buka puasa beramai-ramai ini telah diadakan di pejabat Loyar Burok, Bangsar.


Beliau yang juga alumni Sekolah Demokrasi tajaan Parti DAP, nyata teruja dengan kehadiran ramai pendukung gerakan LGBT tempatan. Beliau turut menyatakan rasa bangga dengan majlis Iftar Gay yang telah berjaya dijalankan. Program memperlihatkan kehadiran ramai aktivis serta penyokong LGBT tempatan. Antara pendukung gerakan ini yang hadir untuk menyerikan majlis ini adalah mantan pengurus program Sisters in Islam, Suri Kempe, Dorian Wilde dan Nisha Ayub dari Justice For Sisters. Secara umumnya kesemua hadirin yang hadir bersetuju bahawa perjuangan LGBT di Malaysia telah bertambah kuat dan semakin kukuh dengan kehadiran bersama sekutu-sekutu dalam gerakan ini.


Dari kiri : Numan Afifi, Nisya Ayub, Suri Kempe & Dorian Wilde Dorian Wilde yang juga Presiden Transmen of Malaysia menyatakan gerakan LGBT di Malaysia semakin kuat, dan tidak lama lagi semua akan diberikan hak masing-masing (merujuk kepada tuntutan puak LGBT). “Saya ingin berterima kasih kepada sekutu-sekutu kami. Tidak lama lagi semua akan diberikan hak masing-masing. Paksi kita telah berkembang dengan banyaknya,” ujar Dorian Wilde. “Pergerakan telah berkembang dengan banyaknya, kehadiran anda semua di sini adalah sesuatu yang menakjubkan,” kata Suri Kempe. “Anda adalah masa depan negara, jangan biarkan kehidupan anda dikawal oleh ‘kata-kata’,” tegas Nisha Ayub pula.

Read more at: https://www.menara.my/iftar-gay-terbesar-malaysia-numan-afifi/

Anonymous said...

LBGT BOLEH OKTOBERFEST BOLEH CONCERT BOLEH. YG TAK BOLEH ADALAH PROGRAM2 PAS, ISMA, JAMAAT TABLIGH ITULAH PH YG ANTI ISLAM

Anonymous said...

Tempahan hotel untuk berforum di batalkan kerana Husam. Kalau stadium tak heran lah jugak..

Bukan ke PAS yang mulakan?

Anonymous said...


PAS ada duit ke nak bayar sewa?

Kenapa gaji pekerja HARAKAH kena potong kalau PAS ada duit?

Anonymous said...

PAS berjuang Demi mertabatkan Islam..bukan atas dasar dendam kesumat..PAS FOR ALL

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails