Sunday, December 31, 2017

'Islam Agama Negara', Difinisi Marina M, Menyesatkan?


Petaling Jaya: Datin Paduka Marina Mahathir mendakwa status Islam sebagai agama negara telah menyukarkan pengasingan agama daripada bidang pentadbiran.
Menurut laporan Free Malaysia Today, Datin Paduka Marina mendakwa, kedudukan Islam dalam Perlembagaan telah membawa kepada tafsiran berbeza mengenai peranannya dalam kerajaan. Ini termasuklah pendapat bahawa Islam perlu meliputi semua (bidang dan perkara).
“Apabila agama kepada negara wujud, ia menjadi sumber kuasa yang tidak boleh dipersoalkan menurut orang ramai.”
Tambahnya lagi, implikasi Islam sebagai agama negera turut dirasai di kalangan Muslim terutamanya apabila mazhab tertentu dijadikan sebagai pegangan rasmi kepada Muslim.
“Di Malaysia, mereka cuba mempromosikan Ahli Sunnah Wal Jamaah, satu pegangan Sunni untuk Muslim. Jika anda Syiah, semestinya anda tidak termasuk sekali dalam kelompok itu. Jika anda Muslim liberal, anda juga tidak termasuk sekali. Ia satu kelompok yang semakin menyempit.”
Tambahnya lagi, implikasi Islam sebagai agama negera turut dirasai di kalangan Muslim terutamanya apabila mazhab tertentu dijadikan sebagai pegangan rasmi kepada Muslim.
“Di Malaysia, mereka cuba mempromosikan Ahli Sunnah Wal Jamaah, satu pegangan Sunni untuk Muslim. Jika anda Syiah, semestinya anda tidak termasuk sekali dalam kelompok itu. Jika anda Muslim liberal, anda juga tidak termasuk sekali. Ia satu kelompok yang semakin menyempit.”
Pengasas bersama kumpulan Sisters In Islam (SIS) itu juga mendakwa, wanita Muslim juga berdepan dengan cabaran dalam menghadapi tafsiran Islam yang pelbagai (dalam kehidupan mereka).
“Mengenai poligami, mengenai hijab, mengenai sama ada wanita boleh menjadi hakim dan sebagainya. Pendekatan untuk merujuk semula kepada teks dan melihat sama ada ia benar-benar dibenarkan atau sama ada ia merupakan satu tafsiran dan siapa yang mentafsirkannya.”- menara.my
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pada saya, bila Islam sebagai Agama bagi Persekutuan, Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan, ditafsirkan secara sekular, secara terpisah antara kehidupan di dunia dan akhirat, maka jadilah seperti yang disebutkan iaitu sesat lagi menyesatkan. Itupun kalau maklumat tersebut di atas itu betul, adanya.
Lihat sebelum ini..

4 comments:

Anonymous said...

Kepala bapak liberal dan barua liberal adalah musuh Islam yang nyata dan jelas kerana mereka cuba menyesatkan umat Islam dengan menentang ajaran Islam seperti menghalalkan yang haram seperti arak, judi, zina, riba, khalwat dll dan mengharamkan yang halal seperti Hudud, poligami, hukum faraid dll.

Puak liberal ini juga menolak Sunnah dan memutar-belitkan Al-Qur'an mengikut hawa nafsu serakah mereka. Mereka mempromosi kebebasan melakukan kemungkaran, kesesatan dan murtad untuk umat Islam !

Maka kita tidak merasa hairan melihat NGO liberal dan parti liberal bekerjasama dengan parti kafir harbi menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam di negara umat Islam.

Kita merasa hairan mengapa pihak berkuasa sengaja membiarkan puak liberal dan kafir harbi bebas menghina dan memfitnah agama Islam dan menindas umat Islam di negara umat Islam sendiri.

Oleh sebab itu, marilah kita semua menyokong dan mengundi ulama Islam dan parti Islam PAS dalam PRU14 supaya ulama Islam dan parti Islam boleh membentuk kerajaan Islam untuk membela agama Islam dan hak umat Islam di negara umat Islam.

Anonymous said...

Ayuh Mari Kita daftar beramai2 agar boleh nombor.kaahlian bagi buktidijamin sorga

Anonymous said...

InsyaAllah orang yang membela agama Islam dan hak umat Islam kerana Allah akan mendapat balasan syurga di akhirat.

Orang-orang yang menyembah manusia sebagai 'tuhan' akan dihumban ke dalam neraka dan kekallah mereka di dalamnya.

Anonymous said...

Hanya Islam agama yang benar dan diredhai oleh Allah Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Benar. Sesiapa yang memilih Islam, maka dia akan selamat dan sejahtera di dunia dan akhirat.

Agama kafir dan liberalisme, sekularisme, liberalsime, pluralisme dll adalah ideologi buatan manusia yang sesat lagi menyesatkan. Maka celakalah orang sesat dan orang kafir di dunia dan akhirat kecuali mereka bertaubat dan kembali kepada Allah dan RasulNya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails